Dania memutar-mutarkan pen yang berada di tangannya. Bosan pula kerana tiada apa hendak dibuat. Waktu hujung minggu macam ini,ramai spend time dengan keluarga. Roommatenya yang seorang itu keluar dating macam biasa.
Awal-awal dah keluar.
"Haih.." Keluhan terlepas,tanpa sedar. Dia pandang ke luar tingkap. Tak semena-mena,matanya terbuka luas.
Ada pujaan hatinya. Sedang berjog di trek larian. Nampak dengan jelas. Maklumlah,kolej puteri jaraknya amat dekat dengan Taman U. Senyuman terukir di bibir.
Dia bercadang hendak pergi. Tudung bawal instant di dalam locker,dicapai. Disarung begitu sahaja.
Kaki pantas menapak ke pintu bilik sebelum tiba-tiba berhenti. "Kalau pergi,aku tegur dia,takpalah juga. Tak rugi sangat aku pakai baju." Fikirnya. Dia berdecit.
Tingkap,direnung. Dia menghela nafas,berat. Dia membuka tudungnya. Dilemparkan ke atas katil.Punggung dilabuhkan ke kerusi. Menghadap semula tingkap. Lelaki itu masih berlari-lari di atas trek.
Dania menyentuh tingkap.
"If I had a courage.." Luahnya. Air jernih dari tubir mata mula menitis. Pandangan semakin kabur.
Dia mengenali pujaan hatinya itu semasa di sekolah menengah. Umur mereka jaraknya dua tahun sahaja. Masuk ke alam universiti,dia menemui lelaki itu secara tak sengaja.
Mereka bertembung tapi tak bertegur. Dania yakin lelaki itu tidak mengenalinya sama sekali. Mana taknya,mereka belajar di satu blok hanya sekali ketika dia Tingkatan 1. Setelah lelaki itu naik form 4,blok mereka berasingan.
Bertemu pun jika terserempak.
"Aku suka kau." Dalam teresak-esak dia berkata. Perasaannya tika ini tak dapat dibendung.
Yelah,jumpa hari-hari,tapi kena act like takde apa-apa perasaan. Muka kena kawal tapi hati..hati mana yang dapat bertahan? Bila kena hadap muka lelaki itu.
Sejujurnya,dia tak dapat mengawal perasaannya. Dia tak boleh sembunyikan rasa gembira bila melihat lelaki itu. Degupan jantungnya pun tidak mampu dikawal agar rentaknya kembali seperti biasa.
Dania mencengkam hujung bajunya. Sedaya upaya mahu mengurangkan kesedihan yang menyelubungi diri.
9 tahun bukan tempoh yang pendek. Mungkin,orang akan kata dia gila tapi,dia yang pilih begini. Langkahnya longlai menuju ke katil mengingatkan itu.
Badan,dihempas ke katil. Matanya yang sudah basah dengan air itu,merenung ke siling. Tangan diletakkan di perut.
Sekali dia kata sayang,memang dia akan setia. Walaupun,mereka tiada jodoh. Kerana,dia yakin,satu hari nanti,Allah akan buka pintu hatinya untuk orang lain.
"Tsk..tsk.." Bila dilap,makin banyak air mata yang keluar. Entah berapa lama,dia menangis hingga tertidur.
Mimpi indah.
---
Peluh yang merenik di dahi,dilap usai habis jogging. Dia teguk air mineral yang baru dibeli dari mesin gedegang tadi. Mata melilau ke arah Cafe Kolej Chempaka. Waktu pagi-pagi macam ni,selalunya si dia akan singgah di situ.
Mahu membeli sarapan.
Zarif termangu. Dia sengaja mengeluarkan peluh di sini. Mana tahu,si dia tiba-tiba datang lepas tu,tegur. Dengusan halus keluar dari mulut.
Tak mungkinlah.
Dia tersenyum. Mengingatkan si dia yang dah lama diminatinya. Sejak dia berada di Tingkatan 3 lagi. Adalah dia try minta nombor gadis itu pada junior-junior. Tapi,tak dapat.