Bab 5

3.1K 186 13
                                    

2012

"Lepas prep, tempat biasa." Itu saja yang Samson cakap pada aku semasa kami terserempak di Dewan Makan pada petang itu. Dan belum sempat aku berkata apa-apa, dia sudah memotong aku punya bicara.

Malam itu, aku prep di kelas Tony saja which is kelas Samson juga kalau nak diikutkan. Tapi Samson dengan Hasbi ni pun jarang nak prep dalam kelas dorang sendiri jadi tak ada isu pun kalau aku nak lepak kelas dorang. Also, siapa je yang berani nak halang aku? Ni kelas budak-budak yang hidup bertuhankan buku kut.

"Aku ada Apollo. Nak?" Tony mempelawa semasa aku sedang membuat nota sejarah. Pembetulan; menyalin nota sejarah dia. Cikgu Sejarah kami orang yang sama jadi notanya pun lebih kurang sama.

"Boleh jugak."

Dia pun menghulurkan Apollo tersebut sebelum kembali fokus pada kerja Fiziknya. Dan aku perasan, Apollo yang dia bagi tu is the only Apollo yang dia ada. Aku patahkan separuh dan beri kepada dia lagi satu tu.

"Kenapa ni?" Dia memandang aku aneh.

"Yelah, kau pulak yang tak makan apa-apa. Kesian pulak kau lapar nanti."

"Tak apalah. Supper nanti aku pergi DM kut. Ada roti jala."

"Suka benar makan roti jala tu." Aku memang tahu Tony memang sukakan roti jala. Dia sanggup buat apa saja demi roti jala.

"Biarlah..." Dalam senyum dia menjawab. "Kau makanlah Apollo tu."

"Nope. We gonna share."

Dia menggeleng kepala sebelum ambil juga potongan Apollo itu tadi. Kemudian dia mula menjamahnya sedikit.

"Weekend ni outing kau pergi mana?" Aku bertanya kepada dia.

"Tak tau lagi. Balik rumah kut."

"Untunglah rumah dekat." Aku yang kat Singapore rumah ni. By the time sampai Singapore outing pun habis. Boleh je pergi rumah Daddy tapi malaslah dengan ada mak tirinya lagi.

"Yalah, nak pergi mana lagi kalau bukan balik rumah?"

"Mana tahu. Kut kita nak pergi tengok wayang ke, makan sama ke?"

"Samson pergi mana?" Nama tu jugak yang dia ni nak sebut.

"Entahlah. Dengan Hasbi kut. Dorang tu kan straight gay couple. Dok tuduh gay semua tapi berkepit tak berhenti jugak." Aku mengata dorang tapi tak sedar diri jugak yang aku tengah duduk dalam kelas dorang sekarang ni.

"Tak baiklah kau cakap macam tu. Abang kembar kau tu jugak kan?"

Kalau orang lain yang cakap benda tu, mungkin aku akan sedikit Kuala Berang mendengarnya tapi coming from Tony, aku tak tahu apa reaksi yang aku harus rasakan. Suara dia perlahan saja menuturkannya tapi cukup untuk mendiamkan aku.

"Then kenapa tak keluar dengan Anggerik?" Dia bertanya lagi.

"Anggerik balik. Takkanlah aku nak ikut dia pulak."

"Oh ya ke?" Kemudian dia jeda sekejap. "Then aku tak pergi mana-manalah. Kau nak keluar mana-mana ke?"

"Eh kau seriuslah? Mama kau tak bising ke kalau kau tak balik?"

"Bising tu bisinglah jugak cumanya..." Lama Tony diam. "Takpelah. Tak derhaka kut aku rasa."

Yang aku tahu pasal Tony ni adalah mak dia, Dr. Farrah yang jugak aku panggil as Aunty Farrah ialah seorang doktor di hospital mana entah and ayah dia pulak, Mr. Adam Espinosa pula merupakan seorang rakyat Filipina yang berkerja sebagai pensyarah di universiti mana entah aku tak ingat tapi privatelah. And dorang sangatlah muda and based on yang Tony cerita, mak ayah dia dapat dia masa dua-dua baru 22 tahun ke cane entah.

Lelaki Harum Sundal MalamWhere stories live. Discover now