21 | DEMAM

311 78 79
                                    

Setibanya di rumah, Naura terus meluru keluar daripada kereta untuk memanggil Wafiq. Mujurlah adiknya pulang awal hari ini. Wafiq sahaja yang boleh membantu dia untuk memapah Wajdi. Puan Sakeena pula masih menunggu di dalam kereta.

"Wafiq, turun sekejap. Bawa tuala baru sekali!" laung Naura daripada tingkat bawah.

"Baik kak. Tapi tuala ni nak buat apa?" balas Wafiq seraya berjalan menuruni tangga dengan membawa tuala yang disuruh Naura.

"Nak guna untuk balut badan Wajdi. Tolong akak papah Wajdi sekejap."

"Hah, abang Wajdi?"

"Ya. Dia pengsan tadi kat sekolah."

"Allahu Akbar. Jom, Wafiq tolong."

Segera Naura dan Wafiq berjalan menuju ke kereta Puan Sakeena. Pintu belakang dibuka. Terkejut Wafiq melihat keadaan Wajdi yang tidak sedarkan diri dengan lebam yang penuh di muka.

Tanpa berlengah, terus Wafiq menarik tubuh Wajdi keluar daripada kereta. Kain tuala dibuka lalu diletakkan pada bahu Wajdi. Sebelah tangan Wajdi diletakkan pada bahunya untuk menyokong badan tinggi lampai milik Wajdi.

Naura pula mencapai beg sekolah dan songkok milik Wajdi. Tasbih yang ingin dipulangkan kepada Wajdi juga tidak dilupakan. Payung dicapai sebelum dia membukanya. Hujan hari ini tiada tanda-tanda mahu berhenti.

"Naura, Wafiq, hati-hati ya," pesan Puan Sakeena.

"Baik umi."

****

TOK!

Naura mengetuk pintu rumah jiran sebelah diselangi dengan salam. Tiada sahutan. Kali ini dia mengetuk dengan lebih kuat kerana bunyi hujan turun menyebabkan bunyi ketukannya menjadi perlahan.

"Siapa tu?"

Perlahan pintu rumah terbuka daripada dalam. Wajah Waiz menghiasi pandangan mata. Sudah lama dia tidak bersembang dengan si Waiz ini. Rindu pula.

"Eh, kakak cantik. Along!" baru sahaja wajah Waiz dihiasi senyuman lebar, terus hilang senyuman yang terbit tatkala dia melihat Wajdi dipapah oleh Wafiq.

"Mana along?" soal satu suara. Siapa lagi kalau bukan Wildan. Dia menghampiri Waiz yang tercengang di muka pintu. Kepala Waiz ditolak sedikit. Halang laluan betul.

"Tepi sikit budak ketot."

"Mana ada Waiz ketot!"

Pandangan Wildan beralih kepada pelawat yang datang ke rumahnya. Naura, Wafiq dan Wajdi!

"Ya Allah, along!" pantas dia menghampiri Wafiq yang masih memapah Wajdi. Tangan kiri Wajdi dicapai lalu diletakkan pada bahunya. Wildan berganti tangan memapah Wajdi.

Basah. Seragam sekolah yang tersarung pada badan Wajdi basah kuyup. Walaupun tubuh Wajdi telah dibalut dengan kain tuala, namun masih terasa basahnya.

Bukan sahaja itu, rambut perang Wajdi yang terjuntai pada dahi juga basah. Seperti baru selepas mandi. Ini mesti terkena air hujan. Wajah abangnya pula penuh dengan kesan lebam.

Wildan memandang Naura. Meminta penjelasan. Dia mahu tahu apa yang terjadi pada abangnya. Setahu dia Khairul sudah sekian lama tidak membuli abangnya. Takkanlah Khairul melakukan kegiatan membuli semula?

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now