2012
"Kepada semua pelajar Tingkatan 4, Sekolah Bestari Tengku Suraya, sila berkumpul di Auditorium Ibu Zain pada jam lapan malam."
I hate this school for being inconsistent. Cerita dia kami semua dah tahu dah kami dapat aliran apa yang sibuk nak brief malam ni jugak kenapa.
Mujurlah, malam itu, dia tak suruh duduk dalam aliran apa. Cuma, dia asingkan mana lelaki dan mana perempuan saja. Elok jugaklah. Bebas aku daripada budak-budak perempuan yang gatal burit nak duduk dekat dengan aku.
Malam itu, seperti biasa, aku duduk di sebelah Tony. Aku tahu perkara malam itu sangatlah maha bosan jadi aku pergi pakai hoodie SEBESTES sahaja.
Selamat datang ke Sekolah Bestari Tengku Suraya, Kejayaan Seorang Insan Bermulanya Di Sini (baca: Penjara Moral Setiap Remaja). Di sini setiap pelajar akan dibahagikan mengikut keupayaan intelek dan fizikal masing-masing (baca: Segregasi Budak Pandai dan Budak Bodoh) mengikut tiga Aliran iaitu Akademik, Sukan dan Kesenian. Dan aku happened to be in Aliran Sukan aka Aliran Budak Bodoh SEBESTES.
"Sebelum itu, kita menjemput ketua tingkatan, Samson Zulkarnain Andrew Sulaiman untuk memberikan sepatah dua kata..."
Dengar saja nama Samson dipanggil untuk memberikan ucapan, aku terus melentokkan kepala aku ke bahu Tony dan menarik hoodie aku menutup muka. Malas aku nak mendengar si acah tu bercakap.
Ketika tidur itu, aku merasakan badan aku ditutupi lagi oleh kain tebal. Aku membuka mata aku perlahan dan nampak yang aku sudah diselimuti oleh Tony. Dah kenapa dia ni?
"Kau sejuk kan? Aku pun tak nak pakai hoodie sangat."
"Not really but..." Aku memeluk lengannya. "Salamat kaibigan."
"Stop speaking in Tagalog. Your accent sucks." Dia berbisik kepadaku.
"Whatever. A language's a language."
Aku tak tahu bila tapi aku terlena di atas bahunya itu. He might be skinny tapi bahu dia is nothing like home. I don't know, a home is a person sometimes.
Ramai kata, including Anggerik, aku dengan Tony is an unlikely friend. Benda ni quite understandable sebab aku atlet dan dia ialah budak yang prep time kat library. Last time aku masuk library masa form one, orientation, dengan Samson. Aku tak rasa aku masih ada library card at this point. Or maybe ada? Nanti aku check balik.
"Syah, bangun..."
"Lima minit, please."
"Syah, dorang panggil kau."
"Huh?!" Aku mamai dan membuka mata. Satu auditorium tengah pandang aku ketika itu. Aku senyum kecil sebelum berdiri. "Ya, saya."
"Sini, bercakap sebagai Tokoh Sukan SEBESTES tahun lepas." Laa si Samson lagi rupanya.
Aku pun mengesat mataku sebelum mengorak langkah ceh gitu I mean melangkah menuju ke podium untuk bercakap. Selamba je aku tolak tepi Samson tu.
"The fuck kau sandar kat dia. Orang nampak tau." Sempat Samson berbisik di telingaku tapi aku palaukan saja.
"So, rakan-rakan sebatch sekalian. Ucapan saya mudah saja. Don't do drugs and exercise more. Terima kasih."
Aku terus naik ke tempat duduk aku semula dan sempat aku mengerling ke arah Anggerik di bahagian budak perempuan sana. Dia hanya menggeleng kepala sahaja. Nasib kaulah Anggerik couple dengan aku.
Aku terus bersandar di bahu Tony dan menutup mata semula. Jujurlah, who the fuck cares pasal semua taklimat shit ni semua. Ambil jelah dua tiga ketul yang pembaris sikit, biar dorang yang dengar and then sebarkan bagai fitnah dalam kelas je. I mean, it's not that hard kan?
YOU ARE READING
Lelaki Harum Sundal Malam
Teen FictionSetiapkali nama pelacur disebut, pasti kita akan menuduh ianya pekerjaan seorang wanita? Tapi ini adalah kisah seorang pelacur lelaki. Dan aku adalah pelacur itu. Dan ini adalah kisah aku sendiri...