Bab 41

1.8K 147 16
                                    

"Cikgu pun rasa sebenarnya, Syahid, it would be a better thing for you to go and see him. For old times sake. To clear the tension."

"Tapi saya tak mampu pandang muka dia, Cikgu. Saya benci tengok muka dia."

"Syahid, dia tak salah. Ayah dia yang salah. Dia tak tahu keadaan sebenar. Dia dah dibutakan dengan keadaan yang sebenar. Maafkanlah dia, Syahid."

"Entahlah. Benda tu ubah hidup saya, Cikgu. Dia tak bagi peluang pun untuk saya explain pada dia keadaan sebenar. Tentang apa yang terjadi."

"Syahid, saya tahu saya tak patut cakap macam ni. Itu ayah dia, Syahid. Dengan masa tu kiri kanan pasak kepala dia, mana mahu dia tahan. Tapi Cikgu percaya, as time flies, he changes."

Aku ketawa kecil. "Yakinnya Cikgu."

"Saya yakin. He was not a bad guy, Syahid. He just got brainwashed. Lagipun keadaan masa tu, no one can think with rationale."

"Dia tak dengar pun apa saya nak cakap, Cikgu."

Dia diam seketika sebelum dia memegang tangan aku. "Awak kuat, Syahid. Awak akan jadi lebih kuat kalau awak boleh maafkan dia."

"Maafkan dia tu mungkin boleh, Cikgu. Tapi nak lupakan apa yang dia buat tu... saya tak rasa saya akan mampu nak buat semua tu."

"Saya tak suruh awak lupakan. Memori hitam itulah yang jadikan awak sekuat sekarang."

"Saya tak minta pun nak jadi kuat. Saya cuma nak jadi macam orang lain. Tu je."

"You are your own version of yourself, Syahid. Dan Syahid yang saya kenal, orangnya sangat kuat. Dan saya harap awak terus kuat untuk diri awak."

"Saya takut one day nanti saya dah tak tahan je, Cikgu."

"Jangan cakap macamtu. Tuhan takkan uji kalau dia tahu kita tak mampu."

Aku pandang muka Cikgu Zikry itu. Ada helpless glance pada wajahnya. Pandangan yang seolah berkata 'I wish you would never have to experience all that shit'.

"Fine. I'll see him."

Mendengarkan itu, Cikgu Zikry terus memeluk aku. Dia yang baru saja habis Ph.D. itu aku ajak bertandanh ke rumah aku untuk minum petang. Tak sangka pula pertemuan itu akan menjadi sesuatu yang merubah hidup aku selamanya. Or at least I thought so.

Aku duduk saja di seat sebelah membiarkan Syaf saja yang memandu. Aku tak boleh memandu dalam keadaan mental aku yang tak stabil itu.

"Nak singgah mana-mana dulu tak? Minum dulu ke?" Dia bertanya sambil tangannya masih di stereng.

"No, I don't think I want to drink in this kind of situation."

"Faham. Tapi say that you change your mind, just cakap, okey."

"Okey, Sayang."

Sampai saja di taman tasik itu, aku nampak keretanya sudah ada di situ. Keretanya itu pun aku tahu sebab sebelum datang ni, adalah aku stalk dia sikit-sikit. Dia tak cakap kat aku yang dia dah pernah kahwin and apparently dah ada anak pun. Cumanya post dia start tahun lepas, dah tak ada gambar perempuan yang jadi wife dia tu.

Aku nampak dia sedang duduk di atas sebuah kerusi dengan seorang budak perempuan. Budak itu dibiarkannya bermain dengan buih sabun dan dia hanya memantau sahaja dari tepi.

Aku menarik nafas panjang sebelum membuat keputusan untuk turun dari kereta dan pergi ke arah dia. Air mata aku mengalir sedikit tapi pantas aku sekanya.

Lelaki Harum Sundal MalamWhere stories live. Discover now