27 | KELUAR

44 15 69
                                    

Wildan menguap sambil mata terpejam rapat. Kali ke berapa dia menguap pun dia sudah tidak tahu. Mengantuk. Tangan naik menekup mulut. Takut masuk serangga. Kalau dia sedar tak apa juga. Kalau tak sedar, memang siap masuk dalam badan.

"Baiklah, kumpulan terakhir sila bersedia."

Mereka semua berdiri dan membentuk satu barisan mengikut posisi yang dibincangkan tadi. Wajdi membaca ayat Kursi beserta selawat beberapa kali. Wildan yang perasan akan keadaan itu lantas menegur abangnya.

"Along baca apa lama sangat tu? Baca surah Al-Baqarah ke?" Wildan tersengih. Dia tahu sebenarnya Wajdi baca apa. Saja mengusik. Abangnya ini penakut tetapi berlagak berani.

"Mana ada."

****

"Alhamdulillah, selamat sampai," ujar Nafeesa sambil belakang tangannya mengelap peluh yang tidak henti-henti keluar pada dahinya. Seketika dia memandang ke belakang mahu melihat Naura.

"Naura?"

Senyap.

"Naura. Tak gurau ni. Mana anti?" Air muka Nafeesa mula berubah. Kaki tidak mampu bergerak. Otak ligat berfikir bila Naura mula hilang.

"Nafeesa?"

"Nafeesa, anti kenapa? Pucat semacam muka anti. Ada sakit mana-mana ke?" soal Aima. Dia mula mendekati Nafeesa yang masih tidak berganjak dari tempat penamat trek laluan tadi.

"Naura."

"Kenapa dengan Naura?"

"Hilang. Dia tak ada belakang ana," balas Nafeesa seraya memandang tepat wajah Aima dihadapannya sekarang ini.

Aima terdiam. Riak risau mula terpancar pada wajah kedua-dua sahabat itu.

****

Zulfan berjalan perlahan. Setiap langkah yang diambil harus dilakukan dengan berhati-hati. Bimbang terpijak apa-apa yang berbahaya. Dalam keadaan gelap dan di dalam hutan sekarang ini pelbagai perkara boleh berlaku tanpa disedari.

"Shaqil, lepaskan baju ana," arah Haidar. Shaqil dibelakangnya ini sedang memegang baju Haidar dengan kuat. Tidak selesa dibuatnya mahu berjalan ketika ini.

"Tak nak."

"Penakut," ujar Khairul perlahan namun telinga Shaqil sempat menangkap perkataan yang keluar daripada bibir Khairul.

"Kau kata apa? Penakut?" Shaqil menghentikan langkahnya. Dia berpaling ke belakang lalu memandang wajah Khairul yang nampak hanya samar-samar sahaja.

Haidar yang merasakan pegangan Shaqil sudah terlepas berpaling ke belakang. Kelihatan Shaqil dan Khairul seperti mahu memulakan pergaduhan.

"Cukup. Jangan bergaduh. Shaqil, jom," ujar Haidar seraya menarik lengan Shaqil.

****

Sementara itu...

"Along, gelap betul dalam hutan ni. Tak nampak apa-apa. Muka along yang putih berseri macam cahaya tu pun angah tak nampak." 

Wajdi menggeleng. Wildan ini suka berseloroh. Kadang-kadang dia terfikir betul atau tidak Wildan ini kembarnya. Dos ceria dia berlebihan.

"Angah, tengok bawah," arah Wajdi.

"Kenapa?"

Lantas Wildan berhenti lalu pandangannya dialihkan ke bawah seperti yang disuruh Wajdi. Kelihatan cahaya kecil pada tanah dan pokok sekeliling. Cahaya tersebut adalah daripada daun-daun liar di dalam hutan. Daun-daun ini akan menyala pada waktu malam. Biarpun sedikit cahayanya, namun dapat juga membantu ketika dalam gelap.

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now