Bab 20

1.4K 144 19
                                    

Dia menarik bibirnya selepas lima minit ianya dan bibir aku bertemu. Kemudian tanpa dia berkata apa-apa, dia bangun dan pergi ke katilnya sebelum menyelubungkan dirinya dengan selimut. He's cute!!!

Aku bangun dan pergi ke arah dia dan aku dengar dia sedang berdikir di dalam selimut itu Dikirannya lebih kurang begini bunyinya.

'Apa kau buat, Antonio?! Apa kau buat, Antonio?'

Aku duduk di sebelahnya dan meletakkan tangan di atas bahunya. Badannya terenjat sedikit ketika aku melakukan itu. Aku tahu dia terkejut tapi ingat aku tak terkejut ke?

"Tony, you can't just kiss someone and then go like nothing happened okay."

Dia membuka selimutnya dan memandang aku. Riaknya tak ubah seperti budak kecil yang takut dimarahi.

"Aku tak marahlah, Tony. In fact, kalau kau nak second one pun boleh."

Dia mengerutkan dahi dan cuba menarik selimut tadi sebelum aku menahannya dan naik ke badannya sebelum bibir ini meraih bibirnya. Tangannya menyentuh bahu aku dan tangan aku pula mengelus rambutnya.

Kali ini, ciumannya lebih lama dan lebih tidak memaksa.

Aku menariknya dan menghisap bibirku sendiri manakala dia masih dengan riak terkejut. Ianya mengambil masa sebelum kami berdua masing-masing ketawa.

Aku kemudian turun ke bawah katilnya dan meletakkan kepala di sebelah kepalanya. Dia juga turut berkalih memandang aku. Komunikasinya hanyalah aku memandang matanya dan dia juga memandang aku tanpa cermin mata.

"So how was it?" Aku bertanya.

"Not bad as a first time."

"I can assure you now that you are not that innocent anymore. Kau dah buat benda yang more than half budak sekolah ni tak pernah buat lagi."

Dia ketawa kecil lagi. Aku bermain dengan rambut di dahinya. Dia memandang ke bawah cuba untuk tidak membuat sebarang eye contact dengan aku.

"Since when, Tony?"

"Hmm?"

"Since when kau suka aku?"

"Mana ada. Kau ni memandai je." Dia cuba menarik kepalanya tapi pantas aku tahan pipinya. "Apa dia...?" Kenapa suara dia manja sangat?

"Sampai bila kau nak berahsia tentang hati kau, Tony? Look, we kissed. What's holding you back?"

Dia mengetap bibir. "Syah, you have a girlfriend. Yes, she might be an asshole but you have one. Aku tak nak rosakkan benda yang dah sedia tak function. Whatever happens, I don't want to be the cause of it."

"Tapi Tony..."

Dia terus bangun duduk dan bersandar di dinding. "Just sebab aku sukakan kau tak maksud aku nak kau dengan aku. Kalau selama ni aku dah biasa tengok kau senyum dengan Anggerik, kau ingat aku sanggup nak tengok kau tak senyum tinggalkan dia?"

Aku diam. Aku terduduk di atas lantai dan dia di atas katil. Aku nampak dia sudah mula mengalirkan air mata.

"Tony, kau boleh je bagitau kan?"

"What? As if what you've been through is not enough already? Ever since the rumours started, aku cuba to refrain myself from giving any hint kat sesiapa. Aku tak nak aku pulak yang akan jadi punca. Aku tak nak kau susah lagi, Syahid."

"Kau boleh je bagitau aku personally kan?"

"Syahid, liking someone is not easy as it may sound. Ya aku suka kau and macam kau cakap, aku boleh je cakap direct. But let's look at all consequence yang might happen. Aku mungkin hilang kau. Aku boleh hilang kau sebagai someone yang aku sayang tapi hilang kau sebagai kawan, aku tak sanggup."

Aku sekali lagi terdiam. Aku bangun dan duduk di sebelahnya di atas katil itu. Aku pegang tangannya dan pandang tepat ke dalam matanya. Mata orang yang sedang memandang tepat pada orang yang disukainya.

