16 | KAMPUNG

279 98 89
                                    

Pagi itu, Naura membantu Puan Qairah dan Nek Imah di dapur. Kebetulan hari ini dia bangun awal. Selalunya dia akan terlelap sebentar selepas solat subuh. Mungkin kerana dia tidur di rumah orang lain. Itu yang bangun awal.

Wildan juga turut serta membantu mereka bertiga. Maklumlah dia tukang masak simpanan!

Encik Umar dan Wajdi baru sahaja pulang dari surau. Ada tazkirah selepas solat subuh. Wildan tidak sempat ke masjid bersama mereka berdua. Terlajak tidur katanya.

Setelah Naura, Puan Qairah dan Nek Imah siap menghidang makanan, mereka semua menjamu selera.

****

Sesudah bersarapan, mereka semua duduk di ruang tamu. Naura baru sahaja membantu Nek Imah duduk. Baru sahaja dia ingin berlalu pergi dari ruang tamu, namanya diseru oleh Encik Umar.

"Naura, duduk dulu. Abi ada benda nak cakap ni," kata Encik Umar.

"Baik," balas Naura. Dia melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan dengan Nek Imah.

Semua diam menanti bicara daripada Encik Umar. Nampak seperti ada perkara penting sahaja yang ingin diberitahu.

"Baiklah, selepas Zohor nanti kita semua balik kampung," kata Encik Umar sambil tersenyum lebar.

Waiz dan Wildan sudah berdiri. Bantal sofa diambil lalu dilempar sesama sendiri.

"Yay, balik kampung!" jerit Wildan dan Waiz serentak. Waiz sudah melompat-lompat di atas sofa yang dia duduk tadi sambil tangannya masih membaling bantal sofa pada Wildan. Tareef yang berada di riba Puan Qairah mula menepuk-nepuk tangan kecilnya. Terikut sama dengan perangai abang-abangnya. Teruja sangat nak balik kampung!

Naura menggeleng kepala melihat perbuatan Waiz dan Wildan. Kalau Waiz dan Tareef tidak apa lah juga. Kanak-kanak tidak matang lagi. Ini Wildan yang berumur 17 tahun main baling bantal sofa!

"Ya Allah, budak bertuah dua orang ni!" kata Puan Qairah. Habis bersepah kawasan ruang tamu gara-gara Waiz dan Wildan. Nak kena cubit dengan ketam umi budak berdua ni!

"Naura, biarkan budak berdua tu. Abi nak tanya, Naura okey atau tidak nak balik kampung kami?" tanya Encik Umar. Dia sudah menganggap Naura seperti anaknya sendiri walaupun gadis itu hanya tinggal bersama mereka selama dua minggu.

Pandangan Naura yang bertumpu pada Waiz dan Wildan tadi dialihkan ke wajah Encik Umar. Sekilas matanya memandang wajah Wajdi yang berada di hadapannya.

Seperti biasa lelaki itu mempamerkan riak dingin dan beku. Entah bila dia boleh melihat Wajdi tersenyum. Tunggu kucing bertelur dulu mungkin, baru dia senyum.

"Naura okey je abi. Lagipun.."

BUK!

Salah satu bantal sofa yang dibaling Wildan tepat mengena wajah Naura yang sedang bercakap dengan Encik Umar itu. Perlahan bantal itu jatuh ke lantai.

"Ops, alamak!" kata Wildan sambil tangannya menekup mulut. Terkena Naura lah pulak!

Naura memejam matanya. Cuba mengawal perasaan marahnya yang bakal meletup bila-bila masa sahaja. Bertenang, bertenang. Siap kau nanti, Wildan!

"Wildan! Kenapa kamu lempar bantal pada Naura? Kesian cucu baru nenek ni. Nanti balik kampung, kamu dan Waiz tidur luar bilik. Tidur dengan nyamuk. Nenek tak nak bagi ubat nyamuk. Biar dia," sampuk Nek Imah yang berada disebelah Naura.

Nek Imah mendekatkan dirinya dengan Naura kemudian memeluk dan menggosok hidung Naura yang kelihatan memerah setelah terkena balingan daripada Wildan.

"Alah, mana boleh macam ni nenek. Takkan nenek nak Wildan dan Waiz tidur dengan nyamuk. Kasihan kami nenek," balas Wildan. Waiz yang berada di belakang sofa yang diduduki Naura mengangguk sekali. Mengiyakan kata-kata yang keluar dari mulut Wildan tadi.

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now