09 | BANTU

289 129 2
                                    

Sudah dua minggu berlalu semenjak kejadian dia terjatuh tangga dan dua minggu jugalah dia mengelak setiap kali bertembung dengan Asyqar.

Jika dia bertembung dengan lelaki bermata hazel itu, pasti lelaki itu akan mempamerkan riak dingin dan beku. Tidak berperasaan. Tidak kira lah di sekolah mahupun di rumah, wajah lelaki itu tetap serupa jika mereka bertembung.

Jika di sekolah, dia akan berjalan di belakang Nafeesa mahupun Wardah. Ketinggian mereka memudahkan dia untuk berselindung daripada Asyqar. Dia dan Aima akan berjalan di belakang Nafeesa dan Wardah.

Jika di rumah pula, dia tidak akan keluar dari rumah melainkan untuk menjemur pakaian. Dia akan menjemur pakaian dengan secepat mungkin setelah Asyqar keluar dari rumah untuk berjoging pada hujung minggu.

Naura mengeluh perlahan. Sampai bila dia ingin mengelak dari bertemu dengan Asyqar? Rasanya setiap hari pasti dia akan bertembung dengan remaja lelaki berwajah kacukan Arab tersebut. Lelaki itu pasti sudah melupakan tentang kejadian itu.

"Nur Naura Humaira, Jauh betul kamu termenung. Sampai mana dah kamu berangan? Disebabkan cikgu panggil kamu banyak kali tetapi kamu tidak menyahut. Jadi, cikgu nak kamu jawab soalan di hadapan," kata Cikgu Afza.

Terhenti terus lamunan Naura apabila Cikgu Afza memanggil namanya. Dia berdiri dari tempat duduknya. Aima disebelahnya dipandang sekilas. Aima tersengih. Dia tahu dari riak wajah Naura, pasti gadis itu akan membebel padanya nanti.

Langkah diatur menuju ke papan putih di hadapan kelas. Whiteboard marker yang terdapat di atas meja guru dicapai. Soalan matematik tambahan yang tersedia di papan putih dijawab dengan teliti. Mujur sahaja dia tahu cara menjawab soalan ini. Tetapi apabila sampai pada jawapan soalan, dia mendapat jawapan yang berbeza dengan jawapan yang diberikan oleh Cikgu Afza.

Berulang kali dia mencuba. Sanggup dia memadam semua jalan kira yang telah ditulisnya dan mengira semula. Namun, jawapan yang dia dapat kesemuanya tidak sama. Naura mengembus nafas berat.

Cikgu Afza yang melihat Naura seperti tidak mendapat jawapan soalan tersebut memanggil pelajar yang lain untuk membantu Naura.

"Nampaknya jawapan yang Naura dapat hampir sama dengan jawapan yang cikgu beri. Tapi Naura masih tidak dapat jawapannya. Ada sesiapa yang boleh bantu Naura?" tanya Cikgu Afza. Wajah pelajar-pelajarnya dipandang.

Wajdi mengangkat tangan. Dia berdiri lalu bergerak ke bahagian hadapan kelas.

Naura terkedu melihat Asyqar yang mengangkat tangan dan sedang menghala ke bahagian hadapan kelas. Apa, Asyqar?

"Baik, Asyqar. Kamu boleh ambil marker," kata Cikgu Afza. Whiteboard marker dihulur kepada anak muridnya itu.

Wajdi menyambut marker yang dihulur Cikgu Afza. Naura yang berada di hadapan papan putih beranjak ke tepi. Memberikan laluan kepada Asyqar untuk menjawab soalan.

Penutup marker dibuka. Dia memadam sebahagian jalan kerja Naura yang dia dapati salah. Serentak dengan itu, satu memori tentang Uwais menerjah mindanya.

Suasana di dalam kelas 2 Uthman senyap sunyi. Semua pelajar menumpukan perhatian pada guru yang mengajar.

"Asyqar dan Uwais. Saya nak kamu berdua jawab soalan di hadapan ini. Asyqar, kamu jawab soalan nombor 1 dan Uwais nombor 2," kata Cikgu Taufiq, guru bagi mata pelajaran Matematik merangkap guru disiplin di Mumtazir Highschool.

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now