19 | DOA

291 89 128
                                    

Dua minggu berlalu dengan pantas. Terasa sekejap sahaja Naura tinggal bersama keluarga Wajdi. Pelbagai peristiwa yang menyeronokkan yang tidak akan dia lupakan.

Naura mempercepatkan langkahnya menuju ke dewan utama sekolah. Hari ini merupakan hari pertama dia memulakan sesi persekolahan semula selepas cuti. Terasa sekejap sahaja cuti kali ini.

Dia pulang ke kelas semula kerana tertinggal buku catatan yang akan digunakan untuk perhimpunan rasmi memandangkan dia menjadi pengacara majlis pada hari ini.

Pintu belakang dewan dikuak sedikit. Kelihatan beberapa orang pengawas lelaki sedang memasang mikrofon dan pembesar suara. Kelam kabut mereka semua membuat persiapan untuk perhimpunan rasmi pada hari pertama persekolahan.

Naura mengambil tempat disebelah Wardah yang sedang membaca kertas pengacara majlis. Sepatutnya dia yang membaca kertas itu, tetapi kalau dia baca kertas itu, makin berdebar dia nanti. Lebih baik duduk berdiam diri sahaja.

Nafeesa ditugaskan menjaga barisan pelajar baharu tingkatan 4 manakala Aima pula menjaga barisan pelajar tingkatan 5.

"Wardah, PA sistem semua sudah siap dipasang. Perhimpunan boleh dimulakan sekarang," ujar Hadif, pengawas yang menguruskan bahagian mikrofon, pembesar suara dan segala wayar tadi.

"Baik," balas Wardah. Dia berdiri dihadapan Naura yang sedang termenung. Kertas ditangan diletakkan pada kerusi.

"Naura, anti dah sedia atau belum? Kalau sudah, ana nak beritahu Khayra kat depan."

"Dah, jom."

Naura berdiri lalu mengikut langkah Wardah di hadapannya. Langsir yang menjadi penghadang antara bahagian belakang dengan bahagian hadapan dewan diselak sedikit.

Semua guru dan para pelajar sudah duduk di kerusi yang disediakan menunggu perhimpunan dimulakan.

Dengan lafaz bismillah Naura berjalan ke bahagian hadapan dewan. Tempat mikrofon dituju sambil buku nota ditangannya digenggam erat. Melepaskan perasaan berdebarnya sekarang ini.

Mikrofon yang sedia ada disitu diturunkan sedikit. Maklum lah dia rendah. Tidak dengar pula suaranya nanti jika mikrofon terlalu tinggi.

Naura menepuk perlahan mikrofon. Mencuba jika mikrofon tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Cuba meredakan rasa gementar dalam diri.

"Assalamualaikum, saya Nur Naura Humaira selaku pengacara majlis pada hari ini. Sebelum kita semua memulakan perhimpunan di pagi yang indah ini, marilah kita sama-sama membacakan surah Al-Fatihah."

Naura membaca tulisan yang terdapat pada buku notanya. Bacaan doa oleh Wajdi!

"Seterusnya, saya menjemput saudara Muhammad Asyqar Al-Wajdi daripada tingkatan 5 Ibnu Sina bagi mengalunkan bacaan doa sebagai pembuka majlis. Dipersilakan."

Wajdi keluar dari belakang dewan menuju ke arah Naura berdiri. Kedua-dua belah tangan diseluk ke dalam poket seluar sekolah. Riak dingin pada wajahnya dikekalkan.

Naura beranjak ke tepi sedikit. Memberi ruang pada Wajdi untuk membacakan doa. Jantungnya berdegup kencang tatkala melihat Wajdi yang akan membacakan doa sebentar lagi.

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now