11 | SESAT

331 124 116
                                    

Cuti hujung minggu tiba lagi. Hari ini merupakan hari Jumaat. Hari segala penghulu hari. Sekolahnya cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Setelah Naura menunaikan solat subuh, dia meneruskan dengan membaca Al-Mathurat. Amalan membaca Al-Mathurat diamalkan setiap hari pada waktu pagi dan petang.

Telekung yang dipakainya masih belum dibuka. Sejadah berwarna hijau lembut dilipat dan diletakkan di atas penyidai tuala.

Naura berjalan menuju ke arah tingkap biliknya. Waktu pagi seperti sekarang pasti matahari sudah naik. Langsir bercorak daun hijau lembut yang menutupi tingkap dari dalam bilik ditarik. Tingkap bilik dibuka seluas-luasnya. Cahaya matahari mula masuk melalui tingkap dan memenuhi segenap inci bilik tidurnya.

"Masya Allah, cantiknya!" ujar Naura. Mata dipejam sebentar. Menikmati sinaran cahaya matahari pada waktu pagi.

Baru sahaja dia ingin berlalu pergi menuju ke katilnya, dia ternampak jiran sebelahnya juga membuka langsir sama sepertinya.

Kelihatan remaja lelaki itu sedang melihat awan di langit. Biasan cahaya matahari yang mengena pada bahagian wajahnya menyerlahkan lagi kekacakkan lelaki muda itu. Mata hazel milik lelaki itu bersinar terang. Rambut perang lelaki itu seakan-akan berwarna keemasan setelah terkena sinaran matahari.

Baru sahaja Naura ingin beredar dari situ, tiba-tiba lelaki itu berpaling memandang ke arahnya. Pandangan mata lelaki itu membuatkan jantungnya berdegup kencang.

Pantas dia menutup semula tingkap lalu menarik kain langsir biliknya dengan tergesa-gesa. Tangan kanan naik menekap dada. Jantung usah dikata, seperti baru selepas marathon!

Telekung putih bersulam bunga kecil berwarna biru lembut yang dipakainya tadi dibuka. Cermin kecil di atas meja belajar dicapai. Dia melihat kulit wajahnya. Kulit wajahnya yang sedia ada berwarna putih susu mula berubah warna menjadi merah. Yang paling ketara ialah pipinya. Merah seperti tomato!

****

Wajdi menarik langsir biliknya. Cahaya matahari yang memancar ke wajahnya dibiarkan. Awan putih seperti kapas ditenung mendalam sambil fikirannya memikirkan sesuatu. Sepasang mata hazelnya tidak berkelip melihat sekumpulan awan putih. Indah.

Dia melihat ke arah rumah sebelah. Kelihatan seorang perempuan sedang melihat ke arahnya. Sejenak perempuan itu perasan yang dia melihat ke arahnya, terus perempuan itu menutup tingkap dan menarik langsir bilinya.

"Itu Naura kan?"soalnya sendiri.

****

"Umi, Wildan tengok along tu macam sakit lagi je," kata Wildan. Dia sedang membantu Puan Qairah membuat sarapan. Wildan suka memasak. Kadang kala jika Puan Qairah terlalu sibuk dengan urusan di kedai bunga, dia akan mengambil alih tugas umi sebagai tukang masak di rumah.

Sudah beberapa kali Nek Imah menawarkan diri untuk memasak, namun Wildan tetap tidak membenarkan Nek Imah memasak. Katanya, kawasan dapur hanya untuk umi dan dia sahaja. Orang lain tidak dibenarkan masuk.

"Ya ke, Wildan? Umi tengok along okey je," balas Puan Qairah. Dia lihat anak sulungnya, Wajdi baik sahaja. Pergi ke sekolah seperti biasa, bercakap dengannya seperti biasa dan makan bersama pun seperti biasa. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia masih sakit. Semua kelihatan normal sahaja.

Puan Qairah mencapai bekas kosong di dalam almari lalu diberikan kepada Wildan. Wildan mencedok mi goreng yang baru sahaja siap dimasak oleh Puan Qairah dan diletakkan di dalam bekas kosong tadi.

"Betul umi. Dua hari lepas, Wildan dengar suara orang menjerit. Kuat. Wildan pun carilah dari mana suara tu datang. Rupanya, suara along," kata Wildan. Sebenarnya dia keluar dari bilik dahulu sebelum Wajdi. Masa Wajdi masuk biliknya, nak panggil makan malam, waktu itu dia baru sahaja masuk semula ke biliknya. Mujur sempat masuk awal daripada Wajdi, jika tidak pasti abangnya akan mengesyaki sesuatu.

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now