2010
Aku masuk ke dalam perpustakaan untuk menelaah. Peperiksaan pertengahan tahun akan berlangsung tak lama lagi jadi untuk mengelakkan aku dibebel oleh Mama, aku ikutkan saja aktiviti aku hari itu dengan study di situ.
Minggu itu adalah minggu PB Bebas. Kau nak pulang bermalam boleh dan kalau kau tak nak pun boleh. In my case, Mama on call dan duduk berdua di rumah dengan Papa hanya menambahkan awkwardness antara kami berdua jadi nope. Aku memilih untuk tinggal di sini saja weekend itu.
"Antonio, tak pinjam buku ke minggu ni?" Librarian, Puan Hana menegur aku yang sedang tekun membaca di situ.
"Tak kut, Puan. Test dah nak dekat."
"Bagus awak ni. Saya tengok tak pernah jemu awak datang sini."
"Okey apa. Lagipun ada aircond. Sejuk sikit saya nak study daripada dalam bilik."
"Eloklah macam tu. Ni kejap lagi tengahari, saya nak pergi makan. Awak jaga library boleh ya?"
"Boleh, Puan. Terima kasih."
"Terima kasih pada awak jugak, Antonio."
Dia berlalu pergi. Aku kembali menghadap buku aku.
Aku terpandang ke pintu masuk ketika aku perasan seseorang masuk ke dalam perpustakaan itu. Jantung aku berderau seketika sebelum aku perasan yang ianya bukan dia. Tapi aku tetap kenal siapa orangnya itu.
"Tony! Ada kau kat sini?"
"Ada je. Kau tak balik ke weekend ni?"
"Malaslah. Jauhlah Singapore tu. Rumah Daddy aku pulak, hmm tak kut."
"I see... eh duduklah." Aku memelawanya duduk. Dah namanya classmate, angkuhnya aku untuk menolak dia macam tu.
"Thanks!" Dia menarik kerusi di depan aku dan duduk tanpa rasa segannya. Aku memberikan senyuman padanya.
"Kau tak ikut Hasbi balik pulak?"
"Dia tak ajak. Ada family affair kut."
Aku memandang sekeliling kalau-kalau dia ada berdekatan. Dia yang kita semua tahu siapa yang aku maksudkan.
Mereka kembar tapi aku tak pernah nampak mereka berdekatan. Seriously, aku tak tahu apa berlaku antara mereka berdua sampaikan kalau mereka katakan yang mereka ialah dua orang berbeza pun, I would buy that. Anyone simply would buy that.
"Kau pandang apa?" Caught red-handed.
"Pandang apa?" Aku cuba cover line walaupun sangatlah dumb cara nak cover tu.
"Yalah dari tadi dok terpandang sana sini. Tu yang aku tanya tu."
"Oh, takde apalah. Saja je. Nak pandang kau kena bayar ke?"
"Hisy kau ni! Tulah pelik sangat perangai, orang pun takut nak dekat."
Aku hanya memberikan senyuman kepadanya. Better be that way kut. Aku tak suka orang tahu sangat pasal aku. Aku pun famous dalam kalangan budak perempuan sebab dorang taste kat Papa aku.
"Sam, nak tanya?" Aku membuka mukadimahnya.
"Apa dia?"
"Kau dengan kembar kau memang tak rapat sangat eh?"
"Kenapa? I mean, apa yang buat kau tertanya tu?"
"Takdelah. Kau kenal senior kita Azril dengan Azlan kan? Dorang tu memang isi dengan kuku even kembar tak seiras pun tapi kau tengoklah dorang punya rapat tu macam mana. Aku taklah fikir lain cumanya..."
YOU ARE READING
Lelaki Harum Sundal Malam
Teen FictionSetiapkali nama pelacur disebut, pasti kita akan menuduh ianya pekerjaan seorang wanita? Tapi ini adalah kisah seorang pelacur lelaki. Dan aku adalah pelacur itu. Dan ini adalah kisah aku sendiri...