"Kau bodoh ke, Syah?" Itu yang meluncur dari bibir Samson sebaik kami berjumpa di tangki air semasa prep petang.
"Apa benda pulak kau ni?"
"Cuba kau fikir sikit pakai otak kau yang bodoh tu what if Mr. Espinosa take this matter to the bigger scale? Kau nak mampos ke apa?!"
"Kenapa kau tak nak percayakan aku? Aku adik kembar kau kan? Shouldn't kau dengar dulu my side of story dulu? I got raped, Samson!"
"SIAPA JE NAK PERCAYA MAN WHORE MACAM KAU?!"
Mujur tak ada kerusi je di situ. Kalau tak memang aku dah terduduk dah.
"Kau memang tak habis-habis nak malukan aku kan?! Memang hidup kau ni menyusahkan! Wey, aku malulah ada kembar macam kau! Kenapa kau tak mampos je lagi senang!?"
Aku tak mampu menangis walaupun aku rasa hati aku bagaikan dibaling ke batu. Aku hanya mampu memandangnya dan menelan air liur yang serasakan panas dan berduri.
"KERJA KAU MEMANG DARI KECIK SAMPAI KE BESAR BIKIN KELUARGA MALU! KAU PERNAH FIKIR AKU TAK SEBELUM KAU BUAT APA-APA?!"
"Sam, sungguhpun kau bencikan aku, Sam, kau tak boleh ke percaya sekali ni cerita aku?"
"Kau nak bual apa lagi? Kalau betul kau rasakan satu sekolah ni bencikan kau, berambus sajalah. Bilang Mommy kau mahu pulang Singapore. Kan senang tak susahkan aku!"
"Aku kembar kau, Sam..."
"Kau fikir aku suka ke?! Semua tempat aku pergi kau kena ada. Memang tak pernah cukup kau tu menyusahkan aku. Syahidlah yang kacak, Syahidlah yang pandai sukan, Syahidlah yang kumpul medal semua! Kau fikir aku suka ke?!"
"Kau jealous dengan aku?!"
"Aku bukan jealous! Aku menyampah. Di mata orang lain, kau nampak yang bagus je. So bila kau susah sekarang, memang senang hati aku! Biar orang tahu kau tu memang jalang! Kau tu bohjan yang sanggup romen dengan bapak kawan sendiri!"
Lutut aku lembik. Merah padam muka Samson menghamun aku. Memang benci sangat dia kepadaku sekarang gamaknya.
Aku bawa langkahku semula ke bilik dengan hati yang hancur. Abang kembar aku sendiri membenciku sepenuh hati selama ini. Aku tak pernah menjangkakannya langsung.
Aku masuk ke dalam bilik hanya untuk melihat Tony tiada di situ. Tak pelik. Aku lagi hairan kalau dia ada.
Seharian ini aku tidak melihat dia. Aku tak tahu di bilik siapa dia pergi tapi dia tiada di situ. Dia tak ramai kawan tapi ramai orang senang dengan dia. Unlike aku, tak susah untuk dia mendapatkan sebarang bantuan. Sesiapa saja sudi membantu dia. Nak-nak dalam keadaan sekarang.
Itu ayah dia. Aku faham posisi dia. Dia tak rapat tapi itu masih ayahnya. Buruk baik, itu ayahnya. Bukan macam aku. Aku tak rapat langsung dengan Daddy. Apa jadi pada dia pun aku tak kisah?
Malam itu, aku di dalam kelas tapi aku seperti dalam penjara. Aku dipandang oleh puluhan pasang mata yang mulut mereka akan berbicara dengan rakan sebelah mereka tentang aku. Dorang berbisik tapi aku tak cukup bodoh untuk menafikan ianya soal aku.
Leno tak pergi dating malam tu. Dia setia di sebelah aku yang on a rare occasion, tak tidur masa prep malam tu. Aku terlalu stress untuk tidur.
"Syah, kau dah dinner?"
"Aku tak lapar."
"Tony bagitau aku kau tak makan seharian."
Tony kisah lagi ke pasal aku?
"It's not healthy, Syah."
"Aku kan pelacur. Kau pergilah meja lain. Aku ni kan jijik. Buat malu orang je lekat dengan aku."
