06 | RINDU

382 145 64
                                    

"Along, bangun!" Seorang remaja lelaki menapar muka Wajdi yang tidak sedarkan diri. Sudah berkali-kali dia cuba mengejutkan Wajdi namun tetap tidak berjaya.

Api mula membarak memenuhi segenap kawasan rumah. Kepulan asap memenuhi ruang dalam rumah. Terbatuk-batuk dia akibat terhidu asap terlalu banyak. Peluh merinik membasahi wajah tidak dihiraukan. Yang penting sekarang keselamatan dia dan abangnya. Kesemua ahli keluarganya telah keluar dari rumah. Tinggal dia dan Wajdi sahaja di ruang dapur. Mujur api masih tidak menghala ke arah dapur.

Dua sapu tangan di dalam almari dapur dicapai. Dia membasahkan sapu tangan tersebut lalu menutup mulut dan hidung dia dan Wajdi.

Tanpa membuang masa, dia terus memapah Wajdi menghala ke pintu dapur. Asap semakin banyak tidak dihiraukan. Pintu belakang rumah diketuk dan ditolak beberapa kali namun masih tidak berjaya dibuka. Dikunci dari luar.

Muka Wajdi disebelahnya dipandang sekilas. Pucat seperti tiada darah langsung. Darah yang membuak-buak keluar dari dahi Wajdi dilap menggunakan belakang tapak tangannya.

Dengan kekuatannya yang masih bersisa, dia menyepak pintu dapur tersebut sekuat hatinya.

KLAKK!

Pintu dapur akhirnya terbuka. Lantas dia memapah Wajdi keluar dari rumah tersebut. Namun, malang tidak berbau, belum sempat dia dan Wajdi keluar, kepingan kayu dari bahagian atas rumah hampir jatuh menghempap badan Wajdi.

Dengan pantas dia menolak badan Wajdi keluar dari ruang dapur dan kepingan kayu tersebut akhirnya jatuh menghempap kaki kanannya.

Dia mengerang kesakitan. Dia cuba untuk bangun beberapa kali namun masih tidak berjaya. Kelihatan pasukan bomba diluar sudah memapah Wajdi. Dia tersenyum kecil. Mujur Wajdi sempat diselamatkan. Biarlah dia berkorban. Asalkan abangnya selamat. Pandangan terus berbalam. Kepala terasa berat. Semuanya kabur dan apa yang dapat dia dengar ialah seseorang menyeru namanya dan pandangannya menjadi kelam.

Kantup mata Wajdi terbuka sedikit. Melihat adiknya yang terkulai di ruang dapur rumah merobekkan hati seorang abang.

"Wildan," panggil Wajdi. Sakit kepala yang mencucuk-cucuk tidak dihiraukan. Keselamatan adiknya lebih penting. Terasa diri gagal untuk melindungi adiknya sebagai seorang abang sulung. Api yang semakin marak menambahkan lagi kerisauannya. Badannya sedang dipapah oleh anggota bomba.

Dengan sekuat hati dia menarik lengan angota bomba tersebut.

"To... tolong adik sa... saya masih kat dalam," perlahan sahaja suaranya. Tidak tahan lagi dengan sakit di kepala akhirnya dia tidak sedarkan diri.

Wajdi tersedar dari tidur. Tercungap-cungap dia mengambil nafas. Jantung mula berubah ritma. Kejadian yang berlaku sebulan yang lalu menerpa dalam mimpinya.

ARGH!

Wajdi memegang kepalanya yang berdenyut-denyut tika ini. Terasa seperti ada pisau yang mencucuk-cucuk kepalanya. Dahinya berkerut-kerut menahan sakit pada bahagian kepala. Kejadian tersebut benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam buat seorang abang sulung sepertinya.

Tangan kanan mencapai botol ubat di atas meja bersebelahan katilnya. Penutup botol mineral dibuka lalu dua biji pil ubat dikeluarkan dan ditelan sekali gus.

Jam di dinding dilihat sekilas menunjukkan pukul 4.45 petang. Sudah satu jam setengah dia terlelap selepas pulang dari sekolah tadi.

Wajdi menutup matanya sebentar. Cuba untuk menghilangkan sakit di kepalanya yang masih bersisa. Setelah dia merasakan keadaannya sudah baik sedikit, dia bingkas bangun dan menuju ke bilik air. Wuduk diambil dengan tertib. Solat asar wajib dilaksanakan. Mujur dia tidak terlepas waktu solat asar.

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now