20 | TUMBUK

318 88 146
                                    

Langit gelap berserta awan mendung menandakan hari ini bakal hujan. Naura yang sedang menunggu uminya di tempat menunggu menadahkan tangannya. Setitik demi setitik air hujan mulai turun daripada awan mendung yang berarak di langit gelap.

Beg sekolah dibuka sedikit. Naura menyeluk poket beg sekolahnya. Tangannya mencapai seutas tasbih putih lutsinar yang dia rasakan milik Wajdi. Sejak hari kejadian lagi dia ingin memulangkan semula tasbih itu, namun dia terlupa. Naura nekad hari ini dia akan pulangkan semula kepada pemilik asal tasbih ini.

Matanya memandang segenap kawasan tempat menunggu. Kelihatan Wildan, Zulfan, Shaqil dan Haidar berada di tempat menunggu juga. Tetapi tidak pula kelihatan kelibat Wajdi. Lantas kaki Naura melangkah ke arah mereka.

"Er, antum semua. Maaf ganggu. Nak tanya, Wajdi mana ya?"

Serentak mereka berempat memandang ke arah suara yang bertanya. Oh, Naura rupanya.

"Wajdi ada hal kat sekolah lagi. Jadi kami balik dulu," balas Zulfan sebagai wakil kepada mereka semua.

"Oh. Baik."

"Kami nampak dia menghala ke blok C tadi," sampuk Wildan pula.

"Ok, terima kasih."

Naura melangkah ke tempat duduknya semula. Nafeesa disebelahnya yang sedang termenung dilihat sekilas sebelum Naura mengajaknya mencari Wajdi di kawasan sekolah.

Mereka berdua pulang lewat hari ini. Wardah dan Aima sememangnya sentiasa pulang awal. Habis sekolah sahaja terus balik. Lainlah dia dan Nafeesa yang pulang agak lewat.

"Nafeesa, jom teman ana pergi jumpa Wajdi sekejap. Ana nak pulangkan barang dia."

Nafeesa menilik jamnya sekilas sebelum dia mengangguk.

****

Wajdi tiba di bilik stor sukan. Nafasnya cuba diatur perlahan. Bunyi hujan turun yang semakin lebat itu tidak dia hiraukan. Dia menarik tarik leher yang masih terletak elok di batang lehernya. Dua butang dari atas baju kemejanya dibuka bagi membiarkan udara lalu.

Tombol pintu bilik stor sukan dipulas. Tidak berkunci. Wajdi menapak masuk. Bilik stor sukan ini gelap gelita menyukarkan penglihatannya untuk melihat. Langkah kakinya perlahan diatur seraya matanya melilau mencari seseorang yang menyuruhnya datang ke bilik stor sukan ini.

BAM !

Tiba-tiba pintu bilik stor sukan tertutup rapat. Terkejut Wajdi dibuatnya. Dia mengurut dadanya perlahan kemudian berpaling ke belakang. Sangkanya mungkin angin yang menutup pintu itu. Namun sangkaannya salah.

Kelihatan seorang remaja lelaki sedang berdiri sambil menyandarkan badannya ke pintu yang telah tertutup itu. Wajahnya tidak dapat dilihat sepenuhnya. Hanya samar-samar sahaja kelihatan. Namun senyuman sinis yang terbit di bibir remaja lelaki itu dapat dilihatnya. Wajdi merasa tidak sedap hati.

"Wajdi."

Terus kejung badan Wajdi ketika ini. Suara itu. Suara yang paling membuatkan dirinya trauma. Tidak lain dan tidak bukan. Khairul Affan. Lelaki itu sahaja yang boleh membuatkan dirinya bergetar hebat.

Kepalanya mula berdenyut kuat. Saat ini terasa dunianya berputar. Mindanya seperti sedang menayangkan video tentang arwah Uwais. Satu persatu babak kejadian mulai muncul dalam mindanya. Kejadian dimana arwah Uwais meninggal dunia di hadapan matanya sendiri.

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now