“Sorry, Dina.” Irdina ukirkan senyuman tawar. Hilang sahaja kelibat kawan baiknya itu, dia terduduk. Wajah diraup seraya keluhan berat terlepas dari bibir.
***
“Puteri?” Irdina atau nama penuhnya Irdina Puteri tersentak dari lamunan panjang saat satu suara menyergah dari belakang. Sudah pasti dia kenal siapa gerangan yang menjadi pengganggu tidak bergaji.
Ianya, Ros.
Kawan baiknya semenjak semester satu. Ada lagi seorang, Syafinaz. Gadis itu pula berada di semester yang sama, cuma berbeza jurusan bidang di universiti awam tersebut.
Ros tersengih.
“Lama kau berangan. Aku panggil sejuta kali pun, kau tak menyahut. Fikir apa? Haqeem?” Usiknya. Punggung dihenyakkan di tempat berhadapan Irdina.
Seperti biasa, apabila nama ‘Haqeem’ disebut, akan timbul reaksi kurang senang di raut wajah Irdina. Menyatakan perasaan tidak suka secara terang-terangan.
Padahal, lelaki itu adalah kekasihnya.
“Puteri, stop that attitude.” Irdina hela nafas.
“Aku dahulukan kawan. Macam—”
“Yeah, yeah. I know your principle. Tapi, ni dah lebih. Syaf cakap kau dah dua minggu ignore dia. Sejak kita spend time dekat Perak tu.” Ujar Ros. Bukan apa, dia risaukan hubungan mereka.
Namun, dia berterima kasih pada Haqeem kerana masih bertahan walaupun setelah bertahun-tahun menghadap perangai Irdina yang sama.
“Aku tak suka orang yang lebih pilih boyfriend dia dari kawan-kawan. I hate that.” Kali pertama mereka menghulur salam perkenalan antara satu sama lain, itulah yang dikatakan oleh Irdina.
Ros dan Syafinaz masing-masing merahsiakan hubungan mereka dari pengetahuan Irdina. Tidak mahu kawan baik mereka berasa bersalah jika tahu hal yang sebenar.
“Mana Syaf tahu?”
“Haqeem pergi jumpa dia, tanya mana kau. Syaf pelik so dia teruslah tanya Haqeem. Ini yang aku datang cari kau.” Balas Ros.
Jujur sahajalah.
Tahu Irdina tidak akan cembu—
Eh?
Ros dapat menangkap sekilas aksi tidak senang duduk Irdina. Tetapi, cepat dia melarikan pandangan. Dia diamkan sahaja mulut. Pura-pura tidak peduli.
“Err..Syaf tak datang sekali?”
“Ada kau nampak dia?” Irdina menggeleng. Menjawab soalannya sendiri.
Kaki digoyang-goyang.
***
“Ros, I need to talk to you.” Shameel yang tiba-tiba muncul entah dari mana, menyampuk perbualan Irdina , Ros dan Syafinaz. Tidak endah akan pandangan tajam yang Irdina berikan, Ros mengikut langkah Shameel.
Kekasih dalam diamnya.
“Yes. Kenapa?”
Shameel merenung sekeliling. Memastikan tiada Irdina di sekitar mereka. Risau juga kalau gadis itu dapat tahu.
Belakang tengkuknya, digosok. “Jadi tak weekend ni? Date kita?” Ros menahan tawa. Punyalah jauh Shameel membawanya untuk berbual.
“It depends. Kalau Puteri tak buat apa-apa plan untuk kitorang, then saya pergi. Why? ” Shameel mencebik.
Alasan sama setiap kali mereka mahu keluar bersama. Pastinya, terselit nama Puteri.
“Sayang, it's our anniversary. You forget again, huh? ” pap! Ros menepuk dahinya. Benar-benar terlupa.