Aku buka mata dan pandang sekeliling. Aku cam yang itu adalah bilik aku. Kepala aku masih terasa berdenyut. Aku wonder dorang sepak kepala aku pakai kaki ke pakai batang besi tadi tu?
Ketika aku bangun duduk, di sebelah aku ada nama tersebut dari susunan kiri ke kanan; Tony, Samson dan Cikgu Zikry. Siapa panggil Cikgu Zikry ni?
"They found you kat belakang blok ni tadi lepas Isyak. God knows berapa lama awak terbaring kat situ." Cikgu Zikry menerangkan keadaan aku kepada aku.
"Don't worry. Aku dah inform kat Kak Mariana dah yang kau off hari ni. Dia suruh kau off esok dengan lusa jugak." Tony pula menyambung.
Samson kemudiannya duduk di kerusi meja belajar aku dan matanya masih mencerlang kepadaku. Aku tak tahu apa masalah dia ni. Aku kena belasah kut.
"Awak cam tak siapa yang pukul awak tu?" Cikgu Zikry menyentuh bahu aku. Rasa sakit sedikit.
Aku menggeleng. "Kita tak payah pergi hospital kan?"
"I was intended to but your twin cakap tak payah and I don't think there's further injuries pun. But in this two hours if you feel something off, panggil Cikgu tau. Cikgu warden bertugas malam ni."
Cikgu Zikry masih tidak bangun dari duduknya. Dia ambil air sejuk dari dalam baldi, basahkan tuala dengannya dan diletakkan di atas dahi aku.
"You should rest. Awak teman dia ya, Tony." Cikgu Zikry menoleh ke arah Tony. Tony mengangguk mengiyakan. "Awak, Samson?"
"Tak tahu lagi. Kalau apa-apa nanti, saya terus bagitau Cikgu dengan call Mommy Daddy sayalah eh?"
"Haa elok jugak. At least bagitau Daddy awak berdualah. Dekat sikit kalau dia nak tengok ke apa. Mommy awak tu dah satu hal nak datang dari Singapore pulak."
Samson mengangguk sebelum menjeling ke arah aku. Apabila dia buka cermin matanya, memang muka kami akan jadi sangat seiras dan ianya sangat menakutkan. Aku admit yang aku takut dengan abang kembar aku seorang ni.
"Kalau takde apa-apa, Cikgu balik bilik warden dulu. Remember, if anything, don't hesitate to come see me in my room, okay?"
Kami bertiga mengangguk. Samson menghantar Cikgu Zikry ke pintu bilik aku seterusnya menutup pintu bilik itu sebelum memandang tepat ke arah aku.
"Kau tak habis lagi ke nak menyusahkan hidup aku?!"
Aku dah agak itu yang akan keluar dari mulut Samson. It's Samson. What lesser could I expect?
"Kalau Cikgu Zikry report Pengetua, kau rasa mana aku nak letak muka aku?!"
"Kau tak kisah langsung ke pasal siapa yang pukul aku sial instead of maki aku?!" Aku membentak. Tak boleh dilayan Samson ni punya tantrum.
"Bukan aku tak kenal kau tu?! Entah siapa kau pergi cari gaduh sampai orang cari kau nak settle. Dahlah tu, Syahid! Aku malu tahu tak dengan perangai kau! Dengan semua orang tuduh kau tu samseng gay, kau ingat aku tak malu ke nak hadap semua mulut orang tu?!"
"BUKAN KAU KE PUNCA ORANG PANGGIL AKU BENDA TU?!" Suara aku sampai tahap maksima juga. Tony berkalih perlahan memandang aku sementara dada aku berombak menahan marah. Samson yang tadinya terus duduk. "YA, MEMANG SEMUA SALAH AKU KAN, SAMSON! Apa lagi?! Makilah aku! Hamunlah aku!"
"Kau diamlah..." Suara Samson bergetar.
"Aku tak pernah mintak kau layan aku macam adik kembar kau pun, Sam sebab aku tahu kau malu jadi abang kembar aku. Tapi aku baru lepas kena pukul kut. Ya, adik pengawas kena pukul. Tapi aku yakin kalau budak lain yang kena lanyak sampai jumpa dua jam lepas tu, kau takkan maki dia macam mana kau maki aku."
Samson terus mengangkat kakinya dan mula hendak melangkah keluar. "Nak aku bawakkan apa-apa tak?"
Aku diam sahaja. Aku hanya nak dia tu keluar saja pada masa itu. Tak pernah aku benci melihat muka dia selama ini.
"Sam, aku rasa baik kau keluar. Aku tak rasa it's a good idea untuk kau ada dalam bilik ni. Apa-apa nanti, aku panggil kau."
