CERPEN - 4

912 33 1
                                    

Dayana memandang ke arah Hilmi. Senyap-senyap dia memerhatikan gerak-geri lelaki itu.

Tekun mengurut kakinya. Sesekali,pedih menyengat tetapi ditahan suaranya agar tidak terkeluar.

"A-abang. Enough. Dah kurang sikit." Dayana membuka bicara.

Hilmi masih setia mengurut sepertinya tidak ada tanda mahu berhenti. Dayana mengeluh.

"Abang,I'm so sorry about this. Don't act like this,please?" Ujarku.

Matanya bersabung pandangan dengan Hilmi yang mengangkat wajah. Renungan itu seakan ada riak risau,sedih,kecewa dan takut.

"Don't you realized your words? I'm acting like this cause I don't want anything bad happens to you and our baby." Akhirnya,dia membuka bicara.

Aku tertunduk,kesal.

"Pernah tak sekali Ana dengar cakap abang? Pernah tak Ana fikir apa perasaan abang dekat Ana kalau jadi apa-apa? I just-I just don't want lose our baby again. I'm afraid of it. Please,sayang." Dia membalas,sayu.

Aku mengetap bibir. Baru tersedar selain aku,ada juga insan lain yang menanggung derita seorang diri tanpa dapat diluahkan pada sesiapa.

Aku mengusap perutku yang sudah masuk 3 bulan. Aku merenung ke arah Hilmi. Dan,dia masih memandang ke arahku.

"I'm sorry. Ana bosan duduk rumah. Lagi-lagi,bila abang pergi kerja." Pujukku.

Hilmi mengeluh,berat.

"Nevermind. Lepasni,buatlah apa yang Ana nak buat. Abang tak kisah." Ucapnya sebelum melangkah pergi dari situ.

Geram sungguh lelaki itu dengan isterinya. Tak makan saman,betul!

Dayana yang ditinggalkan mengetap gigi. Berfikir cara mahu memujuk suaminya yang masih merajuk.

Baby..mama penatlah dengan ayah...Dayana bermonolog,sendirian.

---

"Abang!" Panggil Dayana,cemas.

Hilmi kalut-kalut berlari dari ruang tamu rumah mereka mendapatkan Dayana yang berada di dapur. Risau terjadi apa-apa pada isterinya itu.

"Ana?" Dia mencari isterinya.

"Abang,sini!" Dia pergi ke arah Dayana yang berada di halaman belakang rumah.

Dayana yang sedang bercangkung di atas beranda sambil memerhatikan sesuatu di bawah,diperhati. Dia mula berasa pelik.

"Kenapa tu?" Soal Hilmi.

Dayana terketar-ketar menuding jari ke bawah. Hilmi mengikut dan menjatuhkan pandangannya.

Mahu ketawa Hilmi. Anak kucing rupanya.
Dia mendekati Dayana dan mengangkat anak kucing itu.

"Sayang,ni anak kucing je pun. Takut sangat! Padahal,diri sendiri pun buncit." Sakat Hilmi.

Dayana memuncungkan bibir. Malu melebihi rasa takutnya tadi.

"Nak bela ke,bang?" Soal Dayana apabila melihat Hilmi membawa masuk anak kucing tersebut.

"Yelah. Takkan nak buang?"

"Kotorlah." Rungut Dayana.

"Mandikan. Senang cerita." Dayana tidak mahu mengalah.

Dia membontoti suaminya itu.

"Busuklah rumah kita."

Tiba-tiba,langkah Hilmi terhenti. Dia mengalihkan badan ke belakang.

Hidung isterinya,ditarik dengan kuat. Menjerit kuat gadis itu. Muka terus berubah masam.

cerpenWhere stories live. Discover now