"Err..macam mana nak panggil,ea?" Ros Ayuni berkira-kira macam mana mahu memanggil senior lelakinya,Nid Najmi,yang hendak memasuki Dewan Al-Jazari itu. Dia dah ditugaskan untuk menjadi runner hari graduasi.
Hantar semua pesanan yang dibuat dan kebetulan ada namanya yang menghantar pada seorang Nid. Tak sangka pula. Dia malu. Sudahlah,dia menyimpan perasaan pada lelaki yang berusia empat tahun tua darinya.
"Aissh..biar betul? Apa pasallah nasib aku malang sangat hari ni?" Ros Ayuni menggaru kepala yang ditutupi hijab itu. Rasa takmau hantar pun ada.
Dia pandang lagi Nid Najmi. Makin menghampiri pintu masuk dewan. Tiba-tiba,matanya berbalas pandangan dengan Nid Najmi. Ros Ayuni membesarkan mata.
Nid Najmi kerutkan dahi.
Gadis itu segera memalingkan tubuh. Diketuk kepalanya sambil mata dipejamkan. Ada tak tempat nak menyorok? Sebab dia dah rasa nak pitam ni.
"Ehem.." Ha,sudah! Sapa pula berdehem belakang dia ni? Buatnya cikgu?
Aduh! Bala sungguh hari ni.
"Ye?" Dia pusing ke belakang. Dan,lututnya benar-benar rasa nak tercabut. Lembik je. Mana taknya,Nid Najmi sedang berdiri di hadapannya. Jarak mereka tak adalah dekat tapi dia tetap rasa malu.
Mukanya,membahang.
"Kenapa awak duduk tercegat dekat sini? Takut nak masuk ke?" Ros Ayuni memandang Nid Najmi yang berjubah konvo itu,atas bawah.
Tak percaya lelaki itu berbicara dengannya. Dia ternganga,tanpa sedar.
"Hey! I'm talking to you." Nid Najmi memetik jarinya di depan muka gadis itu. Pelik juga dia.
"Ah! Ye,saya..s-sebenarnya.." Dia mula gagap. Nid Najmi tersenyum,sinis.
"Saya tahu,awak sukakan saya,kan? Awak nak tangkap gambar dengan saya,kan? Kan? Betul tak?" Erk! Apa ni? Laju,Ros Ayuni menggeleng walhal memang itulah dia nak buat.
Tapi,dia takut.
"Habis tu?"
"S-saya nak hantar delivery ni dekat awak. Ada orang kirim. Saya jadi runnernya." Ros Ayuni senyum,kekok.
Dia segan sangat ni. Bungkusan yang mengandungi coklat,cookies dan macam-macam manisan itu,dihulurkan pada Nid Najmi. Tak lupa juga bunga graduation.
Lelaki itu menyambut tanpa banyak soal. Banyaknya!
"Oh? Terima kasih. Saya perasan pula tadi. Tapi,awak dari batch mana,ye? Saya tak pernah nampak awak pun dalam faculty ni." Ros Ayuni teragak-agak mahu memberitahu.
"K-kenapa?"
"Saya rasa macam dah jatuh hati dekat awak. Comellah awak ni. Saya tak tahu pula junior saya tahun ni,ramai comel dan cantik." Ros Ayuni mengecilkan matanya. Ramai?
"Oh,awak usha dioranglah ni? Kata jatuh hati dekat saya tapi puji ramai orang. Huh!" Ros Ayuni berpeluk tubuh. Nid Najmi tertawa,kecil.
Cik adik manis kita sorang ni dah marahlah. Dia mencuit sedikit lengan Ros Ayuni.
"Awak jealous ke?" Ros Ayuni menepis tangan Nid Najmi.