2021
Aku berehat di sebuah bilik dalam kelab aku sampailah kelab tutup. Aku kuncikan diri aku sepenuhnya dan aku biarkan Mandy yang deal dengan urusan kelab dan sebagainya. Aku cuba untuk melelapkan mata namun aku masih tak mampu berbuat demikian. Pertemuan tadi aku dan Tony masih berlegar di ruang mata dan fikiran.
Mandy masuk ke dalam bilik itu dengan makeupnya yang sudah dibasuh. Muka jantannya saja yang jelas kelihatan sekarang. Boleh kut nak panggil dia Rahman sekarang.
"Nok, kau okey tak ni, nok?"
"Okay je. Kau dah suruh budak tu balik and total refund ke?"
"Dah. Tapi duit refund tu dia tak nak. Dia siap sindir aku nyah suruh masukkan dalam tabung masjid."
Aku tersenyum kecil. Tony masih sama seperti dulu nampak gayanya.
"Kau nak tidur sini ke, nyah? Kalau tak, meh aku hantarkan kau balik."
"Aku nak balik. Aku takut kalau dia cari aku lagi kat sini. Most probably aku balik Singapore jugak kut petang nanti."
"Kenapa?! Takut dia cari kau?"
"Kau rasa?" Aku bangun dan sarung jaket membalut tubuhku yang dari tadi hanya bersinglet saja. "Put him in No-Entry list."
"We don't have No-Entry list, Syah."
"Then make one. And his name in red underlined."
Mandy angguk saja.
Kami kemudiannya keluar dari bilik tersebut dan terus menuju ke kereta Mandy. Mujurlah aku datang tadi pun naik Grab sebab tak ada mood nak drive.
Masuk ke dalam kereta Mandy, aku terus menyandarkan seat itu agar aku dapat berbaring. Tanganku sebelah diletakkan di belakang kepala dan sebelah lagi di atas dahi. Gaya orang penat.
"Nok, kau ni kalau bukan bos aku dah lama aku terkam tau. Pose mengancam."
"Terkam tu boleh. Bayar jelah!"
"Ching eh kau nyah dengan profesimu itu. Kau tunggu kau nanti bila aku dah letop divaz, semua jejaka lembut persis dalam video Ita Lembut semua tergila kat aku."
"Mandy, kau tau kan yang dalam video Ita Lembut tu semuanya abang rempit yang nakkan duit?"
"Yelah, nyah. Aku tahu tu. Cumanya macam aku cakap, siapa je yang nak gilakan pondan hah?! Lainlah macam kau tu. Jantan betina tua muda sangapkan kau."
"It's all about timing, Mandy. Kalau kau jadi macam aku ni pun, kau ingat seronok ke? Semua orang suka tapi entahlah, aku cuma nak rasa dicintai semula."
"Hmm nafsuunya permintaanmu itu. Tak kisahlah nyah. Ni aku nak tanya. Nak hantar kau pergi mana ni?"
"Balik rumah akulah. And singgah McD sekali. Perut aku ni nak baham budak pun larat sekarang ni."
"Yelah nyah."
Mandy menurut perintah aku dengan singgah dahulu di McD sebelum dia hantar aku balik ke one-bedroom apartment aku. Sampai di rumah, aku terus buka baju dan berlengging sahaja di atas katil. Aku hidupkan airplane mode pada handphone aku dan meneruskan hidup aku seperti biasa.
Aku teringat kembali akan si Tony. Tipu kalau aku cakap yang aku tak rindukan dia langsung. Kalau nak diikutkan, nampak saja dia tadi, dalam hati aku menjerit dan peluk saja dia kuat-kuat. I am insanely missing him. Aku rindu dia!
Tapi aku tak tahu kenapa, aku masih ternampak dia yang dulu. Dia yang masih melakukan kesalahan kepada aku. Dia yang berdosa, if it's not too much of a statement, kepada aku. Dia yang masih belum mengucapkan maaf, atau mungkin sudah, kepada aku.
Aku keluarkan fail lama aku yang aku bawa dari Singapura ke atas katil. Satu persatu dokumen aku cari sehinggalah aku jumpa fail yang berkenaan.
Memandang fail itu, aku hampir menitiskan air mata. Aku tahu ianya akan menitis juga tapi aku empangkan dulu setakat ini.
