15 | TIBA

282 104 94
                                    

"Assalamualaikum." Naura memberi salam. Dia melangkah masuk ke dalam rumah jirannya. Matanya melilau mencari kelibat seseorang. Bimbang kalau terserempak dengan Wajdi. Tidak sanggup dia mahu menghadap wajah Wajdi yang dingin itu.

"Waalaikumussalam, Naura. Marilah masuk," balas Puan Qairah lalu dia berjalan menuju ke arah Naura, Wildan dan Waiz yang berada di ruang tamu sambil menggendong Tareef.

Naura bersalaman dengan Puan Qairah. Beg baju ditangan diletakkan sebentar. Banyak sebenarnya beg dia. Tiga buah beg. Satu dipegang olehnya. Dua lagi dipegang oleh Wildan. Wildan yang menawarkan diri untuk mengangkat begnya. Jadi, gunakan peluang ini sebaik mungkin!

"Mari, Naura. Umi nak tunjuk bilik sementara kamu," ujar Puan Qairah. Tangan Naura diraih. Dia membawa Naura ke bilik paling hadapan di tingkat kedua.

Wildan mengikut Naura dan uminya dari belakang. Beg Naura ditarik sahaja. Tidak larat dia mahu mengangkat beg Naura. Beratnya beg Naura ni. Dia bawa apa lah dalam beg ni. Baju ke gajah?

"Angah, angkatlah beg akak Naura elok-elok. Rosaklah nanti kalau angah seret macam tu. Kesian akak Naura," kata Waiz yang semenjak tadi berada di belakang Wildan.

Wildan melihat adiknya sekilas. Budak ni, dia tak tahu ke yang beg akak kesayangan dia ni berat mengalahkan anak gajah! Entah apa lah yang Naura bawa.

"Waiz, tahu tak tangan angah ni rasa macam nak patah bila angkat beg akak Naura. Berat tau. Sepatutnya Waiz kasihankan angah, bukan akak Naura," balas Wildan. Lenguh tangannya mengangkat beg Naura sejak di rumah Naura lagi. Kalau dari bawah tidak mengapa lagi. Ini dari dalam bilik Naura di tingkat atas dia angkut turun ke bawah. Letih!

"Angah jangan nak bohong Waiz eh. Waiz tengok beg akak Naura tu ringan je. Lagi satu, buat apa Waiz nak kasihankan angah? Angah kan lelaki, sepatutnya angah ringankan kerja perempuan. Apa guna otot angah kalau tak guna sekarang?" balas Waiz panjang lebar. Dia kemudian memintas Wildan lalu ke arah Puan Qairah dan Naura meninggalkan Wildan dibelakang.

Wildan merengus. Amboi, budak ni! Kata aku bohong dia pulak. Sabar sahajalah aku dengan dia ni! Dia tengok tak berat konon. Cuba dia angkat beg Naura ni. Tak angkat lagi dah jatuh tergolek!

Wildan pasrah. Dia mengangkat beg Naura. Waiz ni, kalau bukan sebab dia suruh angkat memang aku seret beg Naura ni!

"Bilik ni lah bilik sementara Naura. Umi harap Naura suka," kata Puan Qairah. Tareef yang digendong sedari tadi mula meragam kecil. Dia kemudian meletakkan Tareef di lantai. Barulah Tareef berhenti meragam.

Naura melihat hiasan dalam bilik tersebut. Dinding bilik dilapisi kertas dinding bercorak bunga kecil berwarna putih. Hiasan dalaman bilik juga tidak terlalu banyak. Cantik.

"Cantik. Naura suka. Terima kasih umi," kata Naura.

"Sama-sama, Naura. Naura masuklah dulu. Kemas barang. Malam nanti kita makan malam sama-sama," balas Puan Qairah.

"Baik, umi."

Puan Qairah menggendong Tareef semula kemudian keluar daripada bilik itu. Wildan pula masih berada di situ sambil badannya menyandar di dinding. Dia merenung wajah Naura lama.

Naura terasa seperti seseorang sedang memerhatikannya. Lantas dia berpaling ke belakang. Wildan rupanya.

"Ya Wildan, nak apa?" soal Naura.

Wildan yang sedari tadi merenung Naura tersentak. Terus sahaja dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Terasa berdosa pula merenung anak dara orang lama-lama.

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now