CERPEN - 3.2

927 32 3
                                    

("Let's not fall in love." pt.2)

"Bila dia takde,dialah orang yang paling kau nak jumpa,orang yang paling kau rindu,betul tak?" Anis menekup mulut menahan esakan apabila melihat anggukan Firras. Niatnya yang mahu mengambil barangnya,terbantut.

Rupanya ini yang disembunyikan oleh lelaki itu. Anis mengetap bibir.

Kenapa lelaki itu tidak berterus-terang sahaja perkara sebenar? Kenapa lelaki itu sengaja menyeksa perasaan mereka?

Anis terduduk di situ. Sebenarnya,dia ada dari awal sehingga akhir. Mendengar butir bicara Zaim dan Firras. Lelaki itu memang sukakan dirinya. Tapi,sejak bila?

Dia bangun. Air mata,dilap. Cuba mencuri dengar lagi. Tapi,apa yang dia dapat hanyalah kebisuan yang melanda mereka. Anis mengeluh.

Dia melangkah,longlai keluar dari tempat persembunyian. Dia menuju ke cafe. Kerana dia sudah berjanji mahu berjumpa dengan Dayana di situ.

---

"Dayan!"

Gadis yang sedang ralit bermain game itu,pantas mengangkat wajah. Dia kenal suara siapa yang memanggil. Tidak lain,Anis.

"Kau main kat sini,tak kantoi ke?" Soal Anis seraya duduk di kerusi batu bersebelahan kawannya. Dayana ketawa dan menggeleng bagi menjawab pertanyaan Anis.

"Kau jumpa siapa tadi?"

"Firras." Dayana menjongketkan sebelah keningnya.

"Apesal kau pergi jumpa dia?"

"Dia nak jumpa. Pastu,dia minta maaf." Dayana senyum. Ditepuk-tepuk bahu Anis.

"Dia minta maaf je tapi apesal mata kau yang merah?" Anis kelu lidah. Apa yang mahu dia jawab?

"Dahlah. Lupakan." Sela Anis. Tidak mahu hal ini dipanjang-panjangkan. Dayana menurut sahaja. Tapi,syaknya dalam hati tidak hilang begitu sahaja.

"Dayan,aku bagi contoh,lelaki ni suka dekat perempuan ni. Perempuan tu pun sama juga. Tapi,lelaki ni sanggup lepaskan perempuan tu. Apa sebabnya?" Tiba-tiba, Anis meluahkan isi hati yang bersarang dalam benaknya. Dayana mengerutkan dahi.

"Siapa dorang?"

Anis ketap bibir. "Nobody. Aku cuma bagi contoh." Tetap Dayana rasa ada kaitan dengan seseorang. Dia diam sahaja.

"Ada banyak sebab. Tapi,yang aku rasa munasabah pun sebab lelaki tu nak perempuan tu bahagia. Ataupun,lelaki tu rasa tak layak untuk perempuan tu." Anis tertawa,kecil.

Tak layak? Firras tu lebih dari layak.

"Kenapa kau ni? Tiba-tiba aje gelak?" Dayana mula rasa seram.

Dah macam orang tak betul pula Anis itu.

"Takdelah. Lawak sangat alasan kau. Lelaki tu nak perempuan tu bahagia? Tapi,bahagia perempuan tu bila ada lelaki tu dekat sebelah dia." Dayana semakin dapat. Jadi,dia diamkan saja.

"Kenapa kau kena jebakkan diri dalam masalah dorang? Biar ajelah." Dayana mula menjerat Anis.

"Dah dia tanya aku." Anis jadi gelabah tak tentu pasal. Entah kenapa,pandangan Dayana ketika ini terlalu sinis.

cerpenWhere stories live. Discover now