2012
Balik saja daripada Melaka itu, aku kembali ceria. Bukannya apa, aku rasa kurang selesa dengan Uncle Tony. Aku tak geli ya, just kurang selesa. Masa nak balik tu pun, dia ada selitkan RM50 kepada aku sebagai duit belanja. If only dia tahu RM50 kat Singapore wouldn't last two days.
Di dalam kelas, aku okey saja dengan Leno. Cuma dengan Anggerik, masih kekok antara kami. Memandangkan kelas PAI kami sama, jadi terpaksalah kami in a way, berkomunikasi. Tapi dengan budak lelaki kelas dia, aku okey je.
"Bro, lunch sekali nak?" Tiba-tiba Leno mengajak aku makan bersamanya tengahari itu. "Parents aku baru hantar duit daripada Brunei. You may ask Tony sekali."
"Kenapa kau tak ajak Anggerik je?"
"Taknaklah. Nak jugak lepak dengan classmate sendiri."
"Tiba-tiba je kau baik."
"Eh, takdelah. Nak tak? Jangan risau, Anggerik takde."
"Yalah. And aku tak akan ajak Tony. Jumpa aku kat Kafe Matahari pukul satu. Kau skip jelah prep petang tu. Petang ni Cikgu Azhar pemantau. Dia tak pernah ronda kelas pun."
Dan dia menurut arahan aku, tengahari itu kami bertemu di Kafe Matahari. Aku orderkan dia Spaghetti Bolognese dengan Seafood Lasagna untuk aku. Dia yang kata dia nak belanja, kalau dia tak kata dari awal, boleh je aku nak bagi dia free. Macam aku cakap, Kafe Matahari ni hambar kut.
"Kau kerja untuk apa, Syah? Mak kau supermodel and bapak kau like rich people, why bother?"
"Aku tahu memang duit aku kerja kat sini tak sampai pun minimum wage part time kat Singapore tu..."
"Then?" Dia menyuap spaghetti ke dalam mulutnya.
"Daddy aku selalu kata aku ni anak menyusahkan. Tak macam Samson."
"Speaking about him, you guys don't seem close. At all."
"Yeah, the lst time we were close was when we were both in my mom's womb."
Dia ketawa kecil. "That is hilariously sympathetic."
"No doubt."
"So why kau kerja?"
"Aku tak nak pakai dorang punya duit whenever ada outing or PB. Cukuplah dorang invest kat Samson je. Samson tu pun dah cukup banyak pakai duit."
"Tapi cukup je kan duit dorang?"
"Macam aku cakap, cukuplah aku ni dorang rasa menyusahkan. Lagipun, spend pakai duit sendiri lagi nikmat aku rasa."
"Agree that. Parents aku bagi $200 from Brunei for a month I'm here. Memanglah cukup but spending their money makes me feel less authorized with the money."
"Tahu pun."
Kami berbual lagi. Seperti Cikgu Zikry, he's not that bad. Not that bad je bukannya dia ni bagus sangat ke apa.
"Leno, aku nak tanya. Kau suka Anggerik ke?"
"Eh, taklah. Mana ada."
"Jujur je. Bukannya aku nak cekik kau pun kalau betul."
"Nolah. Memang betul aku dengan dia kawan je. Cumanya adalah..."
"See? If betul kawan kau takkan ada cuma kat belakang ayat tu."
"Cumanya adalah aku berkenan sikit dengan dia. I mean, she's pretty kut. Tapi aku minta maaflah kalau kau break dengan dia sebab aku. Jujur, aku tak tipu, aku tak ada niat nak pisahkan korang."
"Takde apalah. Memang kitorang tak boleh go pun."
"Betul bukan kerana aku?"
"Dah tu kalau kerana kau, kau nak buat apa? Cry about it? No needlah. Eh by the way, kau cakap Melayu okey je. Bukan ke Brunei ada Bahasa Melayu dia sendiri?"
YOU ARE READING
Lelaki Harum Sundal Malam
Teen FictionSetiapkali nama pelacur disebut, pasti kita akan menuduh ianya pekerjaan seorang wanita? Tapi ini adalah kisah seorang pelacur lelaki. Dan aku adalah pelacur itu. Dan ini adalah kisah aku sendiri...