CERPEN - 12

838 22 1
                                    

Theme song;playdate

---------------------

Erfan memusingkan botol kaca yang sudah kosong itu. Botol tersebut berputar beberapa kali sebelum muncungnya menunjuk tepat ke arah Amsyar. Semua yang berada dalam bulatan itu bersorak-sorak.

"Truth or dare?" Seperti biasa,Raisha yang akan mengetuai permainan ini. Dan,dia pun ikut bermain sekali.

Jarang dah mereka nak duduk lepak macam ni seperti dulu. Masing-masing dah ada komitmen pada kerja,keluarga mahupun anak-anak. Tinggal Amsyar je yang masih single but unavailable.

Entah apalah yang dia nak jual mahal sangat,mereka pun tak tahu. Jadi bujang terlajak baru tahu. Kena berlakon macam orang OKU dulu baru diterima.

Hehe..

"Aku pili-"

"Tak payah pilih. Tetap je kau nak truth,kan? Tak daringlah kau ni." Ejek Mikael. Yang lain bersetuju.

Amsyar mengukirkan senyuman,sinis.

"Kau nak aku pilih dare ke?" Soal Amsyar. Majoritinya,semua pakat mengangguk. Dia mencebikkan bibir.

"Okay,sapa nak bagi?"

Krik,krik. Krik,krik.

Amsyar garu kepala. Tadi,bukan main suruh dia pilih dare. Bila dia terima,semua macam cengkerik je.

"Tak-"

"Aku nak bagi." Salah seorang kawan mereka,Hamizah,angkat tangan. Amsyar berpeluk tubuh. Kening sebelah kanan,diangkat.

"Apa dia?"

"Well,you've once said that you never interested with us-women. So,why not kau pergi pikat salah seorang pekerja kau?" Dengan beraninya,dia bersuara.

Mata Erfan dan Raisha dah membulat. Dalam banyak-banyak kawan mereka,Hamizah dan Amsyar inilah selalu bercakaran seperti musuh. Sejak tamat peperiksaan SPM lagi mula perang dingin antara mereka.

Sampai sekarang mereka tidak tahu apa kesudahan antara mereka. Baikkah? Burukkah? Hanya sangkaan menjadi jawapan. Melihatkan keadaan di hadapan mereka,mungkin masih belum beralah lagi.

Amsyar menolak lidah ke dinding pipi. Matanya tajam mencerlung ke arah Hamizah yang turut merenungnya. Gadis itu memang sengaja mahu mencabarnya.

"Kalau aku taknak?"

"Senang. We'll considered kau tak pandai mengurat. Yelah,bachelor terhangat di pasaran,kan?" Sinis nadanya. Kedua-duanya saling bertentang mata.

Seperti ada arus elektrik antara kedua-duanya. Raisha garu kepala. Dia memandang pada yang lain. Semua jongket bahu.

Tiba-tiba,ada tepukan menyentakkan mereka. "Okay,guys! Cut the crap. So,Am,kau terima tak?" Farisha mencelah. Atmosfera di sekeliling mereka dah bertukar suhu. Dingin saja.

Amsyar menyebak rambut ke belakang. Dia memberi pandangan 'really guys?' pada Erfan. Sahabatnya itu angkat bahu.

"I'll give it." Hamizah senyum,senget.

cerpenWhere stories live. Discover now