Bab 3

4.1K 200 21
                                    

2012

"You nak makan apa? I belikan."

"Malaslah nak makan. Tapi kalau you nak belikan, mee goreng je kut."

"Coach Azri bagi ke you makan goreng tu semua? You jangan mengada, Syah. Apa-apa nanti I tak nak kena persalahkan eh?"

"Bisinglah you ni. Pergi jelah belikan."

"Hey, I tanya baik-baik kan? Tak payahlah nak shady sangat."

"No, I'm not!"

Anggerik terus bangun dari kerusi dan pergi belikan aku makanan yang aku pun tak tahu apa yang dia nak belikan. Kalau betul dia nak belikan mee goreng, aku okey dan kalau dia belikan benda lain pun aku okey. As long as the foods are edible and sedap, aku makan je.

Anggerik kembali dengan nasi goreng (apa jadi dengan mee goreng?) dan seplastik sirap bandung. Kalau dia ni masuk nutrition class tanpa bayaran Coach Azri, maybe she should know that. Tapi apalah takdir aku bergirlfriendkan budak Kesenian jadi yang dia tahu hanyalah teknik berlakon sahaja.

"You kerja ke petang ni?"

Dia mengangguk. "You?"

"Kak Mar nak ambik I lagi ke?"

"She doesn't want you but she needs you. You je yang boleh naikkan Kafe Matahari tu. Budak-budak datang sebab nak tengok you je."

"What to say? Your boyfriend is hot."

"Ha'ah. Hot tu hot jugak tapi tahu tak malam tadi ramai yang ingatkan you tu gay. Wey I malu tau."

"So you percaya ke?"

Dia yang baru hendak menyuap mee supnya (MANA MEE GORENG AKU?!) terus memandang aku dengan pandangan helangnya. Okey kembali serius.

"I memang tak percaya tapi I tak sukalah when people came up with accusation like that. You're my boyfriend tau. Of course benda macam tu make me feel uncomfortable."

"Anggerik, don't worry. I masih suka perempuan, okey."

Anggerik mengulum senyum. Dari jauh, aku nampak Tony beli roti di kantin sebelum pergi somewhere yang aku tahu sangat ke mana dia pergi. Librarylah tu ke mana lagi.

"So, you nak kerja kat Kafe Matahari lagi tak? I nak inform Kak Mar petang nanti."

"Boleh jugaklah. Tapi I nak shift time prep boleh tak?"

"Kepala hotak you! You tu dahlah suka mengular lagi nak ambik time busy. I tahu you nak skip prep kan? Pleaselah, Syah."

"You ni. Tak supportive langsunglah. What if kalau I berubah?"

"What if kan? What if punya cerita ni memang sampai habis sekolah belum tentu jadi. Dah, makan cepat. Nanti lambat masuk kelas kang."

"Alah biarlah pun."

Aku menghabiskan makanan dan sambung berbual dengan Anggerik di meja kantin itu. Ketika kami berbual itu, kami didatangi oleh seorang lelaki. Siap berkemeja bagai tapi aku rasa aku tak pernah nampak dia lagi di sini. Dia mempamerkan senyuman pada aku dan Anggerik.

"Anggerik Pesona ke?"

"Ya, saya."

"Oh, PRS kan? Cikgu Azizah suruh saya cari awak sebelum dia pindah hari tu."

"Oh, I see."

"Nanti awak tanya kawan-kawan awak bila dorang free ya. Kita boleh buat first monthly meeting."

"Boleh. Cikgu duduk dalam sekolah ke kat luar."

"Saya stay luar actually. Ada mohon kuarters tapi tak pasti lagi dapat ke tak. Saya pun baru sampai minggu lepas. Now stay dengan sepupu."

Lelaki Harum Sundal MalamWhere stories live. Discover now