CERPEN - 20.1

561 21 0
                                    

-timeskip mail & mei mei.

"Ehem.." Mail yang rancak berbual dengan teman-temannya, menoleh. Seorang gadis bermata sepet memakai kaca mata berdiri di situ. Tidak berkelip Mail memandang gadis itu.

Teman-teman Mail semua merenung Mail. Semua tertanya-tanya siapakah gerangan gadis manis bertudung litup itu.

"Mei Mei, right? " Gadis itu, atau nama sebenarnya Xiao Mei Mei hanya ketawa. Dia anggukkan kepala tanda menjawab soalan Mail.

Mail bangkit.

Barangkali, sukar mahu percaya.

Mei Mei cuma senyum, tipis. Penampilan Mail juga jauh berbeza dari waktu mereka sama-sama belajar di tadika Mesra dulu.

"Am I disturbing you? " Mei Mei serba-salah.

"Tak. Aku pun lepak je area sini." Laju, Mail membalas. Riak wajah Mei Mei berubah apabila Mail masih lagi menggunakan gelaran itu.

Salah seorang teman Mail, Wadi, yang berada di sebelah, menyenggol lengan kawan baiknya itu. Dia menjegilkan mata.

Namun, Mail buat tidak kisah.

"Nak join ke?" Mei Mei ketap bibir.

Dari tadi dia menyedari ada seorang gadis di hujung meja sana merenung tajam ke arahnya. Dia anggap mungkin gadis itu kekasih Mail.

"Nevermind. Saya cuma lalu." Balas Mei Mei. Menolak dengan lembut.

Mail mengeluh.

"Kau parking kereta dekat mana?"

"Err..kenapa?" Mei Mei bingung.

"Aku hantar kau. Lagipun, dah lewat malam. Tak elok jalan sorang-sorang. Boleh?" Mail menerang pada gadis itu.

"B-boleh.." Mail senyum. Dia bangkit. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar jeansnya.

"Mana?"

"Huh?"

Mail tertawa, kecil.

"Kereta kau."

"O-oh..dekat basement floor." Ujar Mei Mei, gugup. Tanpa membuang masa, Mail menarik lengan Mei Mei.

Buatkan gadis itu terdorong ke hadapan, mengikut langkah si lelaki.

Hilang sahaja kelibat mereka, masing-masing bertanya pada Wadi, apakah hubungan Mail dan gadis itu. Gadis yang asyik merenung Mei Mei tadi, mengepal erat penumbuknya.

"I don't like her." Kata-kata si gadis buatkan semua berhenti berbicara.

Wadi menoleh.

Nafas dihela, berat.

Satu lagi masalah pula.

"Ad, know your place. He doesn't even want to look at you." Kasar nada bicara Wadi.

Gadis yang dikenali sebagai Ad itu, mencebik.

Tangan disilangkan ke dada.

"If I crossed my line?"

Sengaja.

Mahu mencabar Wadi.

Niatnya bukanlah mahu merampas Mail dari sesiapa. Namun, untuk mencuri perhatian Wadi. Sukar benar mahu membuat lelaki itu memandang ke arahnya.

"I'll ruined your life, Ad!" Bentak Wadi.

Dia kemudiannya berlalu pergi-keluar dari restoran itu. Meninggalkan meja. Semua dah pakat merenung Ad.

cerpenWhere stories live. Discover now