30 | PULANG

35 8 57
                                    

Suara kicauan burung yang merdu memenuhi udara, menghidupkan lagi suasana hutan. Hari ini merupakan hari terakhir program perkhemahan mereka di Tapak Perkhemahan Kuala Keris, di mana pelbagai aktiviti yang telah dilakukan dan ilmu pengetahuan yang diperoleh sepanjang program ini berlangsung.

Walaupun pelbagai kejadian yang terjadi, namun ini tidak memutuskan semangat para pelajar untuk menamatkan program jati diri ini dengan jayanya.

"Baiklah semua, kemas barang-barang kamu. Khemah yang digunakan, simpan dan letak di bawah khemah urusetia," arah Cikgu Rahman. Dia juga tidak terkecuali mengemas tapak perkhemahan.

"Baik cikgu!"

****

"Kamu semua rehat dulu sementara tunggu bas sampai."

"Baik!"

Wajdi, Wildan, Zulfan, Haidar dan Shaqil duduk di atas sebatang akar pokok yang besar. Masing-masing sedang melepaskan lelah setelah mengemas barang-barang mereka untuk dibawa pulang. Wildan meneguk rakus sebotol air mineral. Sekejap sahaja sudah habis. Dahaga betul.

"Shaqil, jom pergi main air sungai. Kita rendam kaki je," ajak Wildan. Awal-awal lagi dia sudah berdiri. Lengan Shaqil ditarik perlahan.

"Jom!"

"Wildan duduk," ujar Wajdi. Jarinya dituding pada Wildan kemudian pada akar pokok tempat mereka duduk tadi.

"Alah, along. Sekejap je."

Wildan mengerdipkan matanya beberapa kali. Segaris senyuman lebar hingga ke telinga menghiasi wajahnya. Cuba mengambil hati Wajdi dengan kecomelan wajah dia.

"Muhammad Asyqar Al-Wildan. Duduk."

"Along!" Wildan mencebik. Geram betul alongnya ini. Langsung tidak terkesan dengan riak wajah comelnya ini. Keras sungguh hati dia.

"Duduk sekarang."

Pantas Wildan duduk semula. Wajah dipalingkan menghala ke arah bertentangan. Tidak mahu memandang wajah alongnya. Merajuk. Satu perkara kalau Wildan merajuk, beri sahaja dia manisan seperti lolipop dan gula-gula. Terus tidak jadi merajuk budak itu. Mudah sahaja mahu memujuk dia.

Wajdi tersenyum kecil. Tangan menyeluk poket seluar. Sebatang lolipop berperisa strawberi dikeluarkan. Manisan terakhir kerana semua gula-gula dia sudah makan tadi. Di dalam poket seluarnya sentiasa ada lolipop dan gula-gula. Senang mahu memujuk atau menyuruh Wildan. Ugut sahaja dengan kedua manisan ini pasti akan tergerak hati lembut Wildan.

Lolipop berperisa strawberi itu dihalakan ke hadapan wajah Wildan yang masih memandang ke arah lain. Lolipop itu kemudian digerakkan sedikit beberapa kali. Bahu Wildan dipegang lembut.

"Wildan."

"Along nak apa?" soal Wildan. Dia mencebik. Tangan kiri menahan kuat tangan kanan daripada mengambil lolipop di hadapan matanya sekarang ini. Tahan Wildan, tahan. Jangan tertipu dengan lolipop strawberi itu!

"Nak?"

"Tak nak!"

"Betul?"

Wildan tidak menjawab. Matanya dipejam rapat. Dia sedang menahan nafsu sebenarnya. Sudah tiga hari dia tidak makan lolipop. Macam mana tidak terliur melihat lolipop yang along hulurkan. Sehari tidak makan lolipop, tidak semangat harinya.

Memang dia sudah berniat mahu bawa lolipop dan gula-gula semasa perkhemahan, tetapi tertinggal di rumah. Haraplah Waiz tidak jumpa balang lolipop dalam laci biliknya.

Wildan memalingkan wajahnya ke arah Wajdi. Wajah abangnya yang boleh dikatakan serupa dengan wajahnya itu ditatap sekilas. Beza wajahnya dan Wajdi tidak banyak. Paling ketara ialah pada wajahnya ada tahi lalat bawah mata kanan. Wajdi tiada.

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now