CERPEN - 17

595 22 0
                                    

Menyesal! Itu yang dirasakan oleh Meliysa saat ini bila teman lelaki 'rahsia'nya,Fayyad ada bersama. Di sebelah Nadia. Dia fikir hanya Nabila dan Diyana yang datang. Tidak sangka pula lelaki itu akan turut menyertai percutian mereka ke Pulau Langkawi.

"Siapa ni,Nad?" Meliysa berpura-pura tanya. Tidak langsung dia memandang wajah Fayyad.

"Kau lupa ke?" Nadia menyoal kembali. Meliysa garu kepala sambil tersengih.

"Entahlah."

"Ini Fayyad. Sorrylah kalau korang rasa dia menyibuk." Nadia menyiku lengan Fayyad. Meliysa senyum,sahaja.

Fayyad menjegilkan mata ke arah kawan baiknya itu. "Mana ada. Mama kau yang suruh aku teman kau." Marahnya.

"Apa pula mama aku? Aku dah ada suami. Kau yang sibuk nak ikut." Balas Nadia sebelum memandang Meliysa semula.

Meliysa memandang sinis Diyana dan Nadia yang kelihatan serba-salah. Dia menyilangkan tangan ke dada. Mahukan penjelasan yang kukuh.

"Sorry,Mel. Hayqal kata dia nak ikut so,aku kena bawa dia juga. Kalau tak,dia merajuk. Aku tak sampai hati." Itu alasan Nadia.

Meliysa angkat keningnya seakan bertanya pada Diyana pula. Gadis itu meneguk liurnya.

"Aku memang dah rancang nak pergi bercuti dengan Danny. Lagipun,ini je masa free aku. Kau pun tahu kerja aku dan suami aku macam mana,kan?" Meliysa tahan sabar. Percutian antara kawan baik sahaja menjadi tiket meluangkan masa bersama pasangan masing-masing.

Apakah?

Dan,Fayyad. Untuk apa kehadiran lelaki itu di antara mereka? Mahu menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada.

Sudahlah pertengkaran mereka beberapa hari lalu belum surut. Dia memicit kepalanya. Tertekan dengan keadaan sekarang.

"Kalau macam tu kata korang,aku boleh buat apa lagi? Sudahlah. Aku nak check-in hotel lain. Jangan ikut aku."Putus Meliysa. Dia benar-benar terasa dirinya tidak diperlukan lagi.

"Mel.." Nadia dan Diyana memanggil. Namun,Meliysa tidak mengendahkan mereka.

"Kenapa ni?" Soal Danny yang datang dari arah belakang bersama Hayqal. Mereka beru sahaja mendapatkan kunci bilik masing-masing.

Perasan akan kehilangan seorang ahli,Hayqal bertanya, "Sayang,where's your friend?" Nadia tidak tahu mahu menjawab apa.

Nasib ada Fayyad sebagai penyelamat keadaan. "Dia ambil angin kejap. Takpelah,korang masuk dulu. Biar aku pergi tengok." Nadia tidak berkelip merenung Fayyad.

Adakah betul Fayyad di hadapannya sekarang? Atau,makhluk asing lain? Dia memandang suaminya.

Haykal melingkarkan tangan di pinggang isterinya seraya berkata, "Haa..okay. Nanti,kalau kau nak kunci,datang ambil kat bilik aku. 402." Fayyad angguk.

Setelah kedua-dua pasangan suami isteri itu hilang di balik pintu lif,dia meletakkan bagasi ke ruang penyimpanan barangan sementara. Lantas,kaki panjangnya berlari anak ke luar hotel.

Mata melingas kiri dan kanan. Mencari kelibat Meliysa. Dia sendiri pun turut rasa bersalah pada gadis itu. Pertengkaran mereka beberapa hari yang lalu mempengaruhi emosi gadis itu. Dia yang perlu bertanggungjawab. Sesuka hati menuduh tanpa usul periksa biarpun sudah terbukti bahawa gadis itu tidak bersalah.

"Mel,awak pergi mana? Jangan buat saya risau." Keluhnya. Dia berjalan sana-sini.

Hingga tiba di kawasan pantai.

Kelibat satu susuk tubuh yang amat dia kenali berada di situ. Sedang merenung air pantai yang berdesir-desir itu sambil bercangkung. Fayyad senyum,tipis.

cerpenWhere stories live. Discover now