CERPEN - (another) extra

301 18 0
                                    

req by : syamimisyazlin

***

“I need a surrogate.”

“H-how?”

***

Hi, my sweetie.” Gadis yang bernama Nabila Safiya itu mendongak saat telinga menangkap suara garau itu. Hujung bibir melengkung naik, membentuk senyuman manis.

“Abang Shah.” Lelaki yang segak bergaya dengan pakaian sut hitam formal, cuma angkat tangan. Tiada ekspresi di wajah, membuatkan orang yang lalu-lalang merenung pelik.

Aarman Shah, kawan baik kepada abang Nabila Safiya, Naim Syafiq. Dan, sekarang dia ditugaskan untuk mengambil gadis itu pergi dan balik. Setiap hari pula tu hanya kerana Naim pergi ke luar negara untuk menguruskan hal kerja.

“Berapa kali aku kena cakap, jangan panggil aku abang.” Keras suara Aarman menegur sewaktu Nabila berjalan melepasinya. Namun, seorang gadis yang bernama Nabila memang tidak pernah ambil kisah.

Lagi ditegur, lagi dia buat.

“Jom, bang. Kita pergi makan. Nabila lapar.” Riak berubah kasihan agar dapat menarik hati Aarman.

Aarman menghela nafas, berat. Makin berkerut dahinya, menahan marah. Tapi, perlu disabarkan hati agar tidak melakukan apa-apa kekerasan pada adik kawan baiknya.

Dia masih hormat Naim.

Shut up.

***

“Kau tahu syaratnya.” BAM!

Semua yang berada di bilik itu, terkejut. Jarang-jarang mereka lihat bos mereka naik angin sebegini rupa. Peguam syarikat itu pula hanya tersenyum, sinis.

Get the fuck out from here. I don't give a damn about your condition or whatsoever. Ini syarikat ayah aku. I know how to manage.” Tidak menengking tapi nadanya penuh amaran. Tangan lurus menuding ke pintu keluar bilik mesyuarat itu.

Tania, merangkap P.A. Aarman mengurut dada sendiri. Tahu apa yang disampaikan oleh bosnya itu.

Well, bukan hak aku tentukan kau semua ni. But, among of all your father's shareholder. You might know what they want.” Serentak habis bicaranya, dia tertawa.

Aarman mengetap rahang.

Geram.

“Keluar. And, don't ever come back.

***

Aarman menyandarkan tubuh. Pelipisnya, diurut. Otak serabut memikirkan pelbagai cara. Biarpun ugutan itu tak menggentarkan jiwanya namun, dia takut kehilangan satu-satunya kenangan dalam syarikat ini.

Sejak usia muda, dia memang menghabiskan masa di sini bersama ayahnya. Belajar dan memahirkan diri dalam dunia perniagaan.

What should I do?” Gumamnya, perlahan. Wajah diraup, kasar.

“Bos?”

What?” Dia mengerling sekilas Tania. Gadis muda itu berdiri tegak di hadapannya. Terpamer riak ketakutan. Seolah sudah melakukan kesalahan yang amat besar.

“Bos nak mengalah ke? Sorry if I crossed my line but I really wanna know.” Ujar Tania. Menyampaikan hasrat sebenar dia datang ke situ.

Aarman mengeluh.

Why?

“Saya taknak tukar bos.” Aarman menahan tawa.

“Seronok apa. Mesti yang datang tu, kaya and berpengalaman. Not like me.” Tania mengherotkan bibir. Memang dia begitu jelas tentang perasaannya.

cerpenWhere stories live. Discover now