05 | SIRAP

431 159 77
                                    

"Baiklah, sampai sini sahaja kelas kita pada hari ini. Saya harap kamu semua dapat siapkan tugasan yang saya beri. Bangun semua, baca doa," kata Cikgu Zuraida, guru bagi subjek kimia.

"Bangun!" Aiman selaku ketua kelas bagi kelas 5 Ibnu Sina yang baru sahaja dilantik tadi memberi arahan kepada rakan sekelasnya.

Semua murid berdiri dan menadahkan tangan untuk membacakan doa selepas menuntut ilmu.

Surah Al-Asr dibaca dengan tertib beserta dengan maksudnya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
وَالْعَصْرِ (١)إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (٢)إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣)

1. Demi masa. (QS. 103:1)
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, (QS. 103:2)
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

****

"Jom rehat, korang," ujar Nafeesa. Dia ini bab makan no. 1! Makan banyak mana pun badan dia tetap slim.

"Jom! Kita pergi kantin. Dari tadi lagi perut ni buat konsert," balas Aima sambil tersengih. Tangan kanannya laju mengusap perutnya yang agak kempis. Sama sahaja dengan Nafeesa. Makan banyak mana pun tetap kurus.

"Dah jom lah, nanti tak ada tempat duduk," ajak Wardah.

Mereka berempat pun keluar dari kelas dan menuju ke kantin yang terletak tidak jauh dari kelas.

Setibanya di kantin, mereka memilih tempat duduk yang agak jauh dari murid-murid lain iaitu di bawah sebatang pokok yang rendang. Wardah menjaga tempat duduk sementara Naura, Aima dan Nafeesa membeli makanan.

*****

"Asyqar, anta okey atau tak ni?" tanya Haidar. Risau dia melihat Asyqar yang sedari tadi lagi mendiamkan dirinya. Sebenarnya dia, Zulfan, Shaqil dan Asyqar merupakan kawan baik sejak di sekolah lama lagi.

Pada mulanya mereka bertiga berkawan dengan Asyqar kerana kasihan melihat Asyqar yang sering keseorangan. Lagi pula Asyqar merupakan ketua pengawas waktu itu dan mereka juga ada memegang jawatan tersendiri, sememangnya perlu bekerjasama.

Namun, semakin lama hubungan mereka dan Asyqar semakin akrab. Sehingga kini mereka bertiga masih berkawan rapat dengan Asyqar.

Wajdi mengangguk. Dia tiada mood untuk menjawab soalan Haidar. Fikirannya teringatkan seseorang yang terlantar di hospital sekarang ini. Sudah sekian lama dia tidak melawat lelaki itu.

Haidar mengeluh perlahan. Walaupun dia sudah cukup kenal dengan perwatakan Asyqar yang dingin dan pendiam, namun pada hari ini perwatakannya sangat berbeza. Kebiasaanya apabila dia bercakap dengan Asyqar, pasti remaja lelaki itu akan menjawabnya biarpun sepatah. Tetapi lain pula kali ini, tidak menjawab langsung. Hanya anggukan yang diberikan.

"Tak apa lah Haidar, jom kita rehat. Nanti lambat pula masuk kelas," bisik Zulfan perlahan di telinga Haidar.

Haidar mengangguk.

Zulfan, Haidar dan Shaqil sudah berdiri. Tinggal Wajdi sahaja yang masih duduk. Nampak gaya Wajdi seperti sedang termenung jauh dengan tangannya menopang dagu.

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now