"Wey, Tony. Dia tu adik kembar akulah. Kau siapa nak arah aku macam tu je."
"Masalahnya kau tolong sebab kau rasa bersalah, bukannya sebab ini adik kembar kau." Straight savage burn from Antonio Espinosa. "Cuma, pergi mintak ais kat Dewan Makan. Aku nak tekupkan kat lebam siku Syah ni."
"Aku dah suruh Hasbi bawakkan. Kejap lagi dia sampailah tu."
Betul pun. Tak lama selepas itu, pintu bilik diketuk dan ianya ialah Hasbi. Tapi dua anak babi ni just berkomunikasi kat pintu je. Aku sempat dengar yang Samson menghalaunya dan ada juga perbualan mereka yang terselit ketawa sedikit. Apa masalah dua anak babi ni eh?
Samson masuk semula dengan tawa tersisa sebelum memberikan ais kepada Tony. Dia kemudian memandang aku, menggeleng kepala dan mengangkat kakinya.
"Samson, kalau kau rasa beban tolong aku ni, tak payah tolong. Aku tak pernah harap pun kau tu yang nak tolong aku."
"Yalah, sebab dah berapa kali kau tu susahkan aku."
"Dah! Pergi balik! Papehal biar aku sendiri yang call Mommy Daddy."
Dia terus keluar dari bilik itu meninggalkan aku dan Tony. Aku kembali berbaring di atas katil aku menahan keperitan diganyang tadi. Tony pula tak putus menekupkan ais ke lebam tangan aku itu.
"Tony, tak apa. Kejap lagi eloklah ni. Esok aku okeylah ni."
"Syah, aku buat bukan sebab kau tu kawan aku ke roommate ke. Aku buat sebab kau tu manusia biasa. Kalau orang lain kena macam ni and they happen to be people I know, I would help jugak."
Aku tersenyum nipis. "Bukan sebab kau suka aku?"
Dia mengangkat mukanya memandang aku dan mencemirkan matanya yang bercermin itu. Trust me, that gesture is the cutest expression one can ever have.
"Bukan eh?"
"You don't have to like someone to be nice. All it takes is just compassion and empathy. Kalau kau buat sebab kau suka dorang, that's favouritism and simply bias. Tak ikhlaslah the antic tu nanti."
Aku terdiam sekali lagi. Gilalah keturunan Jose Rizal ni kalau bercakap. Okey dia bukan keturunan Jose Rizal pun tapi itu je tokoh Filipina yang aku tahu.
"Syahid, kau jangan cari gaduh lagi eh dengan sesiapa. Please. It hurts me bila tengok kau sakit macam ni."
Samson dan Tony dua-dua hendakkan aku berhenti bergaduh tapi kedua-dua mereka mempunyai sebab berbeza. Seorang untuk kepentingan sendiri dan seorang lagi untuk kepentingan bersama.
"Aku cuba..."
Sebenarnya, aku boleh saja bocorkan siapa dalang di sebalik ganyangan aku tadi. Tapi aku malas sebab benda hanya akan jadi lebih teruk dan seperti biasa, aku takkan menang.
"Wey dah lunyai sangat ni. Jom ah cau!"
"Wey takkanlah. Kalau Hasbi tak puas hati cane? Duit dia kita dah rembat dah."
"Pergi mamposlah dia tu. Sendiri tak jaga awek sendiri. Lepastu palat bila awek puji jantan lain."
Ya, Hasbi. Hasbi kawan Samson tu. Kau fikir apa Samson akan kata kalau aku kata yang aku terdengar budak yang belasah aku tu cakap benda macam tu lepas dorang ingat aku dah total pengsan? Kau fikir Samson akan percaya? Kau fikir sekolah akan percaya yang one of top board pengawas dorang upah budak untuk belasah aku? Kau fikir nama aku akan slightly bersih?
Memang taklah!
--------------------Sneak peek
"Anggerik, I want a breakup..."
"Kenapa? Korang cute together kut?"
"Kau yakin kau buat benda betul?"
"Tony, stop tipu diri kau boleh tak?"
So haa macam mana?! Anyone nak cekik Hasbi ke because if yes, count me in. Also, sneak peek sangat tempting ya. So keep the votes coming guys! 50 votes jangan lupa!
Stay tuned ehek!
YOU ARE READING
Lelaki Harum Sundal Malam
Teen FictionSetiapkali nama pelacur disebut, pasti kita akan menuduh ianya pekerjaan seorang wanita? Tapi ini adalah kisah seorang pelacur lelaki. Dan aku adalah pelacur itu. Dan ini adalah kisah aku sendiri...