CERPEN - 5.2

475 28 0
                                    

"Hai, awak!" Sapa satu suara garau. Dania yang sedang ralit menulis, menoleh ke belakang. Dia mengeluh seraya menongkat dagu saat melihat gerangan yang menegur dirinya.

Muka bosan, ditayang.

"Apa lagi, Zaim? Saya tengah serabut, tau tak?" Rungut Dania. Sejak dua minggu lalu, lelaki itu kerap mengganggu dirinya. Zaim yang melihat wajah cemberut itu, hanya tertawa kecil. Tangannya laju saja menarik kerusi sebelum punggung dilabuhkan di situ.

Berhadapan dengan Dania.

"Nak saya tolong?"

Dania angkat sebelah keningnya.

"Awak ni pandai sangat ke dalam course saya?" Sengaja Dania merendah-rendahkan Zaim dengan harapan yang lelaki itu menjauhi dirinya.

Zaim mencebik. Tak terasa hati walaupun sekelumit. "Senang je. Kalau saya tolong, awak kena setuju jadi partner masa Prom Night nanti. Macam mana?" Dania mengeluh, berat.

Anak mata digulingkan ke atas.

Ingatkan lelaki itu akan berputus asa.

"Ish, awak ni! Tak faham bahasa ke? Kan saya dah cakap hari tu. Saya taknaklah!" Tolak Dania. Kenapa lelaki itu beria-ia mahu dia menghadirkan diri ke majlis seperti itu?

Menjadi pasangannya pula.

"Okay..saya tak rugi apa-apa. Awak tu yang kena risau. Dateline benda ni lusa, kan?" Dania ketap bibir. Rasa terkejut dan marah menjadi satu.

Dia berbelah-bahagi.

"Err...awak pandai ke soalan ni?" Dania mengalah juga pada akhirnya. Kertas yang berada di hadapannya ditolak ke arah Zaim.

Zaim menyambut.

Direnung dalam-dalam soalan itu.

"Midterm ke ni?"

"Ye..kami kena buat balik correction. Sebab Prof tak puas hati dengan mark sorang-sorang." Rajin pula mulut Dania bercerita.

Zaim menadah tapak tangan.

Dania mengerut dahi.

"K-kenapa?"

"Awak nak suruh saya jawab pakai air liur ke? Saya memang rela hati nak buat. Mana tahu awak jatuh cinta dengan saya. Masalahnya, awak nak ke?" Erk! Dania tersentak. Cepat-cepat, dia memberi pen pada Zaim.

Dibuatnya lelaki itu betul-betul gila, habis basah kertasnya. Jenuh kena kejar dengan parang keliling U.

Zaim sengih.

"Awak dah try ke jawab?" Dania angguk.

"Saya duduk sebelah awak, boleh? Senang nak terang." Pinta Zaim. Dalam masa yang sama, dia boleh ambil kesempatan mencuri pandang gadis itu.

Sudah lama dia simpan perasaan terhadap Dania. Harapannya kian cerah bila Dania hanya anggukkan kepala.

"Tapi.." Memudar senyuman Zaim.

"Jangan dekat. Jarak 1 meter." Punah! Hancur lebur semua harapan.

"Alaa...taknak ke ada sweet moment dengan saya?" Dania menggeleng, laju. Membantah sekeras-kerasnya.

"Ajar dulu." Zaim menurut.

"Why are you crying, mama?" Soalan dari Sophea Aysara menyentakkan Dania dari lamunan. Hilang terus bayangan memori awal perkenalannya dengan Zaim dulu.

cerpenWhere stories live. Discover now