03 | SEKOLAH

527 160 84
                                    

Langkah kaki diatur menuju ke kelas 5 Ibnu Sina iaitu kelas pertama bagi aliran sains tulen. Selepas dia ke pejabat, pihak sekolah menempatkan dia di kelas ini. Di sekolah ini mempunyai lapan kelas bagi setiap tingkatan. Bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 pula, setiap aliran mempunyai dua buah kelas kerana bilangan pelajar yang ramai.

Naura berjalan mengikut laluan yang disediakan. Sesekali matanya melilau melihat keadaan sekolah ini. Tidak dinafikan sekolah ini amat cantik ditambah dengan suasana yang damai. Pelbagai pokok hijau ditanam disepanjang sekolah. Paling menarik minatnya, terdapat taman bunga mini yang cantik.

Tanpa dia sedari, dia telah tiba di hadapan kelas 5 Ibnu Sina. Terlalu khusyuk melihat suasana sekolah baharunya. Dengan bacaan bismillah, dia menjejakkan kakinya di kelas tersebut. Baru sahaja dia ingin masuk ke kelas itu, tiba-tiba dia merasakan ada seseorang sedang memeluknya dengan erat. Naura terus menoleh ke belakang dan melihat siapakah gerangan yang memeluknya.

"Naura! Ni Aima lah! Anti tak ingat dah ke? Dah lah ana telefon anti banyak kali tapi tak angkat pun. Mesej pun satu tick aje. Lepas kita ambil keputusan peperiksaan tahun lepas terus anti tak contact dengan ana dah. Sampai hati anti."

Aima Safiyyah. Salah seorang kawan baik Naura sejak tingkatan satu lagi. Naura paling rapat dengan Aima kerana ketinggian mereka sama. Kebanyakan orang berkata mereka berdua ini kembar tetapi tidak. Faktor ketinggian lah yang menyebabkan mereka berdua nampak seperti kembar. Maklumlah dua-dua pendek.

"Maaf, Aima. Ana punya telefon bimbit dah lama rosak. Dari tahun lepas lagi. Sampai sekarang tak baiki. Jadi ana tak boleh nak mesej sapa-sapa pun. I'm sorry," balas Naura. Terbit rasa bersalah terhadap rakan baiknya itu.

Telefon bimbitnya itu rosak gara-gara adiknya si Wafiq. Sedap hati dia je lempar telefon bimbit pemberian umi pada monyet yang berada di atas pokok rambutan belakang rumah. Katanya dia ingin menghalau monyet tu daripada memakan buah rambutan yang masak ranum itu.

"Oh, kalau macam tu tak apa lah. Tak jadi ana nak marah."

Naura tersenyum. Aima ni kalau marah pun tak nampak macam marah sebab bila dia marah nampak comel je.

"Naura!"

Kelihatan dua orang gadis sedang berjalan ke arahnya dan Aima. Dari jauh sudah dapat dia agak siapakah gerangan mereka berdua. Rakan baiknya, Wardah dan Nafeesa sedang melambai-lambai kepadanya. Wardah Hadeera dan Nafeesa Maisarah juga memakai seragam sekolah yang serupa sepertinya dan Aima.

Seragam ini merupakan seragam bagi pelajar yang berjawatan. Bagi pelajar biasa, mereka akan memakai baju sekolah dan tudung putih bersama dengan kain sekolah berwarna hijau gelap.

"Assalamualaikum, Naura," kata Wardah.

"Waalaikumussalam, Wardah," balas Naura sambil tersenyum.

"Lamanya tak nampak anti, Naura," kata Nafeesa. Nafeesa merupakan atlet sekolah. Semua jenis sukan dia sertai. Tahun lepas dia menjadi wakil sekolah ke peringkat Kebangsaan dalam sukan bola tampar.

"Ana tak keluar rumah sangat. Itu yang kita semua jarang jumpa," balas Naura. Kebiasaanya dia, Aima, Wardah dan Nafeesa akan ke taman permainan setiap petang. Kadang kala mereka berempat juga akan berkelah di tepi pantai.

"Oh, patutlah. Eh, dah jom masuk kelas. Lewat dah ni," kata Wardah sambil menilik jam tangan yang dipakai di tangan kanannya.

"Jom!" balas Aima.

"Eh sekejap, korang bertiga ni kelas mana?" tanya Naura kepada mereka bertiga.

"Kelas ni lah!" balas mereka bertiga serentak sambil jari telunjuk mereka menunjuk kelas 5 Ibnu Sina yang berada di hadapannya.

"5 Ibnu Sina?"

Aima, Wardah dan Nafeesa mengangguk serentak.

Senyuman Naura melebar. Nampaknya mereka berempat akan berada dalam satu kelas yang sama lagi.

"Jom masuk!" kata Aima sambil menarik lengan Naura.

Mereka memilih tempat duduk di bahagian tengah dan bersebelahan dengan tingkap. Tempat duduk Naura bersebelahan dengan Aima manakala tempat duduk Wardah dan Nafeesa pula dihadapan mereka berdua.

Mujur tempat duduk yang mereka pilih tidak terlalu dekat dengan tempat duduk lelaki. Sudah pasti mereka tidak selesa memandangkan dahulu mereka bersekolah di sekolah perempuan sahaja.

Beberapa minit kemudian, seorang wanita yang memakai baju kurung berwarna biru cair bercorak bunga kecil putih yang dipadankan dengan tudung bawal berwarna biru gelap sambil membawa buku masuk ke dalam kelas.

****

Sementara itu, seorang lelaki sedang berjalan dengan pantas menuju ke pagar sekolah yang hampir-hampir mahu tertutup. Pengawas yang menjaga di pagar sekolah ternampak dia yang menghampiri pagar sekolah. Senyuman sinis diberikan sambil jarinya menunjuk jam di tangan kanannya beberapa kali. Lagaknya seperti sedang menyindirnya.

Wajdi membiarkan reaksi yang ditunjukkan pengawas itu. Dia harus pantas berjalan. 1 minit sebelum pagar sekolah ditutup. Akhirnya kakinya menjejak kawasan sekolah sebelum pagar itu tutup sepenuhnya.

Pengawas yang bertag nama Zafir itu menjeling. Jam tangannya ditilik sekilas pandang. Mahu mengesahkan yang Wajdi benar-benar tiba sebelum jam 7:30 pagi.

"Lepas."

Mendengar ayat itu, Wajdi mengangguk. Sudah dia jangka dia tiba betul-betul pada waktu yang tepat. Kiraannya ada 3 saat sebelum jam 7:30 pagi.

Tanpa membuang masa lagi, dia terus melangkah menuju ke pejabat sekolah. Tidak bermula lagi sesi pembelajaran hari ini namun peluh di badannya sudah membasahi baju kemeja sekolahnya. Penat berjalan pantas.

Sepatutnya dia tiba di sekolah awal pada hari ini. Namun entah bagaimana pemandu keluarganya itu tersesat jalan ditambah lagi dengan kesibukan jalan raya di waktu pagi.

****

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now