Bab 16

1.6K 138 9
                                    

2012

"Weekend ni nak ikut aku balik rumah tak? Papa aku ajak." Tony bersuara semasa aku melepak di dalam kelasnya macam biasa sewaktu prep malam itu.

"Boleh ke?"

"Apa pulak tak bolehnya? Papa aku yang ajak sendiri kut."

"So kalau Papa kau tak ajak, kau tak naklah aku ikut, gitu?"

"Kau ni sia-sialah pump muscle kau tu tapi tak boleh pump otak tu sekali. Mestilah aku pun suka."

Aku tersenyum kegirangan. Aku suka melihat dia behave seperti manusia. Macam sekarang. Dia nampak lebih carefree berbanding sebelum ni.

"Sam takde dalam kelas lagi ke?"

"Entah. Aku pun tak tahu. Biasa dia lepak dalam bilik debat dengan geng debat."

"Hasbi budak debat ke?"

"Rasanya ya tapi tak pernah bertanding apa pulak. Kalau Samson tu aku pernahlah jugak dengar."

Perbualan kami habis setakat itu. Tak ada faedahnya berbincang pasal Samson dan Hasbi tu. Ada aku lagi stres ada dibuatnya nanti.

Aku perhatikan sahaja dia membuat kerja sekolah Fiziknya yang sepatah haram aku tak faham. Gila punya kepala otak dia ni.

"Mana Anggerik?" Dia bertanya tanpa mengangkat kepalanya dari buku.

"Entah. Aku ada ajak dia prep sekali dalam kelas dia tapi dia tak nak."

"Oh, tapi memang dia biasa prep dengan kawan-kawan dia ke?"

"Ha'ah. Sebab itu aku tak risau sangat. Kalau dia pergi kelas lain barulah kut aku risau sikit."

Sebenarnya, aku tak kisah pun dengan Anggerik. Bukanlah tak kisah tapi aku tahu dia ada kawan. Dia takkan sunyi masa prep macam ni. Dia sentiasa ada orang yang akan menemaninya biar apapun situasi dia hadapi baik di dalam kelas mahu di dalam kantin

Tony tak ada semua itu. Mungkin dia baik dengan rakan sekelasnya but that's it. Dia tak ada orang yang dia boleh bercerita apa-apa. I blame solely on Dr. Farrah for this.

"Kau nak roti tak? Aku ada ambik kat Kafe Matahari tadi." Aku memelawanya.

"Kau ni. Kak Mar potong gaji kau tu nanti kalau asyik ambik makanan kat situ je."

"Alah, stok banyak lagi. Lagipun roti bukan tahan lama. Sooner or later expired jugak nanti."

"If so, haa bagilah satu."

Aku menghulurkannya roti ban kacang merah kepadanya. Aku admit, roti tu overpriced. Apa jadahnya ban besar tapak kaki pun harga sampai seringgit lebih?

"Sedap?" Aku bertanya sebaik saja aku nampak dia menelan roti itu.

"Benda free semua sedap kan?"

Aku ketawa kecil. Dia juga.

"Kalau kau nak makan benda free kat Kafe Matahari tu, roger je. Makanan tu semuanya bukan habis pun. Kadang-kadang buang je. Aku pun tak tahu macam mana kafe tu boleh stand strong lagi kat sini."

"Syah, daripada kau bagi kat aku, baiklah kau pergi bagi kat budak-budak yang kau tahu memang bergantung kat Dewan Makan tu je. Aku rasa dorang lagi nak makan benda-benda tu semua."

"Oh, faham. Tengoklah nanti macam mana."

Dia senyum.

Semasa supper, aku pergi ke DM dan rupanya supper malam itu hanyalah lontong dan milo (which aku rasa bukan). Aku makan dan ketika itulah, aku didatangi oleh Leno. Apa lagi mamat ni nak?

Lelaki Harum Sundal MalamWhere stories live. Discover now