25 | PERKHEMAHAN

69 13 74
                                    

Dua minggu kemudian,

Naura memasukkan barang-barang yang sudah dikumpul setempat ke dalam beg sandang. Tidak lupa juga sebuah novel turut dimasukkan ke dalam beg galas bagi menghilangkan kebosanan ketika berada di dalam bas nanti.

Hari ini, kesemua pelajar tingkatan 5 akan bertolak ke Tapak Perkhemahan Kuala Keris bagi menghadiri program jati diri selama tiga hari dua malam. Mereka akan melakukan pelbagai aktiviti selama mereka berada di sana.

"Naura, ni umi ada bungkuskan sikit bihun goreng. Bolehlah makan nanti dalam bas," ujar Puan Sakeena seraya menghulurkan bekas berjenama 'Tippurware' itu kepada Naura.

"Terima kasih umi!"

****

Wajdi mengetuk pintu bilik Wildan beberapa kali. Jam tangan dilihat sekilas pandang. Sudah lewat. Mereka ada masa 15 minit lagi sebelum bertolak. Dia menghembus nafas perlahan. Sejak Wildan kembali bersekolah ini, dia perasan selalu mereka terlewat ke sekolah.

Boleh dikira dengan jari berapa kali sudah mereka berdua didenda. Pengawas sekolah pun tidak terlepas daripada denda. Tetapi bukanlah semua salah Wildan. Kadangkala dia juga ada terlewat.

Tiba-tiba pintu bilik Wildan terbuka dari dalam. Terjegul wajah Wildan yang masih menutup mata. Kedua tangannya naik menggosok mata. Badannya pula disandarkan pada pintu bilik yang sedang terbuka.

"Along nak apa? Wildan mengantuk ni. Semalam tidur lewat tengok hoki," ujar Wildan dengan suara serak basah. Selepas solat subuh tadi terus dia tertidur. Kelopak matanya juga masih belum terbuka. Betul-betul tidak mahu bangun!

"Kita ada program. Angah lupa ke?" 

Dengar sahaja perkataan program, terus kelopak mata Wildan terbuka luas. Macam mana dia boleh lupa ada program hari ni?

"Jam."

"8.15 pagi."

"Allahu Akbar. Sekejap angah siap!"

Pantas Wildan berlari masuk ke tandas. Memang sudah lewat ni. Tidak sempat dia mahu berangan di dalam tandas seperti selalu.

Wajdi menggeleng melihat kelakuan Wildan. Sementara Wildan mandi, lebih baik dia tolong ambil beg pakaian Wildan. Mujurlah mereka berdua telah simpan beg pakaian ke program ini dua hari lepas lagi. Jika tidak memang lagi kalut dibuatnya.

Berkenaan kes Khairul yang membulinya, dia sudah membuat keputusan untuk tidak memberitahu cikgu kerana dia tahu jika dia memberitahu cikgu, semakin besar masalah ini.

Wajdi juga telah menerangkan pada Wildan alasannya ini. Pada mulanya Wildan sememangnya tidak setuju tetapi akhirnya dia faham alasan Wajdi itu. Zulfan, Haidar, Shaqil dan Naura juga tahu akan hal ini.

****

"Umi, abi, Nek Imah. Angah dan along pergi dulu." ujar Wildan sambil bersalaman dengan Puan Qairah, Encik Umar dan Nek Imah yang sedang menikmati sarapan di dapur.

Sepasang kasut sukan yang terletak elok di rak kasut dicapainya. Sambil Wildan memakai kasut, matanya melilau melihat keadaan sekeliling. Dia mencari kelibat seseorang. Seseorang yang sudah dua hari merengek mahu ikut sekali ke program ini.

"Waiz mana umi?"

"Tidur. Tadi lepas solat subuh umi nampak dia terus tidur," balas Puan Qairah. Entah apa anak ketiganya buat semalam. Penat sungguh nampaknya.

"Kirim salam Angah pada Waiz, umi. Cakap dekat dia jangan menangis."

"Kamu ni Wildan, sempat lagi nak kirim salam. Pakcik Ismail dah gerak tu."

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now