26 | DENDA

58 14 41
                                    

"Kau dan kau, pasang khemah. Aku nak pergi bersiar-siar," arah Khairul sambil jarinya dituding ke arah Wajdi dan Zulfan.

"Kenapa pula?" Zulfan tidak berpuas hati dengan Khairul. Tiba-tiba sahaja dia dan Wajdi perlu memasang khemah berdua sedangkan Khairul juga satu kumpulan dengan mereka.

"Sebab kerja macam ni sesuai untuk kau dan dia je."

Khairul terus berlalu pergi. Ditinggalkan Wajdi dan Zulfan bersama satu beg khemah yang masih belum dipasang. Baru sahaja Zulfan mahu mengejar Khairul, namun pantas dihalang oleh Wajdi.

"Zulfan, biarkan dia. Jom pasang khemah cepat," ujar Wajdi. Dia tidak mahu memanjangkan lagi isu ini. Biarlah Khairul itu dahulu. Nanti dia bercakap semula dengan Khairul. Yang penting sekarang adalah khemah.

Zulfan mengangguk. Sekilas dia memandang ke arah khemah Shaqil, Wildan dan Haidar yang sudah siap dipasang. Eh, sekejap betul siap!

"Aik dua orang je? Mana sorang lagi?" soal Wildan tatkala matanya terarah pada Wajdi dan Zulfan yang baru sahaja membuka zip beg khemah.

"Lesap."

****

"Dalam kiraan 3, khemah mana yang belum siap pasang saya denda," ujar Cikgu Rahman dengan suara yang lantang sambil tangannya diangkat ke udara untuk membuat kiraan.

Wajdi dan Zulfan memandang sesama mereka. Manik-manik peluh yang tidak henti-henti keluar daripada liang peluh tidak dihiraukan. Tak penting! Paling penting sekarang khemah mereka. Mereka berdua baru sahaja mengikat tali pada bahagian tengah khemah. Belum lagi menaikkan khemah.

"Wajdi cepat!"

"Tiga."

"Sangkut!"

"Dua."

"Angkat, Zulfan!"

"Satu! Berhenti semua!"

Wajdi memandang wajah Zulfan. Pucat. Air liur ditelan kesat. Terasa berpasir sahaja. Tangan yang masih memegang batang khemah dilepaskan. Dia pasrah. Terima sahajalah denda Cikgu Rahman.

"Saya nampak ada dua buah khemah yang belum siap. Semua ahli khemah tersebut datang ke hadapan!" ujar Cikgu Rahman dengan suara yang lantang.

Wildan, Shaqil dan Haidar serentak memandang Wajdi dan Zulfan yang sudah berubah air muka itu. Pucat semacam muka mereka. Kalau ditoreh tidak keluar darah.

Tanpa berlengah, pantas Wajdi dan Zulfan bergerak ke hadapan seperti yang disuruh Cikgu Rahman bersama tiga orang lagi. Mereka beratur secara memanjang di hadapan Cikgu Rahman. Renungan tajam Cikgu Rahman betul-betul membuatkan mereka semua tidak senang duduk.

"Susah sangat ke pasang khemah?"

Senyap.

"Saya tanya, susah sangat ke pasang khemah, ketua pelajar?" soal Cikgu Rahman. Kali ini soalannya itu dituju pada Wajdi.

"Tak, cikgu," balas Wajdi perlahan. Dia sakit tekak sebenarnya. Tidak boleh bercakap terlalu kuat.

"Kuat sikit ketua pelajar. Saya tak dengar!" jerit Cikgu Rahman betul-betul dihadapan Wajdi.

"Tak, cikgu!" balas Wajdi sekuat hati. Satu tapak perkhemahan bergema dengan suara lantang Wajdi itu. Burung-burung yang hinggap di dahan pokok juga berterbangan. Kuat betul. Memang lepas ini dia kena bercakap secara berbisik.

Naura dan Wardah memandang sesama mereka. Terkejut mendengar suara Wajdi yang kuat itu.

"Mana sorang lagi ahli khemah kamu?"

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now