17 | NYAMUK

276 97 76
                                    

"Macam mana kamu berdua tidur semalam? Selesa?" tanya Nek Imah kepada Wildan dan Waiz yang berada di hadapannya sekarang ini.

"Nenek, gatal badan Wildan kena gigit dengan nyamuk. Tengok, habis merah-merah," kata Wildan. Tangannya menggaru-garu lengannya yang sudah mula berbintik merah. Waiz yang berada disebelah Wildan mengangguk.

Nek Imah tergelak melihat wajah Wildan yang penuh dengan kesan gigitan nyamuk. Banyak juga. Penuh satu muka Wildan. Rasanya semua tempat digigit nyamuk. Berbeza dengan Waiz yang hanya di bahagian lengan dan kaki sahaja.

Encik Umar yang sedang khusyuk membaca surat khabar berpaling melihat keadaan kedua anak terunanya itu seketika. Tidak disangka, Encik Umar juga turut serta tergelak bersama Nek Imah. Lucu betul wajah Wildan.

"Wildan," panggil Wajdi yang baru sahaja tiba di ruang tamu. Pelik dia melihat Wildan dan Waiz tidak henti-henti menggaru.

"Ya, ada apa along?" balas Wildan lalu dia berpaling melihat Wajdi. Dahinya berkerut menahan gatal di muka. Tangan pula masih menggaru bahagian muka yang gatal.

Terkejut Wajdi melihat wajah Wildan yang dipenuhi bintik-bintik merah. Wajah adiknya yang putih itu menyebabkan bintik-bintik merah jelas kelihatan.

"Kena chickenpox ke Wildan?" soal Wajdi. Pantas Wajdi menekup mulutnya sebelum tawanya terlepas.

Wildan mencebik. Along pun sama sahaja dengan nenek dan abi!

"Along, apa ni!"

Terhambur juga tawa Wajdi. Dia tidak tahan lagi melihat wajah Wildan. Bengkak wajah Wildan digigit nyamuk. Makan besarlah nyamuk semalam dapat hisap darah manis Wildan. Eh manis ke? Masin kot!

Naura tiba di ruang tamu bersama dulang yang berisi cawan dan teko bercorak bunga. Kemudian, air teh panas di dalam teko dituang ke dalam cawan.

Dia membongkokkan badannya sedikit apabila berjalan di hadapan Nek Imah. Tanda hormat kepada orang yang lebih tua.

"Terima kasih, Naura," kata Nek Imah. Mujur ada Naura membantunya di dapur tadi. Puan Qairah sibuk menguruskan Tareef.

"Sama-sama nenek," balas Naura sambil tersenyum.

"Naura, mari duduk sekali, " kata Encik Umar. Cawan yang berisi air teh dicicip sedikit pada bibirnya. Sedap. Rasanya lebih kurang seperti yang Puan Qairah bancuh selama ini.

"Baik, abi, " balas Naura lalu dia mengambil tempat duduk disebelah Waiz.

"Kakak cantik, tengok lengan Waiz, habis bengkak. Nyamuk mulut panjang gigit semalam. Sedap sangat kot darah Waiz. Gemuk dah nyamuk tu kakak. Tapi Waiz rasa darah abang Wildan lagi manis. Cuba kakak tengok muka abang Wildan," kata Waiz. Dia menghalakan jarinya pada Wildan yang berada di sebelah Wajdi.

Naura melihat wajah Wildan. Wajah putih mulus Wildan kini dinaiki bintik-bintik merah. Baru sahaja dia ingin membalas dendam kepada Wildan tentang hal bantal semalam. Namun apabila melihat wajah Wildan sebegitu rupa, terus terbantut niat Naura.

Naura tidak tahan lagi. Akhirnya meletus juga tawanya. Wajah Wildan terlalu kelakar. Dia tidak tahan lagi!

"Cis, semua orang sama saja!"

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now