Bab 22

1.4K 115 11
                                    

2012

Sejujurnya, tak ada apa pun yang jadi. Legit, nothing. I was waiting kalau dia akan bangkitkan isu balik ke tapi tidak.

Dan aku juga somewhat, dah mula tak pinjam buku nota dia. Malah aku sudah mula buat homework aku sendiri. Aku cuba ya.

Anggerik? Aku pilih untuk tidak address kepadanya tentang hal itu. Bukan apa, aku tak mahu sebarang miscommunication berlaku lagi. Apa-apa hal pun, biar dia yang initiate.

"Hai, Syahid! Awak seorang je ke ni?" Cikgu Zikry, kaunselor poyo tu datang menegur aku di kantin. Apparently, allegation yang menuduh dia poyo tu bukan aku seorang. Ramai lagi student (lelaki) lain kata macam tu.

"Ha'ah. Girlfriend saya parents dia datang."

"Boleh cikgu duduk sekali?"

"Boleh je."

Dia mengambil tempat di hadapan aku sebelum buka nasi bungkusnya yang aku rasa dia beli di Kafe Matahari. Tengok pek bungkusan dah tahu.

"Awak tak kerja harini?"

"Malam nanti. Cikgu tahu saya kerja sana?"

"Anggerik bagitahu saya. Baguslah awak. Sempat lagi cari peluang nak dapat duit time susah belajar macam ni."

"Saya tak suka susahkan Mommy saya. Saya selesa cari duit sendiri."

"Baguslah dah ada mentaliti sendiri macam tu. Adik cikgu seorang tu, umur dah dekat 20, sambung belajar taknak tapi malas kerja. Tak pasallah saya yang kena sara dia dengan parents saya semua."

"Parents Cikgu ada lagi?" Aku tak tahu kenapa aku bertanya. Not that I care neither want to know anyway.

"Alhamdulillah. Dua-dua sihat lagi. Cikgu pun bukannya anak sulung. Ada dua kakak cumanya sebab Cikgu belum kahwin, itu sebabnya Cikgu yang kena sara family tu. Eh, by the way, your mom still berlakon kan?"

Aku mengangguk. "Dia kata itu je yang dia mampu buat."

"Takpelah. Dah dia pun masih mampu berlakon apa semua, buat apa nak disia-siakan kan bakat sedia ada tu?"

Aku tersenyum kelat. Aku memang rapat dengan Mommy but not in a way aku sanggup bercerita dengannya tentang hal kerjanya. Samson mungkin, sebab dia nak bodek duit lepas tu.

"Petang ni awak masuk kelas prep tak?"

"Macam malas tapi nak tidur dalam kelas macam dah terlebih tidur pulak tadi." Aku pun tak ada sebarang rencana untuk pergi ke kelas Tony. Samson dengan Hasbi mesti ada kat sana punya dan aku malas nak melayan stink eyes Hasbi tu.

"Apa kata tolong saya kemas bilik kaunseling? Saya bagilah awak berapa ringgit nanti. Dah pakai tenaga awak kan?"

Bilik kaunseling tu ada aircond so rasanya tak salah kut.

"Jangan risau. Saya tak cerita kat girlfriend awak."

"Boleh je."

Dan selepas lunch itu, aku pun pergilah ke bilik kaunseling untuk menolong Cikgu Zikry mengemas bilik sekangkang kera itu. Nothing messy pun. Cuma dia tak susun fail dan buku-buku dia yang masih dalam kotak saja. Kemas tu pun dalam sejam saja lepas tu kami sambung berborak.

"Awak dah lama dengan Anggerik?" Tiba-tiba soalan itu terpacuk dari bibirnya.

"Hmm almost setahun."

"Damn lamanya. Masa saya sekolah dulu biasa tiga bulan macam tu je."

"Cikgu barang panas memanglah ramai berebut." Kenapa aku bergurau dengan dia? Am I comfortable with him already?

