CERPEN - 20.2

293 18 0
                                    

“Ad!” Ad pusing semula tubuhnya ke belakang bila suara Wadi kedengaran. Laju kakinya melangkah pergi dari situ. Tidak mahu bersemuka dengan Wadi. Sekurang-kurangnya, buat masa sekarang.

“Ad, tunggu!” Laungan Wadi bergema.

Ad ketap bibir.

Yang penting, dia mahu lari.

Wadi makin mara. Sehinggalah tangannya mencapai lengan Ad. Sepantas kilat, dia menarik gadis itu agar berhenti.

“Ah!” buk! Gadis itu tidak dapat seimbangkan kakinya, mengakibatkan dia jatuh terduduk di hadapan Wadi. Skirt labuh yang dipakainya, terselak sedikit di hujung.

Cepat-cepat, dia betulkan.

Wadi tiada rasa mahu menolong langsung.

“Apa kau nak?” Kasar Ad menyoal seraya bangun tanpa menatap wajah Wadi. Buku yang terlepas dari pegangannya, diambil.

“Kau buat apa dekat Masyi semalam?” Nice. Soalan memang kena balas dengan soalan ke? Patutlah..seingat Ad, Wadi bukan pelajar course TEASL.

Ad senyum, sinis.

Dia menolak lidah ke dinding pipi. Mata merenung ke sisi kirinya.

“Aku tak buat apa-apa.” Selamba, dia menjawab.

“Hah! Seriously, Ad? Kau sendiri tahu yang Masyi sukakan Mail. Apa yang kau nak sibuk sangat?” Ad menggulingkan matanya ke atas. Deru nafasnya berubah rentak.

Dia menjeling tajam Wadi.

“Dan, kau pun tahu, Mail tak suka perempuan tu! Kalau kau korbankan perasaan kau untuk perempuan macam tu, itu bukan cintalah! Sedar sikit. Masyi tu tak pernah sikitpun nampak usaha kau.” Bidas Ad. Apa yang terbuku dalam hatinta selama ini, terluah juga akhirnya.

Dia bengang.

Wadi angkat sebelah kening. Tangan disilangkan ke dada sambil menayang riak kurang senang dengan pernyataan Ad.

“Apa yang kau faham tentang cinta? Kau sendiri tak pernah sedar.” Suara Wadi mulai mengendur. Ad mengerutkan dahi, pelik. Dia menoleh, merenung lelaki itu.

“Apa—”

“Wadi!” Suara seorang wanita dari arah belakang, menyentakkan Wadi dan Ad. Masing-masing menjarakkan diri.

I'm coming.” Wadi mengerling sekilas wajah Ad. Nyata, gadis itu masih bingung.

Keluhan berat, dilepaskan.

***

Another fight? ” Ad angguk. Benda betul, buat apa tipu? Mail pun bukannya orang luar, kawannya sendiri.

Nasi disuap kasar ke dalam mulut.

Dia benar-benar marah.

“Mail, kau pergi tolak Masyi tu depan-depan. Boleh tak? Aku tak tahanlah tengok dia menggeletis tak tentu hala. Minta tolong aku, tak apalah juga.” Rungut Ad. Wajah gadis itu cemberut. Mail menahan tawanya dari terletus.

“Kau jealous? ” Ad berdecit.

“Memang taklah. Tunggu sejuta tahun pun, belum tentu aku nak cemburu. Lainlah kalau lelaki tu good-looking macam abang Iz kau.” Ad mengekeh ketawa. Serentak dengan itu, kedengaran bunyi seakan orang berlanggar sesuatu. Dekat sungguh bunyinya.

Ad dan Mail sama-sama menoleh.

Tiada tanda-tanda kelibat orang pun.

“Terkejut aku. Ingatkan apalah tadi.” Ad mengurut-urut dadanya, melegakan rasa gemuruh. Mail pula diam.

cerpenWhere stories live. Discover now