Bab 4

3.3K 180 28
                                    

2012

Dah dua minggu sekolah dan hari ini aku akan mengadakan selection untuk pemain bolasepak baru under 15. Besar kan mandat yang diberikan kepada aku? Bukan calang-calang manusia yang dapat memberikan mandat sebesar itu kepada aku.

Tapinya, ada yang slack tentang selection hari itu. Kenapa kaunselor acah tu ada kat padang hari ni? Siapa yang memandatkan dia untuk supervise whatever happens kat padang hari ni? Siapa dia?! Aku tak undi dia!

Okay, let's save that joke for 2021 punya timeline.

"So, tahu dah macam mana nak pilih pemain?" Is this guy serious? Dia lupa ke aku pegang team bola sejak form two lagi?

"Oh, tau dah. Coach Azri dah pernah ajar dulu."

"Oh, sekarang dia ajar under 18 kan?"

"Ha'ah. Habis Cikgu coach under 15 ke?"

"Oh, actually tak pun. Just guru pemantau je. Sebab kan awak punya selection petang ni tak ada guru pemantau so sayalah datang untuk tengok-tengokkan."

Rasanya kalau dia tak ada pun benda still under control. Siapa dia untuk tentukan? Again aku tak undi dia!!!

Aku tengok dia yang di padang masa tengahari rembang ni pun, dia masih memakai kemeja yang jujurnya agak ketat dan lengan tak sinsing pun. He's a psycho and jangan cuba tukar fikiran aku.

"Cikgu pernah main bola ke?"

"Tak pernah. Kenapa? Awak nak ajak Cikgu main ke?"

"Oh, takdelah. Kalau macam tu, Cikgu pergi jelah duduk kat grandstand tu. Panas ni, Cikgu. Takut pitam pulak nanti." Dalam kata lain, berambuslah Cikgu aku nak buat kerja aku ni.

"That's very thoughtful but it's okay. I'm fine being here." Eeeeeiiiii benci yal!

Aku pun memulakan selection. Aku nampak dia siap ambil kerusi dan payung dan duduk saja dengan aku di tengah padang ni. Aku tak tahu sebenarnya apa motif dia tapi dia sangat sesuatu ya. Like, kau pantau je kan bukannya audit. Bukannya kau kena tengok setiap seorang ni semua.

"Awak dah lama main bola, Syahid?" Dia bertanya kepada aku semasa aku sedang duduk berehat di atas sebuah kerusi.

"Sejak sekolah rendah. Saya wakil Orchard masa sekolah rendah dulu main untuk under 12 kat Singapore." Dah dia tanya aku jawab jelah.

"Oh, so you are Singaporean student herelah? Your twin sekali?"

"Dia masuk based on his academic performance. Macam Cikgu kata, he's like one of the best student kat sini kan."

"Hey, you are, too. It just, everyone has their own specialties. You have, too, Syahid."

Aku tersenyum tawar kepadanya. Aku tak reti handle pujian sebenarnya. Maklumlah benda jarang dapat. Balik-balik asyik Samson je. Kalau ada orang puji pun, mesti ada selit nama Samson jugak.

"Nanti bila-bila, datanglah office saya. Kalau betul awak minat bahagian sukan, saya boleh beritahu what to do after school. Even as a Singaporean, with proper channel, ada peluang untuk remaja macam awak."

"Really?" Kenapa aku berminat ni?

"Yes, of course. Nanti bila-bila drop bylah eh? Anyway, dorang ni semua ada makanan tak? Air ke?"

"Oh, biasanya dorang bawak sendiri je."

"Kejap eh, saya pergi belikan air untuk semua ni."

Belum sempat aku hendak memberi apa-apa respons, Cikgu Zikry sudah bangun dan pergi dari situ. On one hand, aku lega sedikit sebab nampaklah macam dah tenang sikit aku nak buat kerja aku.

Lelaki Harum Sundal MalamWhere stories live. Discover now