"Kenapa aku nak tinggalkan orang yang sayangkan aku?" Take it however it is tapi itulah yang aku fikirkan. "Kau sendiri tahu ramai orang tak suka aku so why would I left someone yang aku tahu akan sentiasa ada dengan aku?"

Dia memintal hujung bantal dan dahinya masih berkerut.

"Jawablah, Tony..." Lembut saja aku meminta respon.

"Chill. Aku baru je confess kat crush aku so let me breathe a while."

Aku ketawa. He's a dork and I like him for being that way.

Aku kemudiannya bersandar di bahunya dan tangan aku masih tak lekang mencengkam tangannya. Dia memandangnya sekilas sebelum kembali fokus memandang dinding merentasi bilik.

"Kau rasa aku happy ke dengan Anggerik tu? Day by day, the relationship is forced, Tony. Clearly dia nak aku sebab rupa tapi then again, why would anyone like me for my personality?"

"Well, I do. Yeah first aku suka kau sebab rupa but it's progressively changed. People judge you because they don't know you. Ya, kau bukanlah manusia terbaik untuk sesiapa suka tapi aku pun bukanlah manusia yang layak untuk sukakan kau."

Kami berdua ketawa kecil selepas jeda seketika. Aku kembali menegakkan kepala dan dia pula yang bersandar di bahu aku.

"Damn, I kissed my crush."

"Let me guess, you gonna write it in that book?"

"Maybe."

Kami berdua kembali diam. Tapi aku tahu kedua-dua kami punyai banyak ayat untuk diluahkan kepada satu sama lain.

"Syah..." Dia memanggil namaku lagi. "If you were single, would you like me the way I like you?"

"Sungguh aku bukan single pun, aku tetap suka kau, Tony."

Dia beralih memandang aku. Aku menjongket kening dua kali kepadanya. Ya, dia masih blur.

Sekali lagi, aku meraih bibirnya dan kali ini, ianya lebih bagus daripada kedua sebelumnya ini. Aku cuba membuka butang baju Melayunya sebelum aku bukanya meninggalkan dia dengan singlet nipis sahaja. Aku cium dadanya sekali sebelum kembali memandang wajahnya.

Dia memandang aku sekilas sebelum pergi ke bahu aku yang sememangnya dari tadi tidak dibalut apa-apa lalu menciumnya.

"Nope, we are not going to do that." Dia menariknya sebelum menyarung baju Melayunya semula. "Sorry I brought you to this."

Aku bangun dan kembali ke katil aku. Aku perhatikan Tony membuka bajunya dan pergi ke bilik air and I'm assuming dia mandi. Cumanya kali ini dia mandi lama sikit and by the time dia balik memang dah past midnight. Dia terus menukar ke pijamanya sebelum baring mengiring menghadap ke dinding membelakangkan aku. Aku saja yang masih belum rasa hendak tidur. Entahlah. Masih belum rasa hendak tidur.

"Syah..." Aku dengar suaranya memanggil. Aku yang sedang baring terlentang berbantalkan lengan memandang siling terus memandang ke arah dia. "We're still good, right?"

"I guess so if you say so."

"Yeah, kita okey." Kemudian dia diam lagi. "In case aku tak cakap direct lagi kat kau, I'm gonna do it now. Aku suka kau, Syahid Zachariah."

"Thanks... Antonio Ammarul Espinosa."

Aku tahu yang neither antara kami boleh tidur malam itu tapi kami paksa mata kami untuk lena. Kedua-duanya masih berfikirkan perkara yang sama.

Tapi aku tahu jugalah yang sebenarnya ada orang kisahkan tentang aku selama ni. That would be fine untuk aku teruskan hidup aku...
-------------

Since this is quite an intense chapter in terms of communication, Daniel nak tanya korang. Siapa antara korang pernah ada di tempat Tony? I got a comment before yang dia cerita pengalaman (yes, I read the comments) and I believe ramai lagi antara kita yang pernah suka kawan sendiri. Sharelah sini.

Macam biasa, 50 votes and stay tuned!

Lelaki Harum Sundal MalamWhere stories live. Discover now