CERPEN - 18

585 21 3
                                    

"Kenapa perlu lari jauh-jauh?" Soal Nisa pada Izzati. Sahabatnya itu nampak seperti sudah nekad melarikan diri. Jauh dari semua orang.

Sekadar untuk melupakan seseorang.

"Aku nak sambung belajar." Dalih gadis itu. Nisa menggulingkan anak mata.

"Aku ni kawan kau,Zati. Jangan buat aku macam orang luar." Izzati menundukkan wajah. Waktu macam inilah,air matanya tak dapat ditahan.

Dia menyeka.

Nisa mengeluh,berat. Dia menyandarkan tubuh ke belakang. Lama dia memakukan pandangan pada Izzati.

"Kau yakin kalau kau pergi sana kau dapat lupakan dia?" Izzati ketap bibir. Tangannya digenggam,erat.

"Izzati?"

"Aku boleh. Dia orang yang paling aku benci dan aku yakin aku boleh!" Sedikit membentak nada Izzati. Berserta ketukan kuat di meja. Buatkan sesetengah pelanggan menoleh ke arah mereka.

Seorang pelayan mendekati dengan senyuman,janggal. "Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Dia bertanya. Nisa angkat tangan seraya menggeleng.

"Maaf."

Setelah pelayan itu berlalu,Izzati bangkit dari duduk. Ingin keluar dari restoran itu. Nisa garu kepala.

Aku kena pujuk ke?

Aduh..

Terus,Nisa menuju kaunter pembayaran sebelum dia mengejar langkah Izzati. Malam-malam macam ni pun,gadis itu nak buat drama. Namun,nasibnya baik bila Izzati bersandar di keretanya.

"Zati."

Sahabatnya itu mendongak.

Nisa senyum,tipis.

"Jom. Aku bawa kau ke Taman Jubli. Mesti kau nak ronda-ronda dulu sebelum berangkat ke Jepun esok." Ujar Nisa. Tangannya menekan punat kunci kereta.

Izzati menurut.

Nisa menghidupkan enjin dan keretanya meluncur laju di atas jalan raya. Diam menguasai suasana antara mereka berdua sepanjang perjalanan ke destinasi yang dipilih.

"Nisa."

"Hm? Apa?"

"Kau marah aku?"

Nisa tertawa,kecil.

"Taklah. Mana ada." Jujur Nisa.

Izzati angguk.

"Siapa je yang akan ambil kisah-"

"Zati,stop! Jangan fikir macam tu. Aku ada. Kau tu,patut risaukan life kau kat sana. Bukan sekejap kau nak pergi. Lama!" Nisa memintas kata-kata sahabatnya. Izzati sengih.

"Yelaa..."

"Aku nak tanya,boleh?"

Nisa angguk.

"Apa-apa pun boleh. Tapi,jangan pasal Am. Aku taknak dengar dan takkan jawab." Terus berubah riak wajah Izzati.

Sebenarnya,itu yang dia mahu tanya.

"Takpelah."

Nisa ketawa. Lucu pula.

"Apesal kau tertanya-tanya sangat pasal aku dengan dia,eh? Kitorang kawan je." Tambahnya dalam tawa yang belum reda. Izzati merengus,kasar.

"Kawan?"

"Yup. Nothing more,nothing less..?" Entah kenapa,jawapan Nisa kurang meyakinkannya. Dia memandang gadis itu.

cerpenWhere stories live. Discover now