Bab 35

1.7K 103 14
                                    

2012

Aku pergi ke bilik kaunseling dan aku dapat rasa kaki aku tak dapat berdiri tegak. Kaki aku merasa lembik keseluruhan.

Aku kembali ke sekolah selepas seminggu MC. Di dalam bilik pun, aku tak banyak bercakap dengan Tony. Selamat jugalah memandangkan dia pun memang jenis tak banyak cakap.

"Ya, Syahid. Nak jumpa siapa?" Miss Cassidy, cikgu kaunseling praktikum menegur aku. "Lama tak nampak awak. Dengar cerita awak masuk hospital ya?"

I am that famous or my reputation really at stake sekarang? "Ha'ah."

Dia hanya mengangguk. "Ada buat appointment jumpa kaunselor ke?"

Aku menggeleng.

"Oh, I have an appointment in ten minutes. Cikgu Zikry free I guess. Wait I call him."

Dengar saja nama Cikgu Zikry, aku lega sedikit. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa dia cikgu yang paling tak judge aku kat sini.

Cikgu Zikry keluar kemudiannya dengan senyuman diberikan kepada aku. "How are you doing, Syahid?"

"Kalau saya okey, saya tak datang bilik ni, Cikgu."

Dia ketawa. Tak tipu. Kalau aku takde Tony, aku akan berkenan pada Cikgu Zikry ni. Orangnya memang kacak.

"Meh masuk bilik saya. Awak minum teh tak?"

Aku mengangguk.

Masuk ke dalam biliknya, aku merasa tenang. Hampir kesemua barangnya berwarna biru. Lembut sahaja warna itu pada tamsilan aku. Aku duduk di atas kerusi yang bertentangab dengannya.

"Syahid lunch apa tadi?" Dia bertanya.

"Oh, bihun goreng Singapore kat Kafe Matahari."

"I see. Eh, how are you doing now? Demam semua dah okeylah."

Aku angguk saja.

"Drink the tea. It's a chamomile tea. Its taste might be varies for those who drink it but if you like it, I'd be glad for it."

"I like it." Aku memberikannya pujian itu seikhlasnya sebaik teh tersebut memenuhi esofagus aku.

Dia tersenyum sebelum memandang wajahku lama. Aku cuba mengempang air mata yang nak jatuh ini.

"Whatever you want to tell me, I know it's not easy. Go on, take your own pace on telling it. As long as you feel comfortable."

Air mata aku jatuh. Aku tak tahu kenapa aku rasa sendu sangat. Abang kembar aku sama sekolah dengan aku yet aku tak rasa dia boleh terima or even faham pun keadaan aku sekarang.

"Syahid, what happened?"

"Kalau betul Tuhan tu sayang kita, kenapa Dia bagi kita benda yang kita tak boleh buat eh?"

Mendengarkan soalan aku itu, dia terkucam seketika. Kemudian dia tersenyum nipis sebelum mengangguk perlahan berulangkali.

"Mana awak tahu yang awak tak boleh buat?"

"Yalah. Some people living their life kacau orang sana sini yet still their life is unbothered. While me on the other hand..." Aku diam seketika. "Saya tak pernah kacau sesiapapun. Tapi kenapa Tuhan benci sangat pada saya? Kenapa semua orang ada je tak puas hati pada saya?"

"Syahid, don't say that. Tuhan tak pernah benci any of His servants. Why would you say so?"

"Habis tu kenapa semua benda dalam hidup saya mesti hancur? Tak boleh ke for awhile saya nak rasakan ketenangan dalam hidup? Knowing I'm living without anyone nak kacau."

"Syahid, look. I know there must be something that triggers you to this point. Go on, tell me."

Aku menarik nafas dalam. "Saya kena rogol."

Mendengarkan itu, Cikgu Zikry terkucam as he should. Dia memandang tepat ke dalam mata aku dan pandangannya serius.

"Syahid, awak tak gurau kan?"

"Why would saya gurau pasal ni?"

Dia memandang ke dalam mataku tepat sebelum satu senyum tawar terlarik di wajahnya. Nafas berat dihelanya sebelum dia memandangku getir.

"Who?"

Aku menceritakan kesemuanya kepada dia. Ya, the truth. Muka dia memang tak usah cakaplah, memang terkedu habis. Siapa saja boleh menyangka Mr. Espinosa yang juga sponsor sekolah itu boleh melakukan perlakuan terkutuk itu?

"We should bring this case to the police, Syahid."

"No, saya tak nak. Tujuan saya cerita pada Cikgu sebab saya tak ada siapa nak cerita. Dan kalau bagitau polis pun, mesti mereka akan salahkan saya dulu sebab pakaian saya tu."

"Syahid, someone's attire never determine anything. Rape is a rape. You got raped not because of what you wear. You got raped because a man got horny and decided that it's a good idea to release it on you. Not your fault."

I wish I didn't wear that. I wish aku tak pergi rumah Tony. I wish aku lari dari rumah dia on the first night tu.

"Cikgu, rahsiakan perkara ni ya?"

"Yes, I will. But in case you want to change your mind, feel free to let me know. I will help you as much as I can. I promise that, Syahid."

"Terima kasih, Cikgu. I owe you a lot with that."

Dia tersenyum pahit kepadaku sebelum aku meminta diri. Aku tahu dia cuba untuk membantu tapi aku rasa banyak yang lagi susah kalau dia libatkan lagi banyak pihak. Masalah dah cukup besar dah ni.

Semasa aku dalam perjalanan pulang ke asrama, aku bertembung dengan boyfriend tak rasmi Samson. Siapa lagi kalau bukan Hasbi?

"Hamboi, masalah negara ke sampai kau pergi bilik kaunseling?"

"Takde kena-mengena dengan kaulah, sial!" Dengan perangai dia macam ni, aku tak tahu macam mana dia boleh jadi Pembimbing Rakan Sebaya. Pemusnah Rakan Sebaya adalah.

"Aku PRS kut. Kenalah tahu."

"So kau nak sebarkan satu sekolah ke kalau kau tahu?"

"Well, depends on the rumours. Beware, Syahid. You still have that reputation."

"Sumpah kau boleh pergi mampos, Hasbi."

Dia hanya smirk kepada aku.

Balik ke bilik, aku nampak Tony sedang study. Wow, dia memang hidup bertuhankan buku. Aku wonder kalau Aunty Farrah pun macam dia jugak.

"Syah, jom makan?" Dia berpaling dari kerusinya dan memanggil aku.

Aku menggeleng menolak.

"Kau skip breakfast pagi tadi kan? Kau tak lapar ke?"

"Tak." Jawabku mudah. I'm sorry, Tony but to look at you now is a torture.

"Nak aku belikan ke?"

"No need."

"Sure?"

Aku angguk.

Aku baring di atas katil dan cuba melelapkan mata walaupun jam menunjukkan pukul empat petang. Fikiranku kusut. Kusut sejak hari itu.

Salah sangat ke apa yang aku pakai malam tu sampai aku deserve semua ni? Tuhan, I'm only 16. Please don't test me too much. I'm just a normal boy try to live my life.

Hope things will be fine. Hopefully...
---------

Lelaki Harum Sundal MalamWhere stories live. Discover now