08 | MALU

386 134 48
                                    

Pulang sahaja dari sekolah, terus dia merebahkan dirinya di atas katil. Sakit pada bahagian pinggang akibat terjatuh tangga di sekolah tadi masih bersisa. Tangan kanan perlahan-lahan mengurut pinggang.

Berdenyut-denyut pinggangnya. Ditambah pula dengan perasaan malunya akibat terjatuh tadi. Memalukan betul. Sudah lah jatuh terlentang ke hadapan. Malu, malu. Kejadian memalukan yang berlaku di sekolah tadi berlayar di fikirannya.

****

"Baiklah semua, cikgu nak kamu semua bergerak ke Makmal Biologi 1. Cikgu nak ke bilik guru sebentar. Nanti cikgu datang ke makmal," ujar Cikgu Mazidah.

"Baik, cikgu!" balas semua pelajar dalam kelas 5 Ibnu Sina.

Pelajar-pelajar lain sudah mula bergerak ke Makmal Biologi 1. Hanya segelintir pelajar sahaja lagi yang masih tinggal di dalam kelas termasuklah Naura, Aima, Nafeesa dan Wardah.

"Nafeesa, cepatlah. Lambat dah ni. Nanti kita kena duduk belakang," kata Naura. Tangannya lincah mengambil buku dan satu plastik kertas kajang di dalam beg sekolah dan kotak pensel.

"Betul, Naura. Sudah lah ana dan Naura ini rendah. Kalau duduk belakang lagi lah tak nampak," balas Aima. Kebiasaannya mereka akan duduk di bahagian paling hadapan bagi mengelakkan pandangan mereka terhalang.

"Sekejap. Sikit lagi nak habis biskut ni. Tak kesian ke kat ana? Nanti kalau ana kena gastrik siapa juga yang susah?" kata Nafeesa. Biskut berperisa vanila di tangannya dimasukkan ke dalam mulut. Enak!

"Anti sorang je lah yang susah. Bukan kami. Dah sapa suruh tak makan waktu rehat tadi? Nak diet lah kononnya. Last-last makan biskut jugak!" balas Naura pedas. Geram betul dia dengan Nafeesa. Tadi masa rehat tak nak makan. Kata berat badan dia dah naik 2kg. Balik nak makan nestum je. Tengok-tengok, tak sampai rumah lagi dah rembat biskut Wardah!

"Ala Naura, sabar lah. Sikit sahaja lagi nak habis dah," jawab Nafeesa. Mata dikerdipkan beberapa kali. Cuba untuk melembutkan hati Naura yang sedang panas dengan karenahnya.

"Nafeesa, anti sakit mata ke? Kalau nak ubat mata, ana tak bawak," balas Naura. Macam dia tak tahu Nafeesa cuba untuk melembutkan hatinya dengan buat muka sebegitu. Cara lapuk, Nafeesa!

Wardah menepuk dahi. Kalau dua orang ni bergaduh memang tak sudah! Macam anjing dengan kucing. Aima pula sudah tergelak melihat wajah Nafeesa yang mulai cemberut itu.

"Ya lah, Naura. Ana salah. Dah siap dah pun. Jom," balas Nafeesa. Kepingan biskut berperisa vanila yang terakhir disuap ke mulutnya. Tangan menyapu debu-debu biskut yang tumpah di baju sekolahnya. Lantas buku teks Biologi di atas meja dicapai. Dia melihat sekeliling kelas. Eh kenapa lenggang je?

"Hah, baru tahu dah tak ada orang dalam kelas ni. Semua dah gerak pergi makmal biologi 1. Tinggal kita berempat je," balas Aima. Lama sangat Nafeesa makan. Padahal rasanya makan biskut sahaja. Bukannya nasi.

Terlopong mulut Nafeesa setelah mendengar kata-kata Aima tadi. Semua dah gerak pergi makmal? Patutlah Naura marah!

"Tutuplah mulut tu, Nafeesa. Masuk lalat nanti, jangan telan pulak," kata Wardah sambil tertawa kecil. Saja nak usik Nafeesa.

Terus tertutup mulut Nafeesa yang ternganga tadi. Naya dia kalau masuk lalat.

"Dah, jom gerak!" kata Aima. Dia menarik tangan Nafeesa yang masih berdiri tegak di tempatnya.

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now