29 | LUAH

41 10 46
                                    

Waiz menopang dagunya pada bingkai jendela yang terbuka lebar. Langit malam gelap yang hanya diterangi oleh redup cahaya bulan dan gemerlapan bintang yang berkedip ditenung jauh. Fikirannya teringatkan kedua abangnya yang masih belum pulang dari perkhemahan.

"Waiz termenung apa tu?" soal Nek Imah yang sedang membaca buku agama di sofa ruang tamu. Sejak dua menjak ini, dia lihat cucunya yang satu ini berdiam diri sahaja. Bosan agaknya tiada Wildan mahu ajak bergaduh seperti biasa.

"Tak ada apa, nek," balas Waiz lalu dia mendekati Nek Imah. Dia duduk di ruang kosong  bersebelah dengan Nek Imah. Dengan manja, Waiz menyandarkan kepalanya pada pangkuan Nek Imah. Pandangannya beralih pada kipas siling yang berputar laju di atas kepala.

"Betul? Ke Waiz rindu abang-abang Waiz?" soal Nek Imah seraya mengusap lembut rambut hitam pekat milik Waiz.

"Mana ada. Aman hidup Waiz tak ada along dan angah," ujar Waiz. Tidak mahu mengaku dia rindu abang-abangnya itu. Jatuh saham anak lelaki kacak ini.

Nek Imah tersenyum. Dia akan cuba memancing Waiz supaya cucunya itu mengaku isi hati sendiri.

"Ye ke? Habis yang Waiz masuk bilik angah petang kelmarin tu kenapa?"

"Er...yang itu sebab Waiz punya barang ada dalam bilik angah," dalih Waiz. Pandangannya mula dialihkan pada umi yang sedang berjalan ke tempat mereka. Dia takkan mengaku! Sesekali tidak akan mengaku yang dia rindu pada abang-abangnya lebih-lebih lagi Wildan. Tiada Wildan sehari,suram harinya. Wildan sudah seperti cahaya yang menyinari hari-harinya.

"Jangan percaya sangat dia ni, mak. Dia rindu Wildan. Saya nampak dia tulis nota kecil letak atas meja belajar Wildan," sampuk Puan Qairah sambil tergelak kecil. Macam dia tidak tahu anaknya yang seorang ini buat apa petang kelmarin. Dia ternampak Waiz melekatkan nota kecil pada meja belajar Wildan. Tapi sempat pula tangan kecil itu mencuri lolipop yang Wildan sorok dalam laci meja.

"Mana ada!" ujar Waiz lantas dia bangun dari pembaringan. Wajah yang putih itu usah dikata, terus bertukar merah padam. Dia malu kerana rahsianya sudah terbongkar. Tanpa basa-basi, dia terus berlari masuk ke biliknya.  

Nek Imah dan Puan Qairah tertawa melihat tingkah laku Waiz. Comel!

****

Naura duduk di kerusi yang disediakan di khemah urusetia. Setelah kakinya dirawat, dia berehat sebentar sebelum ke khemah mereka sambil menikmati minuman dan makanan yang diberikan Cikgu Linda tadi. Nafeesa, Wardah dan Aima juga masih di sini. Kata mereka masih awal mahu masuk tidur.

Di bawah khemah yang sama, Wajdi masih belum sedar. Wildan pula sedang memandang Khairul dengan pandangan yang tajam. Khairul hanya beriak biasa. Seperti tiada apa yang berlaku.

"Kau kenapa tak tolong tadi? Tiga langkah je nak sampai kat Wajdi," ujar Wildan. Air mineral dicapai lalu diteguk rakus. Mahu menghilangkan dahaga dan marahnya. Sakit hatinya melihat keadaan tadi. Mahu sahaja dia menumbuk wajah Khairul ketika ini namun ditahan.

"Saja."

"Kau ni aku tak tahu lah apa dendam sangat dengan Wajdi. Cuba kurangkan sikit dendam tu," sampuk Haidar dari belakang.

"Kau tak tahu apa-apa. Jangan menyibuk hal aku dengan Wajdi!" balas Khairul lantas dia berlalu pergi. Dengan sengaja, dia melanggar lengan Haidar dengan kuat. Dia memang sengaja tidak mahu menyambut Wajdi tadi.

"Main kasar nampak."

"Gaduh. Gaduh. Gaduh!" Shaqil dan Wildan bersorak. Roti jagung pada tangan mereka diangkat tinggi.

"Dah lah cukup. Shaqil, Wildan diam. Ada juga tidur luar khemah malam ni," ujar Zulfan. Rasanya dari tadi lagi dia jadi orang yang hentikan pergaduhan. Penat asyik suruh berhenti bergaduh dengan perangai Shaqil dan Wildan lagi.

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now