12 | KHAIRUL

317 115 69
                                    

Naura menilik jam tangan pada pergelangan tangannya. Pukul 7:40 pagi. Pintu pagar sekolah perlu ditutup sekarang. Sepatutnya dia dan Asyqar yang menjaga pagar sekolah hari ini. Namun kelibat lelaki itu masih belum kelihatan.

Sebenarnya dia ditugaskan menjaga pintu pagar sekolah bersama Amran, salah seorang pengawas sekolah juga tetapi Amran perlu menyertai program di sekolah lain. Jadi, Asyqar yang menggantikan tempat Amran. 

"Eh, nanti jangan tutup lagi!" jerit seseorang.

Naura yang terdengar suara tersebut terus berhenti menarik pintu pagar sekolah. Dia memalingkan wajahnya ke arah suara itu. Kelihatan dua orang lelaki sedang menghala ke arahnya.

Seorang sedang berlari, manakala seorang lagi sedang berjalan. Kedua-duanya memakai baju seragam sekolah bagi pelajar yang berjawatan.

Naura memerhatikan kedua-dua lelaki itu. Pengawas pun datang lewat. Ni nak kena denda ni!

Wildan yang berlari tadi sudah berhenti betul-betul dihadapannya. Dia membongkokkan badan sambil kedua-dua tangan menongkat pada lutut. Dia cuba mengatur nafas. Seketika itu, dia mengangkat badan semula.

Seorang lagi yang berjalan tadi baru sahaja tiba berdiri di sebelah lelaki itu.

Eh tu kan Asyqar?

"Asyqar, kenapa anta datang lewat? " soal Naura. Tidak pernah lagi Asyqar datang lewat ke sekolah.

Wajdi dan Wildan serentak mengangkat pandangan mereka melihat Naura.

Naura mengerutkan dahinya. Kenapa pulak dua-dua tengok aku? Aku panggil Asyqar je. Yang sorang lagi ni dah kenapa? Aku tak panggil nama dia pun. Nama dia pun aku tak tahu.

"Saja," balas Wajdi dan Wildan serentak. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Seorang muka dingin, seorang lagi tersenyum lebar sambil tangannya mengusap belakang leher.

Semakin berkerut dahi Naura mendengar Wajdi dan lelaki yang tidak dikenalinya itu menjawab soalannya serentak.

"Hmm, tak apa lah. Sebagai denda datang lewat, korang berdua kena cuci tandas di Blok C balik nanti. Asyqar, anta boleh masuk kelas. Anta pula, tunggu kejap," ujar Naura. Buku nota kecil ditangannya dibuka. Pen ditekan. Bersedia untuk menulis nama lelaki itu.

"Along nak pergi tandas, nanti masuklah kelas dulu. Kelas 5 Ibnu Sina," bisik Wajdi perlahan di telinga Wildan. Wildan mengangguk. Wajdi kemudian membuka langkah menuju ke tandas lelaki. Tinggal lah Wildan bersama dengan Naura di situ.

"Baik, nama apa?" tanya Naura.

"Muhammad Asyqar Al-Wildan bin Umar Qaydar," balas Wildan sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit pada pipi kanannya.

Terhenti tangan Naura yang sedang menulis itu. Sekejap, nama dia sama macam Asyqar lah. Nama ayah pun sama. Naura memandang remaja lelaki itu semula. Barulah dia perasan yang muka lelaki dihadapannya serupa dengan Asyqar. Naura menepuk dahi. Kenapa lah dia tidak sedar muka mereka berdua sama?

"Kami berdua kembar," sambung Wildan lagi. Dia tahu Naura sedang keliru. Jadi dia cakap sajalah.

"Oh. Patutlah muka sama," balas Naura. Baru dia tahu yang Asyqar ada kembar. Selama ini dia hanya tahu yang adik-beradik Asyqar ada tiga orang, Asyqar, Waiz dan Tareef.

"Ya, jadi boleh panggil ana Wildan dan panggil along, Wajdi."

"Oh, okey Wildan."

****

Suasana di dalam kelas 5 Ibnu Sina hingar-bingar. Guru mata pelajaran pada pagi itu masih belum masuk ke kelas lagi. Kebanyakan pelajar sedang bersembang sambil bergelak ketawa. Ada juga yang sedang menyiapkan kerja sekolah.

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now