18 | MEMANCING

309 92 57
                                    

"Angah, jom pergi memancing!" Ujar Waiz riang. Dia menarik lengan baju Wildan beberapa kali.

Hari ini merupakan hari kebebasan buat Wajdi, Wildan, Waiz dan Naura. Mereka berempat tidak dibenarkan keluar daripada rumah disebabkan kejadian yang berlaku dua hari lepas.

Puan Qairah menghukum mereka bertiga selama dua hari. Risau dibuatnya setelah mendapat tahu Waiz dan Naura hilang. Dengan segera dia menyuruh Wajdi dan Wildan mencari Waiz dan Naura.

Pulang sahaja Wajdi, Wildan, Waiz dan Naura, dia terkejut melihat bibir Wildan yang luka. Disoal beberapa kali barulah si Wildan menceritakan semua perkara.

Terus sahaja dia mengambil tindakan supaya anak-anaknya dan Naura tidak dibenarkan keluar selama dua hari. Sebagai denda dan peringatan.

Wildan yang sedang bermain dengan kereta mainan milik Tareef terhenti. Dia berfikir sejenak. Seperti menarik pula cadangan Waiz.

"Umi bagi ke?" balas Wildan.

Takut juga dibuatnya jika umi tidak memberi kebenaran keluar. Boleh jadi dia dihukum tidur di luar rumah pula selepas ini.

"Hari ini kan dah tamat tempoh hukuman umi. Mestilah umi bagi keluar."

"Betul juga."

"Jom tanya umi!"

Waiz menarik tangan Wildan pula. Kali ini dia menarik dengan sekuat hati sehingga Wildan terbangun daripada duduk. Terus sahaja dia berjalan menuju ke dapur sambil memegang erat tangan Wildan.

"Sabarlah Waiz!"

****

"Yay, umi bagi pergi memancing!" ujar Waiz. Dia berlari mengelilingi sofa. Sudah seperti tawaf lagaknya.

Puan Qairah menggelengkan kepalanya. Pening dibuatnya dengan perangai Waiz. Mujurlah kali ini Wildan tidak ikut sama perangai Waiz. Makin pening kepalanya kalau begitu.

"Kita berkelah juga. Dah lama tak berkelah tepi sungai," kata Puan Qairah. Sudah sekian lama mereka tidak berkelah. Biasanya jika pulang ke kampung pasti hanya duduk di rumah ataupun ke kebun.

"Boleh juga. Esok pagi kita gerak ke sungai pukul 8 pagi," sampuk Encik Umar.

"Baik abi!" balas Wajdi, Wildan, Waiz dan Naura serentak.

****

"Umi, tengok ni, Waiz dapat ikan!" ujar Waiz sambil berlari ke arah Puan Qairah. Ikan sebesar jari telunjuk itu diletakkan ke dalam bekas bersaiz kecil yang berisi air sungai.

Waiz begitu teruja apabila dia dapat menangkap ikan. Semakin bertambah terujanya apabila ikan kecil itu berenang bebas di dalam bekas. Ini merupakan kali pertama dia memancing ikan. Dahulu umi tidak membenarkannya memancing kerana waktu itu dia masih kecil.

"Alhamdulillah. Comelnya ikan Waiz!" balas Puan Qairah. Dia mengusap kepala Waiz perlahan. Anaknya itu mudah teruja. Buatlah aktiviti apa sekalipun, dia akan teruja.

Waiz tersenyum lebar sehingga menampakkan lesung pipitnya. Bekas yang terdapat ikan kecil itu diletakkan di sebelah Puan Qairah.

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now