Bab 7

2.6K 157 10
                                    

2012

Itu adalah Pulang Bermalam Mandatori bagi seluruh warga SEBESTES bagi minggu itu. Kalau siapa yang tak nak balik, boleh isi nama kat Bilik Ketua Warden dan aku sememangnya pengisi tetap borang itu. Pelajar lelaki akan ditempatkan di surau dan pelajar perempuan di Dewan Tengku Saleha which is dewan yang sedikit kecil.

Itu pun, aku sempat ke bilik Samson dan Hasbi sebelum came up with that decision.

"Kau balik ke weekend ni?"

"Oh, aku pergi rumah Hasbi. Kakak dia tunang."

"Oh, congrats to your sis, Hasbi!" Aku melambai kepada Hasbi yang sedang bermain PSP di atas katil. Dia tak angkat kepala pun sebaliknya sekadar angguk dan chuckle. "Kau tak nak tanya aku balik ke tak?"

"Nak buat apa? Pandailah kau hidup sendiri. Dahlah pergi balik bilik kau, aku nak tidur."

Aku pun pergi dari situ. Biarlah dia macam tu. Aku malas hendak argue apa-apa dengan dia. Bila ada Hasbi memang dia akan jadi berlagak nak mati.

Keesokkan harinya, balik dari Solat Jumaat aku tidak balik ke bilik. Aku pergi ambil bola basketball di stor sukan sebelum pergi ke court basketball. Aku tanggalkan baju Melayu dan hanya bersinglet sahaja bermain bodo-bodo di court itu.

Sambil itu baru aku berfikir, sunyinya hidup aku ni. Aku tak pernah tahu mana silapnya, or mungkin ada tapi aku ni yang bodoh. Cumanya, aku risau sebab, I begin to like this state of solitude.

"Syah..." Satu suara memanggil dari pintu court. Sosok itu kemudiannya berjalan ke arah aku dengan senyuman dan memandang aku bermain penuh eager.

"Eh, kau bukan balik ke?"

"Memang pun. Jomlah ikut."

"Huh?!"

"Mama Papa aku ajak kau sekali. Kita balik kampung Mama aku kejap."

"Eh tak apa ke? Aku dah isi borang nak stay hostel tau."

"So, tak kisah pun kan? Pergilah siap. Aku tunggu kat kereta Papa bawah blok."

"Seriuslah ni?"

"Ya. Cepatlah."

Aku pun pergi pulangkan bola di stor sukan sebelum naik ke bilik dan mula memilih baju untuk dibawa ke rumah Tony. Memang tak sempat lipat. Aku terus ambik dan sumbat sahaja.

Ini adalah kali pertama aku mengikuti Tony balik ke rumahnya. Kami sudah berkawan hampir setahun tapi persahabatan kami tidak seteguh itu lagi untuk aku ikut pulang ke rumahnya. Cumanya kali ini, aku pun kebetulannya kesenduan amat, ikut sajalah dia balik.

Masuk ke dalam Honda Civic yang aku taj tahu siapa owner tapi Papa dia yang drive, aku memberi salam kepada kedua-dua orang tuanya itu.

"Hello, Mr. Espinosa and Dr. Farrah..."

"So, this is your roommate, Antonio?" Mamanya bertanya kepada Tony.

"Yes, here he is."

"Okay, masuklah..."

Sepuluh minit kereta bergerak, aku dapat merasakan suasana agak stern dalam kereta itu. Mama dan Papa dia tak banyak bicara hatta sesama mereka pun dan aku menebak bahawa ianya adalah asbab yang sama kenapa Tony tak banyak bercakap.

"Can we drop somewhere? I'm hungry." Tony seakan-akan dapat membaca akal fikiran aku.

"Can, can. Kita singgah Tapah, okey?"

Tony anggukkan saja. Aku pula yang tak pernah lepas daripada persimpangan Shah Alam sebelum ini memang tak tahu pun Tapah tu kat mana. Yang aku tahu, Tapah tu jalan nak ke Cameron Highlands which is ironically kat Pahang.

Lelaki Harum Sundal MalamWhere stories live. Discover now