"Syah, you know it's not healthy right to be that?"
"So?"
"We care about you, Syahid. We all care about you."
Aku pun tak tahu kenapa Leno mesti baik dengan aku. To be honest, aku tak percaya.
"Syah, you are not guilty until proven so. Kau jangan bertindak mengiyakan je semua ni."
"Dah tu? Sungguh aku tak bersalah pun, apa yang aku dapat? Semua orang dah pandang aku jahat. Which is memang itupun orang pandang aku sebelum ni."
Aku terus keluar dari kelas dan lari ke tandas. Aku bersandar di pintu bilik air dan memikirkan, mana salah aku sepanjang hidup ini sampai aku diuji sebegini sekali.
"Uuu abang sedap menangis toiletlah." Diva, seorang pelajar pondan tingkatan tiga masuk ke tandas. "Alaa orang panggil bohjan je pun itupun nak sedih sangat."
"Kau diam boleh tak?"
"Hey! Kita pondan SEBESTES semua tahulah Adam Espinosa tu memang kaki bontot suka main belakang. Berapa kali kalau dia datang tengok hantar Tony tu dia pergi main dulu dengan pondan lain. Kau je yang tak tahu."
"Aku bukan macam korang."
"Relakslah! Aku tak kata pun kau macam kitorang. Cumanya, kitorang side kaulah. Cuma yalah, hidup ni memang pantat. Kau percayalah, jantan macam bapak Tony tu memang takkan pernah serik and puas sampai something happened kat dia. Kau bukannya first dan bukannya the last one jugak."
"Kenapa kau percaya aku?"
"Siapa lagi nak percaya kau kalau bukan kitorang?"
Mendengarkan itu, aku sedikit lega. Aku pergi memeluk Diva dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
"Dah lama aku teringin nak kena peluk dengan kau, Syahid."
"Kau ni, datang jelah peluk aku. Aku okey jelah."
"Eeeeiii takmaulah. Nanti orang kutuk kau lagi. Kesian kau!"
Aku hanya tersenyum saja kepadanya.
Aku tak pergi ke Dewan Makan untuk supper sebaliknya terus pulang ke bilik dan di sinilah, real drama happened.
Tony duduk di atas katilnya memandang aku. Aku cuba untuk tidak memandang wajahnya yang nampaknya sedang mengulum api kemarahan.
"Kau ada masalah dengan aku ke?" Tony bersuara. Dalam dan ada seraknya.
"Masalah apa?"
"Kau sedar tak kau dah malukan nama aku dengan keluarga aku? Aku percayakan kau, Syah."
"Yeah. Aku percayakan Papa kau jugak. But apa yang aku dapat dengan kepercayaan aku tu?"
"Kau jangan bawak nama Papa dalam hal ni, Syah."
"Then who else? Ya, dia Papa kau tapi dia rogol aku, Tony! Aku tak bencikan kau! Aku tak marahkan kau! Aku benci dia! Kenapa susah sangat kau nak percayakan aku?!"
"Percayakan kau?! Apa yang aku dapat?! Kau boleh pulak main dengan budak lain masa dengan aku?!"
Hah?!
"Aku boleh diam dan bela kau, Syah tapi aku tak sangka kau sanggup tipu aku, Syahid."
"Apa benda kau merepek ni?"
"Hasbi nampak kau masuk bilik senior sebelum ni. Dia memang dah banyak kali bagitau aku tapi aku pilih untuk backup kau, Syah. Apa yang kau balas, Syah? Kenapa sampai kau kena heret Papa aku sekali?"
"KENAPA KAU PERCAYA DIA?!"
"Dah tu? Kau nak aku percaya orang yang tuduh bapak aku rogol dia tanpa sebarang bukti?"
"Antonio..."
"AKU BENCI KAU!"
Sebaik tumbukannya itu hinggap di pipi aku, ketika itulah aku tahu yang hidup aku musnah. Keseluruhannya.
YOU ARE READING
Lelaki Harum Sundal Malam
Teen FictionSetiapkali nama pelacur disebut, pasti kita akan menuduh ianya pekerjaan seorang wanita? Tapi ini adalah kisah seorang pelacur lelaki. Dan aku adalah pelacur itu. Dan ini adalah kisah aku sendiri...