Aku ada simpan satu gambar Tony yang aku tangkap curi-curi dengan handphone Blackberry aku dulu. Angkat tangan kalau korang pernah pakai Blackberry dulu hatta Blackberry 8502 tu pun sekalipun.
Semua gambar-gambar itu aku print dan simpan baik-baik dalam fail ini. Ada juga gambar dia yang aku ambil dari majalah sekolah dulu.
Tony bukan Danny. Atau mungkin, Danny wish he could be the same as Tony. Jonathan mungkin tapi still, he doesn't have the charm yang Tony ada. Or mungkin...
Tak apalah. Bagi aku, mereka bertiga ada kelebihan masing-masing on their respective sides.
Aku ambil gambar dia yang seorang diri. Dia nampak tak jauh beza dengan dia yang aku lihat tadi. Masih sama dengan apa yang aku nampak dan amati tadi.
Tapi kenapa aku ego sangat tadi? Benda dah lepas bertahun, rasanya tak salah kalau aku buka semula hati ini kan? Lagipun, he said sorry. Ya, baru aku teringat, he said sorry.
Kita semua buat salah. Kita semua akan ada satu kesilapan yang akan membuatkan kita hidup dalam dosa selama bertahun. Kalau dosa kepada Tuhan, boleh dilangsaikan dengan memohon ampun kepadaNya dan dengan izinNya, kau akan diampunkan. Tapi kalau sesama manusia? Kita semua mempunyai perasaan dan dendam adalah satu perasaan.
Tapi aku ini berdendam ke terhadap Tony? Maybe. Dendam is an overstatement. Kecewa kut. But kecewa is a strong feeling. Aku takrifkan kecewa sebagai satu perasaan yang lebih dahsyat daripada marah. Lebih dahsyat daripada sedih. Ianya kombinasi kedua-duanya.
Aku mendapat panggilan telefon. Aku melihat nama pemanggilnya dan ianya adalah Mandy. Kenapa pulak dia ni?
"Hello, nok..."
"Ya, Mandy. Dah dekat pukul enam ni. Kenapa?"
"Kau betul ke okey ni? Aku risaulah."
"Aku okey je, nyah. Kau tak oayah risau lebih-lebih pasal aku. I mean, aku dah biasa kan dengan semua ni."
"Memanglah kau dah biasa tapi kau sendiri tahu kan, aku ni nak membantu. Aku tahu kau tu perlu kawan bercakap."
"If betul niat kau tu, then thank you ya, Mandy."
"Kau ni. Kalau aku cakap suara tak memondan macam ni, nak panggil aku Rahman pun aku tak kisahlah, nyah."
"Eh, tak apalah. Kau sendiri prefer orang panggil kau Mandy kan?"
Dia ketawa di hujung talian. "Pape jelah nyah. Tapi ni aku bukan nak busybody. Aku ni bertanya sebagai sahabat. Tak payah anggap aku pekerja kau. Kau ada isu apa sebenarnya dengan mamat helok berkaca mata tu tadi? Aku tak paksa cuma..."
"Mandy, aku faham niat kau. I truly do. Cumanya, I'll tell when I'm ready, okay."
"Yelah kalau macam tu. Aku rasa mamat tu akan datang lagi dua tiga minggu ni. So aku rasa, kau pergilah balik Singapore dua tiga hari. Seminggu pun tak apa. Pasal Les Mecs, aku ada. Biar aku yang tengok-tengokkan. Kalau ada apa-apa hal, aku contact kau."
"Yelah. Thank you again, Mandy."
"Aku sayang kau, Syah. Kau dah banyak tolong aku."
"Hehe. Eh petang nanti kau hantar aku pergi airportlah. Malas nak drive. Kereta aku park rumah kau."
"Yelah! Mengada kau ni!"
"Bye!!!"
---------------Ada yang nak ship Syahid-Mandy ke? Well I don't blame yalls if you do tho.
Anyway, sorry lambat update. I was honeymooning with someone so memang tak bukak phone. Jangan risau, still gonna update!
Stay tuned ya semua...
50 votes ehek!
YOU ARE READING
Lelaki Harum Sundal Malam
Teen FictionSetiapkali nama pelacur disebut, pasti kita akan menuduh ianya pekerjaan seorang wanita? Tapi ini adalah kisah seorang pelacur lelaki. Dan aku adalah pelacur itu. Dan ini adalah kisah aku sendiri...