Bab 39

1.3K 116 7
                                    

2021

Seminggu sudah Kasyaf berkerja dengan aku. Aku pun tak tahu kerja dia apa. Most of the time dia hanya teman aku run errands and keep updated of apa yang aku kena buat hari tu.

Aku duduk di one bedroom apartment jadi memanglah bahagian ruang tamu tu menjadi bilik tidur tak rasminya. Dia pun tak banyak songeh, ikutkan saja.

"Abang..."

"Sejak bila kita sama mak ni? Panggil aku Syah. Berapa kali aku nak kasi bilang kau?"

"Oh, sorry."

"Stop saying that word a lot. At least bila kau buat lagi perangai tu, aku takde rasa nak marah sangat."

"Okey, noted."

Dia sedang meletakkan makanan bungkus ke dalam pinggan untuk makan tengahari kami. Hari ini pun aku tak berapa sihat jadi di rumah sajalah kami. Malam nanti pun aku tak pasti sama ada kami akan ke Les Mecs atau tak.

"Kau okey je kan dengan Nasi Goreng Ayam?" Dia bertanya. Ada nada takut sikit di situ.

"Okey je. A food is a food."

Dia tersenyum manis. "Takut kau ada preferences sendiri ke."

"Selagi namanya makanan, aku telan je."

Dia tersenyum. This guy looks so pure, aku borderline hairan kenapa dia nak kerja kat Les Mecs tu dulu. Okey, dia kena rogol, so?

"Syahid orang Singapore kan?"

"Mana kau tahu?"

"Oh haritu kan Syaf kemaskan your documents. Nampak your passport and it's Singaporean one."

"Pernah pergi sana?"

Dia mengangguk.

"USS?"

"Kat luar je. Ada mak saudara duduk sana."

"Duduk kat mana?"

"Tak sure tapi kat north sikitlah kawasan dia. Jauh dari town tu."

"Oh, dekat dengan zoo ke apa ke?"

"Tak tahu tapi dulu dia kata tempat dia tu almost nak ada Disneyland."

"Oh, Yishun. Jauh. Aku duduk area Novena. Dekat dengan Dhoby Ghaut."

Dia mengoohkan saja mulut. Aku berani jamin dia tak tahu pun kat mana tu.

"Kau tak tahu kan?"

Dia menggeleng. This guy is so pure, I'm telling you.

"Takpe. Benda kecik je pun. By the way, aku rasa aku tak larat nak pergi Les Mecs malam nanti. Kau orderkan pizza eh?"

"Hmm saya boleh masak?"

"Kau nak masak?"

"Boleh je. Nanti saya pergi beli bahan. Bagi saya duit jelah."

"Nanti kau ambik jelah RM100 dalam wallet aku tu. Beras tu dah dua bulan aku beli tapi langsung tak bukak. Elok jugak kalau nak masak. Aku pun tak lalu jugak makan luar je."

Petang itu selepas lunch, aku tidur di dalam bilik. Badan aku memang merasakan macam nak demam. Menggigil dibuatnya aku ketika itu.

Lelaki Harum Sundal MalamWhere stories live. Discover now