"Pandailah awak."

"Betul apa?!"

Dia tersenyum. Aku rasa dia hanya menjalankan tugasnya. Dia tak ada niat pun nak berbuat baik dengan aku. Mungkin Anggerik ada cerita pasal dia dengan aku pada cikgu ni.

Am I paranoid? Paranoid am I? I paranoid am?

"Anggerik ada cerita apa-apa pasal saya kat cikgu ke?"

"Tak ada pulak. I mean, she told me you guys are together but saya pun takdelah nak tanya in detail. Privacy orang malas nak invade kan? Nak pulak dia tu perempuan. It's inappropriate if I do that."

Aku mengangguk menyetujui apa yang dia katakan. Yalah gila kau nak tanya budak perempuan hal macam tu.

"Even pasal saya pun tak ada?"

Dia menggeleng. "Tapi I've heard about you a lot jugaklah from other students. You're quite famous, I can tell. Almost everyone know you."

"But not in a good kind, right?" Aku menambah.

Dia ketawa kecil. Dia bersandar di kerusinya seraya membalas, "This is only my opinionlah. For melah, fuck people's thought about us. They ain't paying our bills. They don't help us when we are broke. Dorang tak kisah pun apa jadi dengan kita when kita susah. Dorang selesa tengok kita with the image they created about us."

That. Is. The. Fact.

"Tapinya, as a kaunselor, I was trained to listen from both sides and not semberono dengar je what people say. That's very unethical for me to do so."

"Jadi Cikgu tak kisah ke baik dengan saya? Bahaya tau untuk reputasi Cikgu. Macam mana kalau orang mengata?"

"People gonna talk to please themselves, Syahid. Cumanya, are you or are you not?"

Mendengar ayat Cikgu Zikry itu, aku somewhat pumped up sikit. My life was shit for most of it. Aku pun tak tahu dari mana mulanya.

"Cumanya Syahid, always be nice to people. Don't expect those people gonna be nice again to you but others. Orang yang awak belum jumpa, orang yang awak jumpa kat tepi jalan ke. It literally could be anyone."

"Even we are not a good person to begin with."

"You don't have to be a good person to be nice. You just need to have humanity and compassion."

Syahid Zachariah, mungkin inilah sebabnya kau tak boleh terlalu cepat mengadili manusia. Korang sendiri tahu kan dulu aku panggil dia ni cikgu poyo yet dialah sekarang yang ada menasihati aku.

Aku berborak dengan dia dalam bilik kaunseling tu ada jugaklah sampai dekat pukul enam petang. Habis itu, dia mengajak aku teman dia makan kat kedai mamak luar SEBESTES. Merasa jugalah aku makan free petang itu.

Pulang ke asrama, aku berjalan seorang diri ketika pelajar lain sibuk mandi dan menguruskan diri. Cumanya semasa aku lalu belakang blok asrama aku, aku nampak ada tiga orang pelajar lelaki sudah berdiri di situ dengan sangat mencurigakan. Tapi aku buat bodoh sajalah lalu merentasi mereka.

"Hoi! Kau tengok je kitorang kat sini?!" Seorang daripada mereka menyergah.

"Aku tak kenal korang so kenapa aku kena kisah pasal korang?" Itu saja reaksi mampu aku berikan.

"Pergh! Pailang gila kau!"

The next thing I knew is pipi aku mula berdamar rasanya ditumbuk dan 10 minit selepas dilanyak itu, aku terbaring di atas lantai simen itu dengan lebam dan bibir yang berdarah. Ya Allah, dugaan apa lagi aku nak dapat ni???
-------------

Sorry for late update. Been having few mental breakdowns these past few days. But don't worry, dapat je 50 votes, I will write a new chapter.

Also, siapa yang belasah Syahid eh? Sila beri cadangan di ruangan komen hehe.

Stay tuned!

Lelaki Harum Sundal MalamWhere stories live. Discover now