CERPEN - 19

570 27 6
                                    

Alyaa membetulkan sling bag yang tersangkut di bahunya. Langkahnya menuju masuk ke gerai yang menjual burger itu. Walaupun hanya dibuka di tepi jalan tapi masih mendapat sambutan. Tak lekang dari ramai pelanggan.

Dia cuba mengawal riak wajah bila ternampak orang yang dikehendaki sedang seronok bergelak-tawa bersama perempuan keliling pinggang. Panas hati Alyaa sekarang ini.

Perempuan yang ada di situ pun, tidak kurang menggeletisnya. Mengada-ada mahu memeluk si lelaki.

"Alvin!" Jerit Alyaa seraya menghempuk kuat meja di situ.

Alvin terkedu.

Cepat-cepat, dia menolak perempuan yang melekat di tubuhnya. Sengihan diberikan pada managernya. Iaitu Alyaa sendiri.

Alyaa hela nafas.

"Korang boleh pergi sekarang. Sebab, saya nak bawa boyfriend kesayangan korang ni balik." Sinis Alyaa. Alvin sudah menggaru kepala.

Dia menghalau perempuan-perempuan tadi. Seolah nak tunjuk dia pun tidak suka akan kehadiran mereka semua.

Alyaa dah juling mata.

Acah!

"Jom! Balik!" Kasar, Alyaa menyuruh.

Dia yang baru hendak terlelap sebentar tadi, mendapat panggilan dari Mrs. Chong, mama kepada Alvin. Wanita itu memaklumkan padanya Alvin masih tidak pulang ke rumah selepas shootingnya yang terakhir pukul 8 malam tadi.

Itu yang cepat-cepat Alyaa mencari.

Risau jika terjadi apa-apa.

"Masuk!" Pintu bahagian belakang, dibukakan untuk Alvin. Namun, lelaki itu cepat-cepat mencelah masuk ke bahagian penumpang sebelah pemandu.

Alyaa berdecit.

"Ikut suka kaulah.." Malas dia mahu melayan. Alvin memberikan senyuman yang manis buat Alyaa.

Walaupun tahu managernya itu takkan membalas. Alyaa terus sahaja masuk ke dalam perut kereta.

Matanya sudah berat.

Bantal dan katil sahaja yang berada di dalam fikirannya.

"Alyaa.."

"Hm? Apa lagi?"

"Sorry.." Ucap Alvin separuh merayu. Alyaa buat-buat memandang cermin sisi kereta.

"Kau maafkan tak?"

"Aku akan maafkan kalau esok kau boleh ingat skrip kau. Faham?" Alvin mengeluh. Dia menyandarkan tubuh ke kerusi.

Alyaa fikir dia budak-budak kecil?

"Mesti mama aku yang beritahu kau, kan?" Alyaa mencebik. Tidak menjawab.

"Alyaa..aku tanya ni.."

"Ish! Ye. Puas hati?" Alvin angguk. Senyuman ala-ala kucing dihadiahkan buat Alyaa.

Sengaja mahu menyakat gadis itu.

"Kenapa kau tak biarkan je mama tu? Lagipun, aku tak mabuk." Alyaa menghela nafasnya. Susah betul bercakap dengan lelaki yang bernama Zhong Jinhua itu.

Ada sahaja benda nak dijawab.

"Vin, kau sendiri tahu nama kau sekarang ni dah terkenal. Cuba be cautious sikit. Kau ingat kalau kau dah tempa nama dekat bidang ni, kau selamat? Nyawa kau bila-bila boleh terancam kalau kau tak aware." Bebel Alyaa.

Alvin mencemik.

Tidak hiraukan langsung.

"Aku taknak kau cedera." Lirih suara Alyaa. Perlahan dan hanya dapat didengari olehnya.

cerpenWhere stories live. Discover now