Nisa tersedar dari lenanya secara tiba-tiba apabila mendapat mimpi buruk. Terasa seakan-akan betul sahaja. Dia bangkit dari baringannya. Duduk memegang kepala yang memberat. Tak semena-mena,dia perasan sesuatu.
Bilik yang dia duduki sekarang bukanlah bilik tidurnya. Dan,dia tidak mengenakan sebarang fabrik di tubuhnya. Otak dipaksa untuk memerah memori semalam. Namun,tiada. Apa yang dia ingat,hanyalah dia main dengan kawan-kawannya.
"Em.." Mata Nisa terbuka,luas. Lambat-lambat,dia menoleh ke tepi.
Putra!
Baju yang berteraburan di lantai segera dikutip sebelum dia menyarungkan ke tubuh. Air mata gugur dari empangan. Kakinya rasa lemah ketika ini.
Melihatkan susuk tubuh lelaki yang setahun muda darinya. Macam mana mereka boleh berada dalam satu bilik dengan tubuh saling tak berpakaian?
Dia tak sanggup nak fikir. Dompet dan telefon sempat dicapai. Pintu bilik,dituju. Apa yang pasti,dia perlu keluar dari sini sebelum lelaki itu terjaga. Rupanya,mereka masih berada di hotel semalam.
Nisa menangis,lagi. Putra itu ialah juniornya semasa dia belajar di MRSM. Semalam,ada seseorang menganjurkan majlis makan malam untuk batch yang belajar pada tahun 2010.
Punggung,dilabuhkan di atas kerusi panjang di hadapan hotel itu. Matanya melilau ke sekeliling,jika ada teksi lalu. Dia takut nak berhadapan dengan sesiapa sekarang ini.
Sebaik sahaja nampak teksi,terus Nisa menahan. Nasibnya baik teksi itu berhenti. Dia tanpa berlengah memasuki perut teksi tersebut di bahagian belakang pemandu kereta.
"Dik,nak pergi mana?" Ramah pemandu teksi itu bertanya.
"Ambangan." Pendek,dia menjawab. Pemandu itu hanya tersenyum. Pedal minyak,ditekan.
Sepanjang perjalanan mereka menuju ke destinasi yang dia mahu pergi,Nisa menangis dalam diam. Perutnya,disentuh.
Berbagai tanggapan negatif timbul. Bagaimana jika mereka terlanjur malam semalam? Dan,kerana itu,akan terhasil anak luar nikah? Dia tak mahu.
"Dik,ni tisu." Nisa tersentak bila kotak tisu dihulurkan padanya. Dia ambil. Terharu juga.
"Terima kasih,pakcik." Ucap Nisa.
"Sama-sama. Pakcik nak tanya,awak tinggal di Ambangan tu ke?" Ujar pemandu tersebut. Nisa angguk.
"Oh." Pemandu teksi itu meneruskan pemanduannya. Gadis di tempat duduk belakang itu adalah pelanggan pertama untuk hari ini.
Jarang sekali ada orang mahu menggunakan perkhidmatan teksi pada waktu pagi. Sekarang ini pun,mereka sedang bersaing dengan Grab dan juga Uber.
Orang ramai mahukan keselesaan.
"Dah sampai. Semua sekali RM10 je,dik." Pemandu tersebut bersuara setelah brek,ditarik. Memberhentikan teksi di depan kawasan kondominium mewah itu.
Nisa membeikan sekeping not RM50 pada pemandu teksi tersebut tanpa sempat dihalang. Dia terus keluar selepas mengucapkan terima kasih. Dan,duit itu adalah tanda kerana telah menolongnya.
Nisa hela nafas.
---
Putra meraup wajahnya,kasar. Hatinya rasa tak tenang,entah kenapa. Pagi ini,setelah bangun dari tidur,dia nampak ada tompokan kecil berwarna merah di cadar. Dan,dia juga tidak berada dalam biliknya.
Memori cuba,dikerah. Tapi,tiada satu pun tentang semalam yang dia ingat. Dia menyandarkan badan ke kerusi. Pelbagai andaian dah menerawang dalam kepalanya.