Bab 40

1.4K 140 9
                                    

2021

"Terima kasih Syahid. Sudi juga kau datang jumpa aku hari ni."

Aku tersenyum nipis sahaja kepada dia. Aku rasa beban dalam kepala aku terlalu banyak untuk dipendam seorang diri.

"Sorry aku tak dapat pergi wedding kau haritu. Aku balik Singapore kejap masa tu."

"Tak apa, Syahid. Aku dengan Anggerik faham. Cumanya, she wishes to see you again, Syahid."

"Aku tak rasa aku boleh hadap muka orang lain kat SEBESTES tu dulu selain kau, Awang."

Dia ketawa kecil. Sudah sembilan tahun, dia masih ada that senyuman ikhlas yang aku percaya menambat hati Anggerik. That being said, he deserves Anggerik. Anggerik pun deserves dia.

"Orderlah makan wey. Aku belanja."

"Eh, banyak ke duit kau? Aku lapar ni." Aku cuba untuk bergurau.

"Adalah sikit. Rezeki baru kahwin."

Suka aku mendengarnya. Setidak-tidaknya Anggerik sekarang sudah pun bahagia.

"Kau macam mana sekarang, Syah?"

"Macam ni jelah. Apa lagi yang nak berubahnya?"

"Takde plan nak kahwin lagi?"

Aku ketawa. Aku tahu soalan itu retorik tapi aku masih nak ketawa mendengarnya. "Pelacur macam aku ni, siapa je yang nak?"

"Ada je, Syah. Kau je yang tak jumpa lagi."

"Dah ada dulu. Cuma dia yang pilih untuk pergi. Apa aku boleh buat?"

Leno menghirup kopi panasnya yang dipesan tadi. "Tony ke?"

Aku tersenyum kecil. Senyuman tak bergigi, orang kata.

"Betul ke, Syah?"

Aku menjongket bahu.

"So betullah rumours tu?"

"They were talking about that too?"

"What makes you think not? Of course they did."

Aku senyum sahaja. Sepatutnya aku berasa kasihan kepada Tony tapi sebaliknya aku merasa puas.

"Yang itu, kalau dorang tak cakap pun, aku memang dah boleh agak. Except for the other one..."

"How was school after I left?" Aku menukar tajuk sepantas mungkin.

"It was idle as it supposed to be. People still talking about you and even masa reunion pun, kata Anggerik, people still talk about you. Siap ada yang kata pernah pergi nightclub kau lagi. Tu memang nightclub kau ke?"

Aku angguk.

"I've heard about it. Adalah few colleagues aku yang pernah pergi tempat kau tu."

"Kau kerja apa sekarang?"

"Aku jadi marketing exec kat this one company ni. Basically kerja aku buat saleslah. Cari client semua tu. Brunei payahlah nak cari kerja, semua orang dah kaya."

Baru aku sedar yang pertemuan hari itu adalah seorang dari Singapura dan seorang dari Brunei.

"Kau ada contact Tony lagi?"

Mendengarkan nama itu, dia yang sedang menyuap macaroni ke dalam mulutnya terus memandang aku berserta satu set senyuman yang turut membuatkan aku tersenyum.

"Aku ingat, kau dah benci dengar nama tu."

Aku hanya mencebikkan bibir. Mengiyakan tidak, menafikan pun tidak.

"Ada je. Dia pun ada jugalah tanya aku kalau aku ada contact kau ke tak."

"Kau jawab apa?"

"Memang aku tak tahu pun. Kan kau deactivate FB dengan Twitter kau masa kau keluar dari sekolah tu. Memang aku dengan Anggerik dah cuba cari macam-macam cara nak contact kau, tak dapat. And needless to say kembar kau tu..."

"Tak payah cakap, aku kenal sangat dia tu."

"I know, right."

Kami berdua sambung menjamu selera. Aku pandang Leno lama-lama. Tak dinafikan, si Brunei ni ada handsome dia. Aku pernahlah infatuated sekejap masa sekolah dulu bila tengok dia ni.

There was one time masa kat bilik air, aku nampak dia tengah berus gigi dengan pakai tuala je kat pinggang tak pakai baju, aku tertelan jugalah air liur masa tu.

"Kau takde rasa nak jumpa Tony tu lagi ke?"

Aku tak sedar yang aku teranggukkan kepala aku. Mungkin spontaneous act of anyone could ever be.

"Aku dengan Anggerik percayakan kau, Syah. Kitorang berdua tahu yang kau takkan cabul Hasbi. Ada je yang percayakan kau tapi mostly malas nak fight dengan Hasbi."

"Biarlah. Benda dah jadi pun."

"Aku bukan apa, aku just nak cakap yang masih ada yang sayangkan kau, Syah. Mungkin bagi kau tak ada tapi at least aku dengan Anggerik sudi je lagi untuk kita jadi kawan."

"Korang nak ke berkawan dengan pelacur macam aku?"

"Aku tak nampak kau sebagai pelacur pun. Aku nampak kau sebagai seorang budak lelaki yang masih suka tidur bila cikgu tengah mengajar."

Aku ketawa mendengarnya. He's still remember my antics.

"Dan aku masih nampak kau as budak yang annoying mampos dalam kelas."

Dia ketawa besar. "Dude, I was raised in Brunei, one of the most conservative country. Of course aku shy shy cat sikit and culture shock."

"Kepala butoh kaulah culture shock."

Kemudian aku teringatkan nama seseorang. Seseorang yang aku rasa pastinya merasa bersalah dengan apa yang terjadi kepadaku.

"Wey, Anggerik ada contact Cikgu Zikry tak?"

"Kaunselor tu eh?"

Aku mengangguk.

"Ada. Tak salah aku dia tengah buat Ph.D. sekarang. Tak tahunya bila jam nak habis."

"Nanti boleh tak kalau kau minta Anggerik sendkan kat aku. Nombor aku kau ada kan?"

"Ada, boleh je. Dia ada je tanya kitorang dulu kut-kut ada contact dengan kau lagi. So aku rasa better kalau kau contact dia sendiri kan?"

Aku anggukkan sahaja.

Aku rasa sebenarnya sudah tiba masanya untuk aku lawan masa silam aku itu. Kalau ada yang hendak dipersalahkan, aku yakin bukan aku orangnya. Dan aku juga sudah penat melawan semua ini.

Cumanya hati kecil aku masih berkata, mampukah aku nak memaafkan Tony? Ya, dia tak salah sebab dia tak buat apa-apa. Tapi sebab dia tak buat apa-apa untuk membela aku, itulah bagi aku kesilapannya.

Jujurnya, tengok muka dia aku tak sanggup. Dengar namanya pun dah cukup buat aku rasa berbahang di hati.

Tapi aku masih tak nak untuk menafikan. Rasa cinta ini ada lagi untuk dia. Masih ada perasaan untuk diluahkan kepada dia. Aku sendiri tak tahu sama ada patut atau tidak.

Mungkin kalau Kasyaf tak cakap dia dah mula ada perasaan pada aku malam tadi, aku takkan rasa sekusut ini...
-----------

Let's see if we can get 60 votes!

Also, jangan lupa baca Another Side of You!!!

Lelaki Harum Sundal MalamWhere stories live. Discover now